Selasa, Julai 6

KULIAH TASAUF SIRI 10

Antara sifat-sifat orang munafik iaitu pengucapan dan tingkah laku mereka lebih kepada budaya-budaya kekafiran.

[Ad-Din]

Bila kita semak balik bait-bait ucapan kita, semak balik tindak-tanduk kita, adakah menyerupai Islam atau lebih mirip kepada budaya yang sarat dengan kekafiran?



Ketika bergaul bersama keluarga, cuba perhatikan ucapan kita terhadap kedua ibu bapa, adik-beradik dan kaum kerabat. Sudahkah kita mengamalkan ucapan Salam setiap kali hendak memulakan perbualan? Berilah salam kerana Nabi s.a.w. tidak pernah meninggalkan ucapan salam setiap kali bertemu dan ketika hendak berpisah. Bahkan Nabi s.a.w. lah pihak yang terlebih dahulu memberi salam!

Sudahkah kita mengamalkan budaya berjabat salam dengan erat sambil merenung tepat ke mata kaum keluarga kita? Sudahkah kita memeluk ibu bapa kita setiap kali bertemu dan berpisah? Sesungguhnya dalam Islam telah mengajar kita untuk mengasihi kaum kerabat terutamanya kedua orang tua kita. Namun, dimanakah nilai kasih sayang kita terhadap keluarga masakini? Bahkan melebihkan TV, PC, NOTEBOOK atau teman se'lepak' di luar sana! Kita tinggal di bawah satu bumbung, tapi hati dan fikiran menerawang di luar sana. Mengabaikan kasih keluarga kita. Tak ambil tahupun berita mereka...


Wallahu A'lam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...