Isnin, Julai 26

KULIAH TASAUF SIRI 11

Orang yang hendak menuju ke jalan Allah pastikan jangan banyak cakap, jauhi berkawan dengan ahli2 dunia dan makan tidak terlalu kenyang.

[Minhajul Abidin]

Nak bercakap boleh. Namun pastikan kata-kata kita itu ke arah kebaikan. Bukan ke arah caci-maki, memburuk2kan orang lain dengan niat bergurau,  kata-kata terselit penipuan dan tak jujur, kata-kata ke arah kemaksiatan kepada Allah subhanahu wataala.

Nak berkawan boleh. Sungguhpun begitu kenalpasti siapa kawan kita. Adakah kawan kita mengajak kepada Syurga (dengan menganjur amal-amal soleh) atau kawan kita mengajak kepada Neraka (dengan menganjur perbuatan dosa, fasik, zalim dan syirik).

Nak makan boleh. Silakan. Tapi jangan berlebih-lebihan. Nasi penuh sampai kucing pun tak lepas nak lompat. Lauk-pauk berbagai-bagai naik juling mata melihat. Alhasil, makanan tak habis dibuangnya begitu saja. Jika makan sampai habis pun, perut kembang macam ibu mengandung. Kesannya, malas menerpa. Ibadah entah ke mana. Yang tahu tidur merata-rata...

Begitulah tips-tips yang diberikan oleh Hujatul Islam, Imam Ghazali Rahimahullah supaya kita dapat amalkan dalam kehidupan seharian. Terpulang kepada kita nak ikut ke tak nak?

Wallahu A'lam.

KULIAH MAZHAB

Ikutilah cara hidup Imam Syafie, Imam Malik, Imam Abu Hanifa dan Imam Ahmad bin Hanbal. Walaupun mereka berlainan pendapat tetapi tidak pernah bermusuh. Mereka tetap bersatu didalam silaturrahim. 
[Fiqh Sunnah]

Beginilah SIKAP yang patut kita contohi. Bukan mengamalkan sikap buruk bertegang leher, menegakkan ego masing-masing, dan tidak mahu menerima langsung pendapat orang lain kerana sangat taksubnya kepada mazhab sendiri.

Wallahu A'lam.

SIFAT MUNAFIK 2

Bibir mengaku beriman tetapi hati menidakkannya. Buktinya bila dosa dan maksiat lebih banyak dilakukan daripada amalan-amalan soleh.
[Al-Ibadah]

Wallahu A'lam.

Isnin, Julai 19

ILMU, IMAN DAN AMAL

Sifat-sifat orang yang ikhlas dan beriman, suka mengucapkan terima kasih kepada sesiapa yang memberi bantuan atau menolongnya sama ada disudut harta, nasihat atau tenaga. Itulah sifat hamba Allah yang bersyukur kepadaNya.

[Al-Iman]

Wallahu A'lam.

HAK DAN BATIL

Orang-orang munafik dan zalim sikapnya menghalang dan meruntuhkan kebenaran yang akhirnya membawa kepada batalnya Syahadah.
[Bahrul Mazi]

Begitu bahayanya bila bersikap munafik dan zalim.

Ia akibatkan manusia berat untuk menerima hidayah.

Dan paling berat apabila dia terkeluar dari agama kerana kezalimannya menolak hak Allah dan menindas hak manusia. Juga menjadi murtad kerana kemunafikannya.

Wallahu A'lam.

SIFAT MUNAFIK

Al-Quran dibaca tetapi hukum-hukumnya ditolak. Mengaku umat Nabi s.a.w. tetapi tidak ikut cara akhlak dan kehidupannya.
Manis dibibir...
Pahit ditelan...
Begitulah tahap pegangan orang munafik. Nauzubillah.

Wallahu A'lam.

Rabu, Julai 14

DOA PELINDUNG

Untuk melemparkan syaitan dari hati dengan 'Laa Haula Wa Laa Quwwata illa Billah' dan banyakkan mengingati Allah.
[Ad-Doa]
 Mahu 'terajang' setan? Amalkan doa berikut dan ingat ALLAH sokmo!

Wallahu A'lam.

SIFAT TAQWA

Seseorang itu tidak akan makan atau minum sesuatu apapun yang diharamkan oleh Allah. Sekalipun hanya sesuap atau setitis.

[Al-Hikam]

 Sejauhmana kita berhati-hati dalam bab makan demi peroleh sifat TAKWA?

Wallahu A'lam.

Selasa, Julai 6

KULIAH TASAUF SIRI 10

Antara sifat-sifat orang munafik iaitu pengucapan dan tingkah laku mereka lebih kepada budaya-budaya kekafiran.

[Ad-Din]

Bila kita semak balik bait-bait ucapan kita, semak balik tindak-tanduk kita, adakah menyerupai Islam atau lebih mirip kepada budaya yang sarat dengan kekafiran?

Isnin, Julai 5

SEBUAH FENOMENA

Apabila budaya dan sejarah-sejarah Masihi diutamakan, dengan sendirinya budaya dan sejarah-sejarah Hijrah ditenggelamkan oleh orang-orang Islam sendiri.

[Al-Islam]

Menarik untuk diperhatikan hal atau fenomena ini. Sudah berlaku dan sedang berlaku tanpa kita sedari. Dan berterusan berlaku dengan kita sendiri turut mengiyakannya. Apakah dia 'fenomena' ini?

CAHAYA IMAN SIRI 2

Ilmu Tauhid wajib dijernihkan supaya keimanan dapat disinarkan dengan ibadah2 dan akhlak yang mulia. Hidup pula dirahmat Allah.

[Nur 'Ala Nur]

Kita perlu jernihkan atau jelaskan pegangan akidah kita demi memperoleh kasih sayang Allah. Bagaimana DIA akan sayangi diri kita jika akidah kita dicampuri dengan unsur-unsur Syirik dan Khurafat kepada-NYA.

Contohnya meyakini Undang-undang Manusia @ Perlembagaan Negara lebih Benar daripada Undang-undang Allah yang diberitakan oleh Baginda Muhammad s.a.w.. Manusia yang 'keruh' akidahnya akan memperlecehkan perintah dari Al-Quran dan As-Sunnah.

Contoh lain meyakini ada Kuasa yang lebih power daripada Allah Taala. Akidah yang keruh mengajak manusia supaya takut kepada Manusia yang berpangkat atau berdarjat  lebih tinggi daripadanya. Lebih takut kepada Jin atau Makhluk Halus atau Hantu yang didakwa boleh mendatangkan mudarat kepadanya. Lebih yakin kepada Tangkal atau Kubur-kubur Wali daripada Ketentuan Allah.

Macamana hendak melahirkan ibadah yang sahih? Macamana hendak melahirkan akhlak yang Mulia? Jika hal-hal Syirik dan Khurafat masih berlegar-legar dalam kepercayaan hidup kita? Mari kita telusuri iman kita sejenak...

Wallahu A'lam.

Jumaat, Julai 2

CAHAYA IMAN

Untuk mengetahui sama ada Tauhid seseorang itu jernih atau tidak, redha atau tidak apabila menerima sesuatu kebenaran. Atau dia menangkis dengan berbagai alasan kerana dunia.
 [Nur 'Ala Nur]

Inilah dia kayu ukur atau penanda aras tahap keimanan kita kepada Allah. Sewaktu menerima kebenaran. Tak kira apa jenis kebenaran. Mungkin kita ditegur bab bermuamalah seperti Forex atau Swiss Cash itu haram sebagaimana difatwakan oleh para ulama muktabar.

Khamis, Julai 1

MANFAAT ILMU

Mengikut sunnah Nabi s.a.w., bukan disudut amalan saja. Disudut akhlak dan tutur kata ramai umatnya yang gagal mengikutinya.

[Nur Muhammad s.a.w.]

Bila berbicara tentang mengamalkan sunnah Nabi s.a.w., ramai orang mungkin akan mendabik dada telah mengamalkannya. Mereka telah berpakaian jubah, berserban, menyimpan janggut dan bersugi. Bagi mereka, itulah sunnah Nabi s.a.w..

Namun bila kita lihat sendiri akhlak dan tutur kata mereka, jauh daripada sunnah. Dengan mengamalkan budaya hisap rokok ketika waktu senggang, bertutur dengan kata-kata yang kesat dan biadab, mencela orang lain, berdegil dengan pendapat sendiri apabila telah terbukti salah dan sebagainya. Jelas sekali mereka telah menemui kegagalan.

Inilah antara kegagalan umat dalam mengamalkan sunnah Nabi Muhammad s.a.w.. Oleh itu, jangan setakat mengamalkan sunnah perwatakan Nabi s.a.w. sudah mencukupi. Tetapi selamilah sunnah Baginda dengan mendalam. Dengan suluhan ilmu pengetahuan. Bukan atas dasar nafsu semata-mata seperti ingin dipuji kerana nampak alim dan sebagainya.

Saudara, sunnah Nabi s.a.w. itu sangat luas. Ia meliputi aspek politik/pentadbiran, ekonomi, sosial, kebudayaan dan pendidikan. Namun pada skop budaya hidup sahaja seperti anjuran Nabi supaya bersedekah, berbuat baik dan sangat mesra kepada ahli keluarga, sahabat, jiran tetangga, dan golongan fakir miskin. Adakah kita sudah melaksanakannya dalam budaya hidup kita? Nampaknya usaha-usaha untuk menjejak sunnah Nabi s.a.w masih terlalu banyak yang terbengkalai...

Wallahu A'lam.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...