Kitab Keampunan (Ibnu Qayyim Al-Jauzi).
Tiga punca utama yang menyebabkan seseorang itu melakukan dosa dan noda menyelubungi kehidupannya iaitu kesombongan, kejahilan dan juga kelalaian yang melampau.
Sombong = apabila kamu tau sesuatu kebenaran tapi dek kerana merasakan diri tu betul, kamu menolaknya. Contohnya kamu tau haram meninggalkan solat dengan sengaja atau haram bercouple atau haram merokok, tapi kamu tetap melakukannya kerana merasakan perbuatan kamu itu betul. Maka kamu telah berlaku sombong dan sombong kepada perintah ALLAH.
Jahil = apabila kamu tak tau apa itu kebenaran dan apa itu kebatilan. Malah tidak berusaha menuntut ilmu (bertanya orang alim, atau melalui pembacaan) untuk mengeluarkan diri daripada kegelapan kejahilan.
Lalai = apabila kamu tak ingat ALLAH, azab-Nya, pahala-Nya, kehadiran-Nya, kehadiran malaikat Raqib dan Atid yang berada di sisi kiri dan kanan manusia yang berperanan mencatit amal perbuatan kamu. Kamu tak ingat dek kerana terlalu banyaknya bibir dan hati menyebut tentang dunia seperti sukan, bisnes, hiburan, perempuan, dan lain-lain.
Mari kita jauhi 3 perkara ini dengan memperkemaskan Akidah kita (mendalami ilmu Tauhid dan bergaul dengan orang soleh).
Memperkemaskan Amal Ibadah kita (ibadah yang ikhlas dan bertepatan dengan Al-Quran dan As-Sunnah. Jangan beribadat atas dasar ikut-ikut orang semata2 tanpa ilmu yang sahih).
Dan memperkemaskan Akhlak kita (tundukkan sifat2 ego, bakhil, pengecut, tamak, dll dan suburkan akhlak2 mulia dengan banyak bermujahadah).
Mudah2an hidup kita yang singkat ini diredai Allah dan berakhir dengan kematian yang baik (Husnul Khatimah). Amin.
Wallahu A'lam.