Kitab Dinul Islam.
Jika ilmu-ilmu untuk kepentingan dunia kamu sanggup berkorban masa, wang ringgit dan tenaga sehingga bertahun-tahun. Mengapa ilmu-ilmu Akidah, Syariat, Akhlak dan Sirah Nabi s.a.w. tidak sanggup berkorban sebagai menyambung warisan Nabi s.a.w. dan sahabat-sahabatnya?
Bismillahi Rahmani Rahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh buat saudara2ku di CBN. Semoga anda semua berada dalam Rahmat ALLAH selalu. Maafkan saya kerana sudah lama tidak mengemaskini blog ini berikutan kesibukan di tempat kerja.
Kesibukan dan kelapangan itu hakikatnya berpunca daripada ALLAH Taala. DIA-lah yang Maha Melapangkan/Meluaskan dan juga yang Maha Menyempitkan. Oleh itu, kita sebagai hamba-NYA mestilah menerima segala ketentuan dan kehendak-NYA tanpa rungutan dan keluhan. Bersabarlah. Kerana sesungguhnya ALLAH bersama orang2 yang bersabar (Al-Baqarah:153)...
Berbalik kepada topik kali ini, mengapa manusia nampaknya memberatkan ilmu dunia berbanding ilmu akhirat? Walhal kedua-duanya penting bahkan Akhirat itu lebih2 lagi kerana kita nak hidup panjang dan selama2nya di sana.