Khamis, Oktober 28

KULIAH TAUHID SIRI 13

Kekuatan Iman juga akan menentukan seseorang itu setakat mana khusyuknya amalan-amalan solat yang didirikan.
[Al-Iman]

Iman itu pangkalnya amalan. Tanpa pangkal bagaimana hendak bermula?

Dari mana datangnya sungai yang mengalir itu, jika bukan bermula dari pangkalnya di atas bukit-bukau dan gunung-ganang.

Dari mana datangnya pokok yang tumbuh rendang itu, jika bukan berpangkal dari akarnya yang kuat mencengkam tanah.

Dari mana bermulanya sebuah perbualan, jika bukan berpangkal di akal yang memikirkan tajuk perbualan.

Dari mana amalan manusia datang, jika bukan pangkalnya di hati.

Dari mana amalan dapat diterima, jika bukan POKOK PANGKALnya adalah IMAN.

Oleh itu hai sahabat-sahabatku, iman yang mantap kepada Allah dan membenarkan apa-apa saja yang disampaikan oleh Rasul-Nya, itulah pangkal yang kita mesti usahakan didalam hati. Mudah-mudahan amalan kita menjadi semakin tunduk, semakin khusus kepada-Nya. Semakin ikhlas dan semakin dekat kepada Allah Subhanahu Wa Taala.

Wallahu A'lam.

2 ulasan:

  1. Salam.

    Benar sekali, analoginya, jika rosak akarnya pokok tak akan membesar.. itulah pangkal pokok.. begitulah dengan iman kita.. Subhanallah... bila memahami ciptaan Allah semuanya tak sia-sia..

    BalasPadam
  2. Salam kak.

    Terima kasih atas pandangan kak. Setiap ciptaan Allah itu adalah 'guru' kita jika kita mahu berfikir..

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...