Jumaat, Jun 17

TAZKIRAH TAQWA

Kitab Taqwa. 
Perbezaan solat orang munafik dan solat orang yang beriman. Antaranya, orang munafik solatnya tidak memberi kesan di dalam hidupnya. Orang beriman solatnya menghasilkan akhlak yang baik.

Wallahu A'lam.

Selasa, Jun 14

KULIAH TASAUF SIRI 57

Huraian dari Kitab Al-Hikmah. 
Jika kita melakukan sesuatu perkara atas dorongan Syariat Islam, kita akan selamat. Jika dilakukan atas dorongan hawa nafsu, kita akan sesat. Dan jika dilakukan atas dorongan syaitan, kita akan dilaknat.

Pilihan mana yang dekat di hati sanubari kita? Hawa nafsu kah? Bisikan @ idea2 Syaitan kah? Atau atas dasar hukum ALLAH SWT dan Sunnah Rasulullah SAW?

Wallahu A'lam.

Ahad, Jun 12

TAZKIRAH TENGAH MALAM

SMS daripada Sahabatku Al-Akh Wan Saiful USM.
Seorang Tabiin, Hasan Basri ditanya: Apa rahsia zuhudmu di dunia ini? Beliau menjawab: 
Aku tahu rezekiku tidak akan diambil orang lain, kerana itu hatiku selalu tenang. 
Aku tahu amalku tak akan dikerjakan orang lain, kerana itulah aku sibuk mengerjakannya. 
Aku tahu ALLAH Taala selalu memerhatiku, kerana itulah aku malu jika ALLAH melihatku sedang dalam maksiat. 
Dan aku tahu kematian itu sudah menungguku, kerana itulah aku selalu menambah bekal untuk hari pertemuanku dengan ALLAH Azza Wa Jalla.


Wallahu A'lam.

Jumaat, Jun 10

MAJLIS ILMU SIRI 8

Syarah Motivasi Ilmu. 
Jika kamu berubah kerana Allah maka pasti kamu berubah. Jika kamu berubah kerana manusia memang kamu tidak akan berubah.

Sebagaimana sabda Rasulullah SAW yang bermaksud,
“Sesungguhnya setiap amalan harus disertai dengan niat. Setiap orang hanya akan mendapatkan balasan tergantung pada niatnya. Barangsiapa yang hijrah karena cinta kepada Allah dan Rasul-Nya maka hijrahnya akan sampai kepada Allah dan Rasul-Nya. Barangsiapa yang hijrahnya karena menginginkan perkara dunia atau karena wanita yang ingin dinikahinya, maka hijrahnya (hanya) mendapatkan apa yang dia inginkan.” (HR. Bukhari [Kitab Bad'i al-Wahyi, hadits no. 1, Kitab al-Aiman wa an-Nudzur, hadits no. 6689] dan Muslim [Kitab al-Imarah, hadits no. 1907]).
Berubahlah kerana Allah, Tuhan Asy-Syaakur (Yang Maha Mensyukuri atau PASTI MEMBERI BALASAN atas segala ketaatan hamba-Nya). 


Berubah kerana manusia yang lemah dan sentiasa berhajatkan pertolongan, anda akan kecewa.


Wallahu A'lam.

KULIAH FEKAH SIRI 36

Syarah Al-Ibadah. 
Sesiapa yang tidak mahu Iman dan Amalannya menjadi rosak, bertaubatlah dari segala dosa dan jangan terus buat maksiat. Jauhi dari sifat sombong, sifat zalim dan jangan (bercouple) bercinta secara haram. Kerap bermesej antara lelaki dan wanita yang bukan mahram juga bercinta secara haram dan mukadimah kepada zina.

Iman dan Amal adalah 2 aset terpenting kita untuk Hari Akhirat nanti. Hari yang tiada penghujung, tiada habisnya. Berbeza dengan kehidupan di dunia ini yang bila-bila masa AKAN tamat. Mungkin beberapa tahun lagi, mungkin bulan depan, mungkin esok, mungkin juga hari ini! Kita tak tahu bila akan habis hidup kita. Oleh itu sahabat2ku, mari kita jaga Iman dan Amal kita agar tak menyesal untuk selama-lamanya.

Wallahu A'lam.

Rabu, Jun 8

KULIAH TAUHID SIRI 71

Syarah Kitab Ad-Din.
Disebalik pujian manusia kepada kita, tersirat kemurkaan Allah. Disebalik kebencian manusia kepada kita, tersirat keredaan Allah. Di manakah kedudukan kita?
Manusia yang jahil memuji atas dasar kepentingan diri. Contohnya dia memuji bosnya agar dia dinaikkan pangkat. Manusia yang hidup dengan Islam di hati, memuji kerana nak dapat reda Allah. Dan dia TAKKAN memuji manusia lain yang hidup jauh dari Allah seperti ahli maksiat dan penentang Agama Allah.

Oleh itu manusia yang Mukmin (jenis meletakkan Islam di hati dan dibawa ke mana-mana sampai ke lubang kubur), dia akan membenci manusia kerana amal buruknya bukan kepada individu tersebut. Jika ada seorang Mukmin yang membenci kita kerana dosa yang kita buat, bukankah tersirat keredaan Allah iaitu untuk menjadikan kita dekat kepada-Nya?


Wallahu A'lam.

MAJLIS ILMU SIRI 7

Syarah Kitab Al-Muin Al-Mubin.
Manusia atau umat Islam terlalu takut jika sesuatu penyakit akan datang dalam hidupnya. Tetapi mereka tidak merasa takut bila sesuatu dosa datang dalam hidupnya.
Penyakit tubuh badan yang bersifat sementarakah yang lebih ditakuti dan dibimbangi atau akibat DOSA yang berpanjangan pada Hari Akhirat kelak? Sesungguhnya dosa itulah yang paling wajar diberi perhatian. Marilah sama2 kita memperbanyakkan istighfar dan taubat serta mempertingkatkan kualiti amalan kita. InsyaAllah.


Wallahu A'lam.

Sabtu, Jun 4

KULIAH FEKAH SIRI 35

Huraian Kitab Doa2 Orang Yang Dizalimi.
Awas! Bagi siapa yang berbuat zalim, ALLAH mendengar rintihan doa orang yang dizalimi. Doa orang yang dizalimi bergema sepanjang malam. (Tak jawab panggilan dengan sengaja termasuk satu kezaliman).

Nak angkat ke tak?

Wallahu A'lam.

KELAS FARDHU AIN SIRI 23

Syarah Al-Sirah.
Budak2 atau remaja2 zaman Nabi SAW dan zaman para sahabat berusia 5 tahun ke 20an sibuk dengan menuntut ilmu2 agama (AL-QURAN) dan hadis2 Nabi SAW. Budak2 dan remaja2 zaman ini menuntut ilmu juga tapi ilmu2 buat maksiat, ilmu2 buat zalim dan ilmu2 bercinta secara haram (bercouple).

Keadaan yang amat memilukan jika Nabi Muhammad SAW hadir di kalangan kita. Cuba kalian bayangkan.

Wallahu A'lam.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...