Rabu, Mei 26

MAJLIS USRAH


Fikir mati itu adalah berfikir bagi menyediakan diri untuk kembali kepada Allah dengan susunan kehidupan yang sentiasa bersedia untuk menghadapinya.
[Usrah dan Dakwah]

Berfikir mati itu suatu tindakan paling bijak bagi mana-mana manusia yang mengaku menHAMBAkan diri kepada Allah. Manakan tidak, ia diiktiraf oleh manusia paling hebat di dunia, Rasulullah s.a.w. sebagaimana dalam hadis berikut:
Seseorang bertanya, “Ya Rasulullah, siapakah orang yang  paling bijak?" Beliau SAW menjawab, “(Orang yang bijak) ialah yang paling banyak mengingati mati dan paling kuat bersedia menempuh saat kematian. [Riwayat Ibnu Majah]

Isnin, Mei 24

MAJLIS ILMU

Orang-orang Yahudi begitu kukuh silaturrahimnya. Bersatu-padu dalam setiap urusan. Akan dibela jika ada keturunan lain mengganggunya. Tetapi, umat Islam bercerai-berai dan bermusuh sesama sendiri. Zaman ini, begitu ramai orang Islam lebih teruk dari Yahudi.
[SIFAT MUNAFIQ]

Suatu tempelak buat kaum muslimin yang hanya beragama atas dasar nama dan keturunannya semata-mata. Yang tiada usaha mendalami dan menghayati agama yang sedang mereka anuti. 

Sebaliknya, golongan ini (ana nampak golongan yang majoriti di Malaysia) lebih cenderung melihat agama sebagai adat semata-mata. Dan memilih agama/cara hidup Yahudi dan Nasrani. 

Ditambah pula budaya nafsi-nafsi atau mengutamakan kepentingan diri sendiri. Memikirkan profesyen, pangkat, dan mengaut harta. Permusuhan pun berlaku demi memonopoli segala itu. Tiada muhibah. Tiada kesepakatan. 

Umat Islam menjadi lemah dan lebih teruk dari musuh2 Islam (tidak merujuk hal Akidah sebab Islam itu tetap benar, umatnya yang belum mencapai kebenaran). Wallahu A'lam.

KULIAH TASAUF SIRI 3

Sombong adalah dosa besar dilaknat oleh Allah s.w.t. Orang yang tidak menjawab ucapan salam termasuk orang sombong.
[DOSA-DOSA BESAR]

Dalam bersahabat, Islam sangat menganjurkan umatnya memberi salam. Tapi awas! Jangan sekali-kali ambil remeh apabila menerima salam (proper salam). Dengan mengerahkan sedikit upaya pada lidah kita untuk menjawab salam sahabat kita, sudah menjauhkan diri kita daripada dilaknat oleh Allah Taala. 

Berhati-hatilah ketika berkomunikasi. Wallahu A'lam.

Khamis, Mei 20

KULIAH TAUHID SIRI 4

Bila hawa nafsu dijadikan tuhan maka dosa maksiat dianggap baik dan amalan soleh dianggap hina.
[RISALAH TAUHID]

Manusia dijadikan Allah Taala bersama-sama hawa nafsu. Tanpanya manusia tidak akan mengenal erti kemajuan. Berusaha untuk mengadakan perbaikan amal, penambahbaikan mutu kehidupan dan sebagainya. Pendek kata, hawa nafsu merupakan juzuk yang penting bagi perkembangan hidup manusia jika ia dikendalikan dengan betul mengikut syariat Islam.

Isnin, Mei 17

KULIAH TAUHID SIRI 3

Double-standard bukan dari ajaran Islam. Ia adalah fahaman karut dan sikap dari jenis penyakit jiwa dan rosak Iman. Ia juga adalah satu penyelewengan pada sikap, binasa pada badan, hilang kesungguhan dan mengheret dirinya ke dunia keretakan secara lebih nyata.
[Al-Iman]

Kita perlu faham dengan sejelas-jelasnya bahawa antara akidah(pegangan) agama Islam adalah hak kesamarataan di kalangan umatnya. Tiada insan atau golongan yang dipandang tinggi melangit sebagaimana diamalkan oleh kerajaan Salib, tentera Rom dan Parsi, masyarakat Hindu dalam sistem kastanya dan lain-lain fahaman di dunia ini.

Isnin, Mei 10

KULIAH FEKAH SIRI 3

Rasulullah s.a.w. melarang umatnya melakukan shafd di dalam solat. Sama ada semasa solat berjemaah atau berseorangan.
[Kesempurnaan Solat]

Shafd membawa maksud merapatkan kedua belah kaki seperti berdirinya wanita ketika solat. Bagi solat lelaki, jarak kedua kakinya adalah sekurang-kurangnya satu jengkal atau lebih sedikit. Lebih baik jarak kakinya seluas bahunya. Wallahu A'lam.

KULIAH FEKAH SIRI 2

Jangan dipandang remeh apabila kita menerima ucapan salam melalui mesej yang diterima. Besar ganjarannya bagi sesiapa yang menjawabnya. Kecuali mesej yang berunsur maksiat.
[Huraian dari Kitab Hidayatul Sufiyan]

Kita biasa akan memandang remeh kepada perkara2 yang kecil seperti cara bercakap, cara bertegur sapa dengan seseorang, adab makan dan minum, adab berdamping dengan orang tua, adab belajar dengan guru, dan seangkatan dengannya.

Rabu, Mei 5

KULIAH FEKAH

Apabila seseorang itu memandai-mandai mencipta undang2 sendiri, sedangkan Allah telah menyediakan Undang2 untuknya. Maka batallah Iman dan hidupnya akan kacau-bilau.
[Hakam]
Kita perlu sedar dan insaf bahawa setiap ciptaan Allah subhanahu wa taala itu telah ditetapkan baginya Undang2 tersebut. Mari kita buat tinjauan menerobos alam:

Isnin, Mei 3

KULIAH TASAUF SIRI 2

Dimana maruah seorang Islam? Bila lebih mengutamakan budaya2 barat di dalam kehidupan harian. Budaya2 Islam diabaikan.
[Gelora Nafsu]

Kali ini, kuliah tasauf membincangkan tentang kebejatan, kejelikan, kebobrokan, dan kehancuran akhlak dan gaya hidup umat Islam pada hari ini. Tidak perlu melihat jauh ke negara2 Islam di timur tengah sana, cukup melihat di negara kita, negeri kita, bandar kita, taman kita, kampung kita. Bagaimana rupanya corak kehidupan harian ORANG ISLAM di kalangan pemuda-pemudi kita?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...