Sabtu, Julai 30

KELAS FARDHU AIN SIRI 24

Kitab Pintu-Pintu Wahyu. 
Janganlah kerap berbohong dengan Allah SWT. Dalam solat meminta tunjukkan 'JALAN YANG LURUS'. Bila di luar solat sudah mula lupa diri, ikut pula jalan2 hawa nafsu, jalan2 iblis dan jalan2 Yahudi dan Nasrani. Mana janji dengan Allah SWT?


Peringatan buat diri saya dan anda semua. Persoalannya 'Muslim'kah kita? Atau sekadar terkumat-kamit dengan kalimah yang bernadakan ke'arab'an dan memakai nama Islam? Muhasabah balik pada diari kehidupan kita.

Adakah bangun kita kerana Allah atau untuk suka2?

Adakah tidur kerana Allah atau kerana bosan tak tahu buat apa-apa?

Adakah pergaulan kita kerana Allah dan mengikut panduan yang disampaikan oleh Nabi kita Muhammad SAW atau kita mengikut pergaulan bebas lelaki-perempuan anjuran Yahudi dan Nasrani?

Adakah makan dan minum kita ikut Islam dari sudut Halalan Toyyiba atau McD dan makanan2 musuh Islam yang lebih kita gemari dan pilih?

Adakah belajar, bekerja, bermuamalah dan seterusnya mengikut Jalan yang Lurus?

Sama-sama kita perbaiki amal kita sebelum nyawa ditarik oleh Allah. Sama-sama kita lakukan perubahan lebih2 lagi kita sedang memasuki Bulan Ramadan yang Penuh Barakah disisi Allah. Mari kita bertaubat dan istiqamah di jalan-Nya. InsyaAllah.

Wallahu A'lam.

Ahad, Julai 24

KULIAH TASAUF SIRI 58

Buanglah rasa sombong di dalam hati kamu, walau sekecil manapun. Sebabnya tidak masuk Syurga orang yang ada kesombongan di dalam hatinya walau sebesar zarah (atom). Takbur dan sombong adalah milik Allah. Sesiapa yang memilikinya akan dilaknat oleh Allah. Hidup tidak berkat dan tidak mendapat rahmat dari Allah. Jika tidak bertaubat, kekal dalam neraka bersama iblis laknatullah.

Ilmu Tasauf berkait rapat dengan hati. Berkaitan dengan kesucian hati dan cara-cara membersihkannya. Selain itu, Tasauf juga membicarakan tentang mengenal penyakit2 hati seperti sombong, ujub, takbur, dengki, dan dosa2 batin yang lain.

Kita dituntut untuk menjauhi sifat2 tercela ini supaya hati kita tenang dalam mengingat Allah dan beribadah kepada-Nya. Sebagaimana Firman Allah dalam Surah as-Soffat ayat 84:


Maksudnya : Ketika ia mematuhi perintah Tuhannya dengan hati yang suci murni

Kita juga bakal menghadap Allah, Tuhan Sekalian Alam di Hari Akhirat nanti. Jika dengan manusia yang berpangkat tinggi pun kita begitu takut hendak jumpa jika pakaian kita kotor. Adakah kita rela membiarkan hati kita ini kotor dengan dosa2 semasa menghadap Tuhan kita?

 "Hari yang padanya harta benda dan anak-pinak tidak dapat memberikan pertolongan sesuatu apapun. Kecuali (harta benda dan anak-pinak) orang-orang yang datang mengadap Allah dengan hati yang selamat sejahtera".  (Surah as-Syu`ara Ayat 88 dan 89)

Wallahu A'lam.

Rabu, Julai 20

TAZKIRAH ILMU

Huraian Kitab Al-Ilmi.
Apabila pegangan Akidah dan agama tidak mantap, maka ramailah umat Islam menghadapi kebenaran-kebenaran yang dikelirukan. Dan kesalahan-kesalahan yang dibenarkan pula. Contoh: bercouple bukan mahram itu haram tapi ada yang menghalalkan pula tanpa dalil yang sahih.


Wallahu A'lam.

KULIAH TAUHID SIRI 73

Kitab Ad-Din.
Kita mesti yakin, Allah tidak pernah lalai terhadap apa-apa yang kita lakukan. Oleh itu jadikan DIA sentiasa mengawasi kita di waktu pagi dan petang.
YA ALLAH YA RAQIIB! Wahai Tuhan Yang Maha Mengawas! Awasilah setiap langkah daku agar tetap berada di jalan-Mu yang lurus ini dan tidak tergelincir ke lembah maksiat yang hina-dina.

Aku yakin bahawa Engkaulah yang sentiasa memerhatikan setiap gerak-geriku.
Baik kerlipan mata... Degupan jantung...
Apa saja yang terlintas dalam fikiran... Tiap putusan niat...
Hati nurani dan perasaan... Setiap hayunan langkah dan gerakan tangan...
Dan segala-galanya tentangku.

Sesungguhnya Engkau yang Maha Menguasai semua itu ya Allah daripada terjadinya bencana dan musibah yang tidak diingini. Segala puji dan puja bagi-Mu atas kasih sayang-Mu mengawasiku.

Dan apabila Engkau menghendaki kemudaratan ke atasku, tiada sesiapapun yang mampu menolaknya. Sesungguhnya aku reda akan ketentuan-Mu yang Maha Bijaksana. Ketentuan yang sentiasa bermatlamatkan kebaikan bagi orang2 yang reda dengannya. Ya Allah Ya Raqiib.

Amiin.

Selasa, Julai 19

USLUB DAKWAH

Syarah Kitab Ilmu, Iman dan Amal.
Untuk menjadi pendakwah dan bertabligh, siapkan diri dengan ilmu. Mantapkan Akidah, pastikan mengikut Ahli Sunnah Wal Jamaah. Mesti mempunyai akhlak yang baik, sedia menghadapi segala cabaran dan ujian dalam berdakwah. Sanggup menerima teguran, tidak taksub dengan jemaah sendiri dan keikhlasan hati adalah yang paling penting.


Wallahu A'lam.

KULIAH FEKAH SIRI 37

Kitab Fiqh Semasa.
Ternyata di zaman ini didapati orang-orang Islam menjadikan Islam ibarat dalca atau rojak. Contoh: Syariat Islam dicampur-adukkan dengan budaya Yahudi dan Nasrani.
Fitnah di akhir zaman ini telah membuatkan manusia lupa pada Agama. Kesenangan dunia, kecanggihan teknologi, budaya Yahudi dan Nasrani yang sentiasa menggalakkan pergaulan bebas laki2 dan perempuan merupakan contoh2 fitnahnya. Alhasil, manusia yang Islam pada siangnya menjadi kufur pada malamnya. Nampak dia menunaikan solat dan mengaji. Tapi pada hari yang sama dia juga berhibur di night club.

Selain itu, manusia beragama ikut tempat. Di sekolah atau pejabat, aurat dia jaga dengan elok. Di luar, auratnya jadi tatapan orang ramai. Bersama keluarga, dialah insan paling soleh/solehah, bersama rakan dialah insan yang lupa akhirat. Nauzubillah-mohon supaya kita dijauhkan oleh Allah dari menjadi sedemikian.

Hati-hatilah wahai saudaraku Agama ini bukannya caca-merba bagaikan dalca mahupun rojak. Agama itu suci dan tulus. Straight to the point. Jika benar katakan benar. Dan lakukan. Jika salah katakan salah. Dan tinggalkan. Takda campur-aduk.


Wallahu A'lam.

Ahad, Julai 17

TAZKIRAH MOTIVASI

Rujukan Kitab Motivasi Ilmu.
Siapa yang enggan mempelajari, membaca, memahami dan mengamalkan Al-Quran, maka baginya rezeki yang sempit. Dan pada hari Kiamat dia akan datang dalam keadaan buta.
Semoga kita tergolong dalam orang2 yang hendak mempelajari, memahami dan mengamalkan Al-Quran. Dan bukan menjadikan Kitab Suci tersebut sekadar hiasan dalaman saja.

Wallahu A'lam.

TAZKIRAH FEKAH

Kitab AL-Ibadah. 
Sama ada kita sedar atau tidak, peranan Syaitan lebih hebat memperdayakan kita di dalam perkara-perkara amal ibadah. Contoh: 'Zaman Nabi SAW dulu lain dan jangan samakan di zaman kita'. Di sinilah yang akan berlakunya yang haram menjadi halal.
Bismillahi Rahmani Rahiim.
Assalamualaikum wa rahmatullahi wa baraktuh buat para teman dan pengunjung blog ini. Segala puji dan syukur buat-Nya yang telah menggerakkan diri yang kerdil ni untuk menyampaikan secebis hikmah kepada rakan2 sekalian.. Demi kekuasaan-Nya, sesiapapun tak mampu berbuat sesuatu kebaikan tanpa petunjuk dan taufik dari Allah Taala.

Saya memohon maaf atas kelemahan saya meng'update' blog ini. Tuntutan kerja antaranya menjadi alasan. Apa2pun semoga Iman kita terjaga walau badai Syaitan dan Hawa Nafsu datang melanda. Semoga kita terus thabat(tetap) dalam agama Allah Taala.

Saya ingin berceloteh mengenai cebisan hikmah hari ini. Bab peranan Syaitan menyesatkan umat Nabi Muhammad SAW. Selalu kita dengar, "alah dulu lain, sekarang lain" bilamana kita hendak mengajak orang lain kepada Islam.

Contoh untuk hari ni ialah bab bercouple. Kita katakan bercouple tu haram dalam erti kata pasangan keluar berdua-duaan lagaknya macam suami isteri walhal belum nikah lagi. Tapi keluar suara sumbang mengatakan zaman sekarang tak macam zaman dulu. Dah ada wayang, cafe, facebook, yahoomessenger, handphone canggih-manggih dan sebagainya. Ledakan teknologi ini seolah-olah menghalalkan budaya bercampur gaul lelaki perempuan yang bukan mahram. Walhal garis panduan Islam tetap tidak berubah. Dari zaman Rasulullah SAW sampai sekarang. Bahkan hingga hari Kiamat.

Bukankah Nabi SAW telah bersabda kepada kaum lelaki:
"Janganlah kamu berdua-duaan dengan seorang wanita kecuali jiak ada muhrimnya."
Hadis lain:
"Janganlah kamu berkhalwat dengan wanita. Demi Tuhan yang memegang nyawaku, setiap lelaki yang berkhalwat dengan wanita nescaya Syaitan akan berada di antara mereka".
Nota: Berkhalwat yakni berdua-duaan.

Islam meletakkan garis panduan ini demi menjaga tatasusila manusia. Jangan sampai maruah manusia ternoda dengan hawa nafsu yang bila2 boleh menjadi buas. Hati2 lah juga dengan pujuk rayu Syaitan yang memang pandai berkata-kata ke dalam sanubari Manusia.

Sekian saja penulisan hari ini. Semoga bermanfaat.

Wallahu A'lam.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...