Sabtu, Ogos 28

KULIAH FEKAH SIRI 5

Puasa dan bacaan al-Quran jika dilakukan dengan penuh keikhlasan, kelak puasa dan al-Quran akan berdoa untuk kita.
[Fekah Sunnah]


"Minggu depan saya ada exam besar. Doakan kejayaan saya, ya", dialog seorang pelajar kepada sahabatnya.

Perhatikan situasi berikut. Biasanya, kita akan mengharapkan kawan-kawan tolong doakan kita tapi jarang melihat al-Quran dan amalan puasa kita sebagai teman untuk mendoakan kita. Ketahuilah bahawa amal-amal ibadat ini juga dapat mendoakan kebaikan untuk kita terutama apabila kita di alam kubur.

Diriwayatkan di dalam Shahih Ibnu Hibban dari Abu Hurairah secara marfu':
"Demi yang jiwaku berada di tangan-Nya, sesungguhnya (ahli kubur) benar-benar akan mendengar langkah para pengantar tatkala mereka meninggalkan dirinya. Dan apabila dia seorang mukmin, maka amalan shalat berada di kepalanya, zakat berada di sebelah kanannya, puasa di sebelah kirinya, sedangkan perbuatan-perbuatan baik dan ma'ruf serta ihsan kepada manusia berada di bagian kedua kakinya. Saat dia didatangi dari arah kepalanya, maka shalat berkata: "Dari sisiku tidak ada tempat masuk…" Dan seluruh amal mengucapkan demikian.

Doa-doa amalan soleh kita itulah yang akan membela kita ketika berada di alam kubur. Malaikat Mungkar dan Nakir sebegitu menggerunkan tidak dapat menggoyahkan kita sekiranya sewaktu di dunia kita hidup sebagai HAMBA ALLAH yang soleh dan ikhlas.

Inilah exam yang paling besar dimana satu per satu hal agama kita akan disoal oleh Malaikat Mungkar dan Nakir sebelum menghadapi Hari Penghisaban. Jawapannya bukan pada akal fikiran tetapi terletak pada AMALAN. Adakah kita bersedia?

Akhir kalam, renungkan ayat Quran berikut sebagai dalil kesediaan kita untuk exam tersebut:
"Sesiapa yang mengerjakan amalan shalih, maka pahalanya untuk dirinya sendiri dan sesiapa yang berbuat kejahatan, maka dosanya atas dirinya sendiri." (Fushilat: 46)

Wallahu A'lam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...