Selasa, Disember 13

TAZKIRAH ILMU

Huraian Kitab Al-Ilmi.
Orang-orang Islam hari ini lebih sibuk dan ambil berat hanya dalam perkara-perkara duniawi dan maksiat sahaja. Masalah Akidah, Akhlak dan amalan-amalan soleh tidak diambil berat, jika adapun hanya sekadar syarat saja.

Akidah, akhlak dan amalan-amalan soleh merupakan perkara yang sepatutnya diambil berat. Kerana ia membabitkan Iman kita. Rosak akidah seperti menolak perintah Allah, mempersenda hadis Nabi, mempercayai bomoh, memuja selain Allah, maka rosaklah Iman. Rosak akhlak seperti membiasakan diri bersifat sombong, mementingkan diri sendiri, zalim, dan sadis, maka remuklah Iman. Malas datang berjemaah di masjid, malas baca Al-Quran, malas menghadiri majlis ilmu, takut bersedekah, maka terhirislah Iman.

Oleh itu, saya mengingati diri ini terutamanya dan diri kalian yang dikasihi Allah.. Marilah kita bangkit melawan hawa nafsu kita yang selalu mengarahkan kepada kejahatan dan kemungkaran. Yang mengajak kita supaya terus leka dan lalai dibuai angan-angan dan keseronokan. Marilah kawan2 ku kita tinggalkan kejahatan kita kebelakang dan mulakan langkah baru yang disulami amal2 ketaatan. Mari kita selami agama Islam yang kita anuti dengan sebenar2nya. Tinggalkan perkara2 Syirik. Tinggalkan akhlak2 yang disukai Syaitan. Tinggalkan budaya malas kita.

Dan mari menadah tangan kepada ALLAH agar diampunkan dosa2 kita yang lalu dan dikurniakan cahaya petunjuk yang menerangi kegelapan hidup yang penuh dengan kejahilan dan maksiat. Ya Allah Ya Mujib, kabulkanlah permintaan kami. Amin.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...