Rabu, September 12

SOMBONG PERANGAI IBLIS

Huraian dari Kitab Fiqh Semasa.
Sama ada disedari atau tidak, begitu ramai orang-orang Islam sendiri di zaman ini menghina Akidah atau Iman, menghina Syariat-syariat Islam dan menghina Akhlak Islam. Bersikap sombong sudah cukup untuk dijadikan sebagai contohnya.
Assalamualaikum sahabat-sahabat sekalian. Semoga iman, ibadah dan akhlak anda sentiasa dalam keadaan tip-top selalu. Jika belum, berusahalah meningkatkannya agar ia tidak terus melemah dan kecundang. Perbaikilah agamamu dari hari ke hari agar tidak berada dalam kerugian dan hina di sisi ALLAH. Sesungguhnya ALLAH menyukai amal hamba-NYA yang sedikit tetapi berterusan (maksud hadis Nabi SAW).

Entri hari ini berkisar tentang menghina agama secara sedar atau tidak. Jika anda sedar agama sedang dihina, maka pertahankanlah dengan perbuatan. Jika tidak mampu (kerana lemahnya iman), pertahankanlah dengan perkataan. Jika tidak mampu, maka bencilah dengan hati. Ia merupakan selemah2 level iman bagi seseorang. 

Namun begitu, percaya atau tidak, agama Islam yang kita anuti lagi sayangi ini telah dihina secara tidak sedar. Contohnya ada di kalangan umat Islam hari ini yang mengaku diri Islam, telah mengamalkan akhlak Iblis yakni bersikap SOMBONG atau EGO. Islam tidak pernah mengajar umatnya bersikap sombong. Tapi umat Islam hari ini tanpa segan silu mengikut ajaran Iblis iaitu mengamalkan sombong...

Sebagai contoh, Unknown mengherdik dan memaki bibiknya yang tersalah membuat kerja rumah. Unknown tidak bertegur sapa dengan kawan2 yang miskin atau kurang pandai di sekolah dan meneruskan amalan itu di tempat kerja. Hanya menegur mereka yang berkepentingan sahaja. Apabila bersalaman, Unknown tidak pandang muka orang yang menghulurkan salam kepadanya. And the list goes on.... (anda fikirla sendiri. Cuba tamsilkan dan elaborate contoh ini ke dalam kehidupan kita).

Mudah2an,  secebis contoh yang diberikan ini dapat membuka hati dan minda kita yang tertutup oleh budaya hidup jahiliah dan yang lebih teruk-budaya Iblis laknatullah iaitu sombong. Saya doakan anda sentiasa mendapat cahaya hidayah ALLAH dan jangan sekali2 putus asa daripada rahmatNYA. Selamat beramal dengan Islam yang sejati. Bersama kita meningkatkan taraf iman, ibadat dan akhlak kita ke tahap yang tip-top (diredai ALLAH).

Wallahu A'lam.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...