Sabtu, Ogos 28

KULIAH FEKAH SIRI 5

Puasa dan bacaan al-Quran jika dilakukan dengan penuh keikhlasan, kelak puasa dan al-Quran akan berdoa untuk kita.
[Fekah Sunnah]


"Minggu depan saya ada exam besar. Doakan kejayaan saya, ya", dialog seorang pelajar kepada sahabatnya.

Perhatikan situasi berikut. Biasanya, kita akan mengharapkan kawan-kawan tolong doakan kita tapi jarang melihat al-Quran dan amalan puasa kita sebagai teman untuk mendoakan kita. Ketahuilah bahawa amal-amal ibadat ini juga dapat mendoakan kebaikan untuk kita terutama apabila kita di alam kubur.

Jumaat, Ogos 27

KULIAH TAUHID SIRI 11

Siapakah orang yang bila masuk saja bulan Ramadhan sehingga keluarnya bulan Ramadhan dia tidak dapat keampunan dari Allah s.w.t.? Iaitu orang yang masih mengekalkan sifat sombong, takabur, syirik, riyak, buat maksiat dan cinta dunia tidak mengikut Al-Quran dan Sunnah.
[Al-Hikmah]

Cuba saudara-saudara bayangkan, saudara menyertai suatu kursus motivasi daripada Motivator terbaik di dunia. Saudara sangat mengimpikan semoga berlaku peningkatan diri kepada luar biasa hebat. Namun setamat kursus tersebut, saudara tak dapat apa-apa manfaat pun malah bertambah rugi daripada sebelumnya. Membazir masa, wang dan tenaga saja.

Selasa, Ogos 24

KULIAH TAUHID SIRI 10

Kekuatan Iman juga akan menentukan seseorang itu setakat mana khusyuknya amalan-amalan solat yang didirikan.

[Al-Iman]

Alhamdulillah diberi kekuatan dari Yang Maha Perkasa untuk menulis. Sudah sebulan lebih saya telah membiarkan laman sesawang ini bersawang-sawang. Kepada para pengunjung yang setia, saya pohon seribu kemaafan.

Kuliah di rumah-rumah Allah masih berjalan seperti biasa. Kali ini membicarakan hal iman. Semakin kuat iman kita kepada Allah, semakin khusyuk rasanya bila menunaikan solat. Ini menunjukkan bahawa tauhid dan ibadah sangat bersangkutan antara satu sama lain. Bagai aur dengan tebing. Atau umpama akar yang menjadi asas kepada batang sesebuah pokok.

Maka kuatkan kepercayaan kita kepada Allah dari sudut penghambaan, soal rezeki, pengharapan rahmat dan redha-Nya dan memiliki rasa takut yang tertuju hanya kepada keMurkaan dan balasan seksa Allah. Dengan itu, iman kita dapat dibentuk, berkat keyakinan yang tulus kepada Allah dan Hari Akhirat. Berpandukan apa yang diajarkan dalam Al-Quran dan dalam Hadis Nabi s.a.w.

Wallahu A'lam.

Jumaat, Ogos 6

KULIAH TAUHID SIRI 9

Ramai orang hanya takut akan terbatal disudut ibadah. Tetapi ramai yang tidak takut jika terbatal disudut Akidah.

[Al-Iman]

Sesetengah daripada kita begitu berhati-hati menjaga rukun dan syarat sah ibadahnya seperti solat tetapi pada masa yang sama melupakan syarat-syarat sah syahadah (akidah) dan pembatalannya. Syahadah yang diucap itu sentiasa meminta pertanggungjawaban si pelafaz.

Rabu, Ogos 4

KULIAH TAUHID TASAUF

Mencintai Allah dan RasulNya sudah pasti ke Syurga. Mencintai pangkat, harta dan manusia2 yang fasik, belum pasti ke Syurga.

[Mujahid Cinta]


CARILAH CINTA YANG SEJATI.... Cinta yang dikurniakan dari-Nya dan untuk ditujukan pula kepada-NYA semata.

Wallahu A'lam.

Ahad, Ogos 1

TAZKIRAH AULIYA'

Kambing lebih sedar dari manusia kerana menurut kata-kata gembalanya. Tetapi manusia tidak taat kepada perintah-perintah Allah dan menurut sahaja kehendak Iblis.

[Hasan Al-Basri]


Alamak?! Apa dah jadi dengan manusia nowadays? Sehingga kambing pun lebih bagus daripada manusia...

Mengejutkan? Mungkin. Menyedihkan? Soroti nilai kemanusiaan pada diri masing-masing. Ke arah keTuhanan kah atau ke arah keIblisan kah kehidupan kita.

Wallahu A'lam.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...