Isnin, Julai 26

KULIAH TASAUF SIRI 11

Orang yang hendak menuju ke jalan Allah pastikan jangan banyak cakap, jauhi berkawan dengan ahli2 dunia dan makan tidak terlalu kenyang.

[Minhajul Abidin]

Nak bercakap boleh. Namun pastikan kata-kata kita itu ke arah kebaikan. Bukan ke arah caci-maki, memburuk2kan orang lain dengan niat bergurau,  kata-kata terselit penipuan dan tak jujur, kata-kata ke arah kemaksiatan kepada Allah subhanahu wataala.

Nak berkawan boleh. Sungguhpun begitu kenalpasti siapa kawan kita. Adakah kawan kita mengajak kepada Syurga (dengan menganjur amal-amal soleh) atau kawan kita mengajak kepada Neraka (dengan menganjur perbuatan dosa, fasik, zalim dan syirik).

Nak makan boleh. Silakan. Tapi jangan berlebih-lebihan. Nasi penuh sampai kucing pun tak lepas nak lompat. Lauk-pauk berbagai-bagai naik juling mata melihat. Alhasil, makanan tak habis dibuangnya begitu saja. Jika makan sampai habis pun, perut kembang macam ibu mengandung. Kesannya, malas menerpa. Ibadah entah ke mana. Yang tahu tidur merata-rata...

Begitulah tips-tips yang diberikan oleh Hujatul Islam, Imam Ghazali Rahimahullah supaya kita dapat amalkan dalam kehidupan seharian. Terpulang kepada kita nak ikut ke tak nak?

Wallahu A'lam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...