Kitab Al-Iman.
Kegagalan yang sebenarnya pada orang-orang Islam di zaman ini ialah kegagalan untuk memahami nilai IMAN yang ada di dalam hati dan hidup mereka.
Bismillahi Rahmani Rahim...
Assalamualaikum wa rahmatullahi wa barakatuh kepada para pengunjung C.B.N. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada mereka yang masih sudi membaca blog saya hingga ke hari ini.
Apa2pun tahniah diucapkan kepada adik2 yang telah beroleh keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan SPM mereka. Bagi mereka yang mendapat keputusan yang kurang cemerlang, jangan putus asa kerana kehidupan adik2 bukan ditentukan oleh keputusan SPM semata-mata.
Banyak faktor lain yang mempengaruhi kejayaan hidup seseorang. Pada hemat saya, ia boleh jadi merangkumi aspek SIKAP POSITIF(AKHLAK MULIA), USAHA GIGIH dan yang terpenting RAHMAT dari ALLAH TAALA. Tanpa Rahmat-NYA, jangan harap kita boleh muncul sebagai seorang yang berguna kepada masyarakat. Bahkan terhadap diri sendiri pun belum tentu dapat diurus.
Sebagai contoh, jika ALLAH tak berkenan untuk mengurniakan NIKMAT AKAL yang sempurna, jadilah kita orang cacat yang sentiasa menagih simpati dan bantuan orang lain. Ingatlah, kita tiada apa-apa pun tanpa RAHMAT ALLAH. Yang penting, kita hendaklah sentiasa bersyukur dengan menggunakan segala nikmat Allah dengan sebaik-baiknya.
Isu sebenarnya untuk entri kali ini ialah isu kegagalan. Jika saya, anda atau sesiapa sahaja yang gagal dalam peperiksaan, ini bukan bermakna gagal selama-lamanya. Berusahalah selagi nyawa di kandung badan demi beroleh kejayaan. Tetapi, jika saya, anda atau sesiapa saja gagal dalam hidup di dunia ini iaitu gagal sebagai orang yang beriman, maka kegagalan itu adalah untuk SELAMA-LAMANYA di Akhirat nanti, nauzubillah!
Belajarlah untuk hidup terhormat sebagai orang beriman. Kerana iman di dada itu merupakan sinar yang menyuluh jalan kehidupan kita. Tanpa iman, manusia hidup kucar-kacir tiada arah hidup yang jelas. Yang bermain di fikiran hanyalah hiburan, hiburan, dan hiburan. Tiada pengertian IBADAH di dalam kamus hidup mereka (iaitu orang yang tak beriman a.k.a orang Kafir).
Oleh itu sahabat2ku, marilah kita memahami nilai iman di dalam dada kita. Dengan melazimi kuliah2 agama di masjid2 dan melalui apa2 saluran sekalipun. Asalkan kita makin dekat dan terus dekat dengan ALLAH TAALA. InsyaAllah.
Wallahu A'lam.