Memaparkan catatan dengan label majlis usrah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label majlis usrah. Papar semua catatan

Rabu, Januari 5

MAJLIS USRAH

Untuk berilmu perlu hijrah dan jalannya pastilah berliku. Jika tidak sanggup menghadapinya maka terbelenggulah dalam kejahilan. [Motivasi Ilmu]

Segala ilmu yang dicapai tak kira ilmu akademik seperti Sains, Politik, Ekonomi, Sosial, Kedoktoran, Kejuruteraan, Seni dan sebagainya, segala-galanya akan membawa penuntut ilmu kepada ALLAH. Dengan syarat adanya sifat Ikhlas di hati yang mahu mencari kebenaran. (Contohnya: saintis mengakui KEBESARAN ALLAH dan bertambah kukuh keimanan selepas mengkaji betapa menakjubnya alam kejadian)

Usah biarkan hidup diselubungi KEJAHILAN... Yang akhirnya menuntun insan ke pintu Neraka.

Wallahu A'lam.

Rabu, Mei 26

MAJLIS USRAH


Fikir mati itu adalah berfikir bagi menyediakan diri untuk kembali kepada Allah dengan susunan kehidupan yang sentiasa bersedia untuk menghadapinya.
[Usrah dan Dakwah]

Berfikir mati itu suatu tindakan paling bijak bagi mana-mana manusia yang mengaku menHAMBAkan diri kepada Allah. Manakan tidak, ia diiktiraf oleh manusia paling hebat di dunia, Rasulullah s.a.w. sebagaimana dalam hadis berikut:
Seseorang bertanya, “Ya Rasulullah, siapakah orang yang  paling bijak?" Beliau SAW menjawab, “(Orang yang bijak) ialah yang paling banyak mengingati mati dan paling kuat bersedia menempuh saat kematian. [Riwayat Ibnu Majah]
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...