Ahad, Mei 29

KULIAH TAUHID SIRI 70

Kitab Al-Ilmu. 
Di dunia ini ada satu Syurga. Sesiapa yang tidak memasukinya maka ia tidak akan dapat memasuki Syurga di Akhirat. Iaitu Syurga keimanan kepada ALLAH.
Barangsiapa yang memahami erti kuliah ini, maka baginya keberuntungan yang besar. Faham dan seterusnya menghayati tuntutannya iaitu berjuang menegakkan kalimah LAA ILAAHA ILLALLAH, MUHAMMADUR RASULULLAH. 

BUDAYA YAHUDI NASRANI

Bercinta sebelum bernikah bukan budaya ISLAM. Ia adalah budaya Yahudi dan Nasrani. Bercinta sebelum nikah menimbulkan fitnah. Mendorong kepada menghampiri zina. Bercinta sebelum nikah bukan dari sunah Nabi s.a.w. Maka ia adalah bidaah. Tiada dalil dari al-Quran dan Hadis-hadis Nabi s.a.w. Juga tiada pendapat Ulama' dan tiada Fatwa mengenainya.

Tepuk dada tanyalah iman. Adakah aku mengikuti ajaran ISLAM sepenuhnya atau separuh-separuh? Diambil yang selesa, dibuang pula ajaran yang mengganggu-gugat kepentingan hawa nafsu. Nauzubillahi minzalik.

Wallahu A'lam.

Jumaat, Mei 27

KULIAH TAUHID SIRI 69

Syarah Kitab Ad-Durrunnafis.
Berhati-hatilah bila berkata-kata, ada masanya kata-kata itu menurun dan ada masanya kata-kata itu menaik. Turun dan naiknya bergantung pada keimanan.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh sahabat2 pengunjung yang diredai Allah. Semoga dalam keampunan dan rahmat-Nya selalu.

Setiap hari manusia pasti akan mengucapkan sesuatu sama ada perkara yang baik mahupun perkara yang buruk (bahkan orang bisu dengan bahasa isyaratnya). Ucapan atau kata-kata amat penting dalam kehidupan. Tanpa kata-kata, tidak akan terjalin hubungan sesama manusia. Kau-kau aku-aku. Diam seribu bahasa bila bertemu. Bukan begini kehendak Islam. Firman Allah Taala dalam surah Al-Hujurat ayat 13 yang membawa maksud:

Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan suku puak, supaya kamu saling berkenalan. Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang paling takwa di antaramu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam Pengetahuan-Nya”.

Ahad, Mei 22

KESEMPURNAAN IMAN

Tiga perkara, sesiapa yang memilikinya, sungguh telah sempurnalah iman iaitu: 
1.Orang yang kasih kepada seseorang yang lain tetapi kasihnya tidak melampaui batas kebatilan.
2.Apabila ia marah, marahnya tidak keluar daripada batas kebenaran.
3.Apabila ia berkuasa, tidaklah dia melampaui batas.
Disampaikan menerusi sms sahabatku, Rifdi.

Jika sayang kepada seseorang, jangan sampai benda yang salah pun jadi betul. Contohnya, kerana sayangkan suami, sanggup menggunakan khidmat bomoh. Jika marah pada seseorang, jangan sampai menjadi zalim. Sanggup menyimbah asid dan sebagainya. Jika ada kuasa, jangan gunakannya untuk kepentingan diri tapi gunalah ia untuk kepentingan Islam. Ajak kembali kepada ajaran Islam dan mencegah kemungkaran.

Selamat berakhlak dengan akhlak Islam!


Wallahu A'lam.

Selasa, Mei 17

KELAS FARDHU AIN SIRI 22

Kitab Ad-Din.
Islam telah lengkap dan telah ditetapkan batas-batas sempadan Halal, Haram, Dosa dan Pahala. Datang orang2 Yahudi, diroboh dan dirosakkannya segala batas2 sempadan tersebut. Maka orang2 Islam pun melanggarlah segala batas sempadan yang telah dirosakkan. maka ramailah pula orang Islam yang mengikut jejak orang2 Yahudi.
Coretan hatiku:

Yahudi 'menghidangkan' hiburan2 yang merosakkan akidah dan akhlak orang Islam seperti lagu-lagu dan movie-movie yang berteraskan syirik dan maksiat. 

Yahudi menghasilkan makanan2 yang tidak berkhasiat dan diragui kehalalannya (tidak halalan toyyiba) untuk orang Islam sedangkan mereka sendiri mengamalkan pemakanan yang baik menurut agama. 

Yahudi memegang ekonomi dunia dan mengamalkan riba untuk urusniaga orang2 Islam. Lalu rosaklah sumber pendapatan orang Islam.

Yahudi memperkenalkan undang2 manusia agar diletakkan di atas undang2 Islam. Al-Quran dan Hadis Nabi SAW diketepikan oleh penganutnya sendiri.

Segala serangan ini ditujukan kepada kita, umat Islam. Oleh itu sampai bila kita mahu terus leka dengan keseronokan2 duniawi sambil memejamkan mata akan kebatilan yang sedang melanda? Sanggupkah kita membiarkan musuh2 ALLAH terus merobek kemuliaan dan kesucian agama Islam?


Wallahu A'lam.

KULIAH TAUHID SIRI 68

Kitab Al-Ibadah.
Tanda-tanda lemahnya IMAN. Antaranya malas solat berjemaah sedangkan dia mampu. Dan di dalam solat masih teringatkan urusan-urusan dunia.
Pakaian kotor (kerana peluh atau kena tanah) bukanlah alasan untuk tidak solat berjemaah.


Wallahu A'lam.

TAZKIRAH JAM 3 PETANG

Ukhuwwah itu bukan pada indahnya pertemuan, tapi pada ingatan seseorang terhadap saudaranya dalam doanya: "Harapanku mekar di hati agar persahabatan suci ini terus kekal, menjadi SYAFAAT, terukir indah di pintu JANNAH."

p/s Mesej ini dihantar oleh saudara Muslihin sahabat saya yang dikasihi, penulis blog ZERO TO HERO. Coretan pengalaman sebagai Tentera Laut Diraja Malaysia. Semoga beliau mendapat Cahaya Petunjuk-Nya selalu.

Wallahu A'lam.

Sabtu, Mei 7

PANDUAN HIDUP

Kitab Al-Iman.
Di usia yang masih muda bukan masa untuk ingatkan kahwin. Sepatutnya bekalkan diri terlebih dahulu dengan ilmu-ilmu agama, terutama dalam masalah Akidah dan Iman. Sekurang-kurangnya mantapkan Iman di dada, bukan sifat-sifat mazmumah.
Berdasarkan statistik JAKIM pada tahun 2009, kes penceraian akan berlaku dalam SETIAP 15 MINIT! Bayangkan saudara dalam sejam sudah 4 pasangan suami isteri muslim yang telah bercerai. Dan angkanya akan semakin meningkat jika orang kita masih mengamalkan sikap terburu-buru untuk mendirikan rumah tangga dengan bercouple (rujuk Majalah I bulan Mei 2011).

Wallahu A'lam.

Isnin, Mei 2

HAKIKAT UKHUWWAH

Ukhuwwah itu bukan pada indahnya pertemuan, tapi pada ingatan seseorang terhadap saudaranya dalam doanya: "Harapanku mekar di hati agar persahabatan suci ini terus kekal, menjadi SYAFAAT, terukir indah di pintu JANNAH."

p/s Mesej ini dihantar oleh saudara Muslihin sahabat saya yang dikasihi, penulis blog ZERO TO HERO. Coretan pengalaman sebagai Tentera Laut Diraja Malaysia. Semoga beliau mendapat Cahaya Petunjuk-Nya selalu.


Wallahu A'lam.

Ahad, Mei 1

KULIAH FEKAH SIRI 34

Orang yang tidak peduli dengan urusan-urusan agama, seolah-olah agama tidak penting dalam hidupnya. Tidak mahu berfikir tentang kehidupan Akhirat. Dan tidak bersiap sedia untuk menyambut kematian.

Bismillahi Rahmani Rahim.
Assalamualaikum sahabat2 CBN. Saya mendoakan agar anda semua mendapat cahaya petunjuk ke jalan yang lurus sehingga ke akhir hayat.

Isu hari ini ialah ambil peduli. Sejauh mana kita peduli tentang hal2 solat kita. Tiang seri dalam agama kita. Cuba tanya, cukupkah solat wajib? Jika cukup, solat yang bagaimana kita persembahkan kepada Allah, Tuhan Yang Maha Suci lagi Maha Mulia? Adakah solat yang ala kadar bagai melepas batuk di tangga atau solat yang digenangi air mata dan terbit rasa khusyuk, tawaduk dan juga gerun di hati?

Jika belum, berusahalah ke arah itu. Fikirkanlah perumpamaan berikut: Adakah layak seorang hamba yang berpakaian buruk lagi busuk mahu menghadap dengan Raja yang agung? Kita di dunia ini pun tahu nak jaga protokol bila berhadapan dengan Sultan atau Agong di istana2. Mengapa tidak kita jaga protokol dengan ALLAH, Raja segala Raja. Tuhan seluruh Alam Semesta. Marilah kita fokus kembali peduli kita kepada solat.

Begitu juga dengan ibadah2 yang lain. Puasa kita, zakat kita- sudah tunai ke belum, haji kita- jangan asyik nak bertangguh jika dah mampu, muamalah kita sesama insan dan sebagainya. Semua itu kena jaga syarat2nya. Oleh itu, kita perlu menuntut ilmu agama. Supaya dapat menjadi panduan demi melayari bahtera kehidupan.


Wallahu A'lam.

TAZKIRAH PETANG

ALLAH telah memberi kejayaan pada anda dibidang ilmu-ilmu Akademi dan dianugerahkan dengan pentauliahan. Sekarang anda dianugerahkan pula pangkat dan sedikit kuasa dengan bayaran yang agak lumayan. Apakah anda bersyukur kepada ALLAH dengan melakukan ketaatan padaNya atau anda gunakan pada pangkat, kuasa, gaji, kesihatan yang dianugerahkan ALLAH dengan melakukan kezaliman dan kemaksiatan kepada ALLAH? Ingatlah, ALLAH boleh tarik balik pangkat dan kemewahan pada anda bila-bila masa bila ALLAH kehendaki.

Tazkirah berikut disampaikan pada waktu petang untuk mendidik jiwa agar jangan lalai dan sombong dengan nikmat dan rezeki yang ada.

Gambar hiasan

Wallahu A'lam.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...