Isnin, Februari 14

KULIAH FEKAH SIRI 30

Kitab Al-Iqna.
Dua perkara yang pasti berlaku dan tidak mengira peringkat umur dan darjat iaitu sakit dan mati. Sebelum kedua-duanya mendatangi kamu, maka bertaubatlah dari segala dosa dan beramallah dengan amalan-amalan yang soleh.
Bismillahi Rahmani Rahim.

Sehebat mana pun kedudukan manusia, semuda dan secergas manapun insan itu, dia pasti akan menghadapi sakit dan maut. Sakit akan datang dalam suasana yang tak dapat diduga manusia melainkan menerusi Perancangan dan Kehendak Allah jua.

Hari ini kamu tersenyum lebar, bersorak bertempik, bertempuk bertampar sesama rakan sebaya. Esok hari mungkin kamu terlantar di hospital kerana terkena kanser apendiks. Di mana gahmu di mana egomu? Peluang untuk beramal tiba-tiba menjadi sempit kerana nikmat kesihatan telah dipulangkan kepada Pemiliknya.

Hari ini jantung kamu masih berdegup, mata masih berkelip, dada masih berombak, mata masih bersinar, tangan, kaki, jari-jemari masih boleh digerak-gerakkan semahu-mahunya. Tapi apalah nasibmu di esok hari? Mungkin sudah terkambus oleh pepasir di bawah 6 kaki... Menjadi santapan kala dan anai-anai kubur.

Oleh itu, sebelum dua perkara yang pasti ini datang menimpa kita, ayuhlah sediakan bekalan amal soleh berupa ketaatan, menyebarkan dakwah dan berjihad di jalan Allah. Disamping meratapi dosa-dosa yang lalu dengan memperbanyakkan beristighfar kepada Tuhan Yang Maha Pengampun Maha Penyayang. Semoga iman dan amal soleh kita menjadi mahar untuk Syurga-Nya yang Agung.

Wallahu A'lam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...