Selasa, Disember 13

TAZKIRAH ILMU

Huraian Kitab Al-Ilmi.
Orang-orang Islam hari ini lebih sibuk dan ambil berat hanya dalam perkara-perkara duniawi dan maksiat sahaja. Masalah Akidah, Akhlak dan amalan-amalan soleh tidak diambil berat, jika adapun hanya sekadar syarat saja.

Akidah, akhlak dan amalan-amalan soleh merupakan perkara yang sepatutnya diambil berat. Kerana ia membabitkan Iman kita. Rosak akidah seperti menolak perintah Allah, mempersenda hadis Nabi, mempercayai bomoh, memuja selain Allah, maka rosaklah Iman. Rosak akhlak seperti membiasakan diri bersifat sombong, mementingkan diri sendiri, zalim, dan sadis, maka remuklah Iman. Malas datang berjemaah di masjid, malas baca Al-Quran, malas menghadiri majlis ilmu, takut bersedekah, maka terhirislah Iman.

Oleh itu, saya mengingati diri ini terutamanya dan diri kalian yang dikasihi Allah.. Marilah kita bangkit melawan hawa nafsu kita yang selalu mengarahkan kepada kejahatan dan kemungkaran. Yang mengajak kita supaya terus leka dan lalai dibuai angan-angan dan keseronokan. Marilah kawan2 ku kita tinggalkan kejahatan kita kebelakang dan mulakan langkah baru yang disulami amal2 ketaatan. Mari kita selami agama Islam yang kita anuti dengan sebenar2nya. Tinggalkan perkara2 Syirik. Tinggalkan akhlak2 yang disukai Syaitan. Tinggalkan budaya malas kita.

Dan mari menadah tangan kepada ALLAH agar diampunkan dosa2 kita yang lalu dan dikurniakan cahaya petunjuk yang menerangi kegelapan hidup yang penuh dengan kejahilan dan maksiat. Ya Allah Ya Mujib, kabulkanlah permintaan kami. Amin.

Khamis, Disember 8

RENUNGI KEJADIANMU

Kitab Ad-Din.
Renungilah dirimu. Fikirkanlah dengan waras, kenapa dan bagaimana kamu diciptakan oleh Allah? Sesiapa yang mengenali dirinya maka dia mengenali siapa Penciptanya.

Mari hayati klip video ini mudah2an kita semua faham betapa kerdil dan lemahnya diri ini bila dibandingkan dengan Kebesaran ALLAH Taala.



Wallahu A'lam.

Rabu, Disember 7

HATI ORANG KAFIR

Kitab Ad-Din.
Orang yang mempunyai hati yang kotor, berpenyakit, benci pada kebenaran dan hati mereka sesak dan sempit untuk mendengar serta menerima petunjuk Islam.

Hati2 bila hati jadi sebegini. Takut2 kita tergolong dikalangan orang2 kafir. Yang tempat mereka adalah di An-Nar (api neraka).


Wallahu A'lam.

SIFAT ORANG BERIMAN

Kitab Ad-Din.
Sifat-sifat hati orang-orang yang beriman: menerima dan gemarkan kebenaran dan berlapang dada dengan ajaran-ajaran Islam. Dan suka untuk menambah ilmu-ilmu agama.

Check balik perangai kita. Adakah kita sukakan kebenaran atau rasa rimas mendengarnya?


Wallahu A'lam.

KULIAH TAUHID SIRI 74

Kitab Al-Iman.

Jadikanlah cinta kamu pada seseorang berdasarkan fitrah Islam. Dengan penuh kasih sayang sebagai pendorong kemajuan, penambah semangat ibadah dan jalan menuju yang kekal abadi iaitu jalan ke Syurga.

Wallahu A'lam.

Rabu, November 30

MADAH BUAT JIWA

Assalamualaikum pengunjung yang ku hormati. Izinkanku berkongsi mesej agama daripada temanku, Arif Soef.

Yang manis itu nasihat Al-Quran,
Yang indah itu Agama,
Yang wangi itu haruman Taqwa,
Yang cantik itu Peribadi, serilah NUR dari wudhuk yang tak putus-putus dari wajahmu.
Hargailah perkenalan yang membenihkan titisan Ukhuwwah.
Semoga mekarnya di redai Allah. Tahun bertambah harap-harap amalan pun lagi mantop bertambah.

Wallahu A'lam.

Sabtu, Oktober 22

SIFAT WAJIB ALLAH

Kitab Risalah Tauhid.
Antara sifat wajib Allah ialah Qiyamuhu binafsi iaitu berdiri dengan sendirinya. Tuhan terkaya daripada manfaat sesuatu yang lain.
Bismillahi rahmani rahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh sahabat-sahabatku sekalian. Moga hatimu sihat walau di mana anda berada. InsyaAllah.

Sedikit perkongsian tentang kuliah maghrib dalam base Lumut semalam. Allah mempunyai sifat yang Maha Agung. Dia tidak berhajat kepada apa-apa, kepada sesiapa pun. Berbeza dengan makhluk. Manusia sentiasa berhajatkan kepada sesuatu. Bahkan yang bergelar jutawan sekalipun berhajat. Iaitu kepada wang yang berjuta-juta itu. Tanpa wang berjuta-juta, tidaklah dia digelar seorang jutawan.

Sesuatu yang berkepentingan, makhluk mesti berhajat kepadanya. Contohnya udara. Mana ada manusia atau binatang yang tak perlukan udara. Jika beberapa minit tak dapat udara, badan akan binasa. Begitu juga makhluk berhajat kepada makanan, harta, kasih sayang, keamanan, kesihatan, dan sebagainya yang berkait rapat dengan kehidupan.

Allah Taala tidak sebegitu. Maha suci Allah daripada berhajatkan apa-apa sekalipun. Kerana Dia Al-Khaliq, pencipta segala sesuatu. Tak logik jika selaku pencipta memohon sesuatu daripada yang diciptakan, bukan? Namun timbul persoalan, adakah Allah berharapkan apa-apa manfaat daripada hukum-hakam yang ditetapkan oleh-Nya kepada manusia? Sedangkan Allah terkaya? Apakah tujuan syariat-Nya diturunkan? Syariat-syariatNya yang berupa hukum wajib, harus, sunat, haram, makruh, fardhu ain, kifayah dan sebagainya. Apakah tujuannya? Tak lain tak bukan, faedahnya adalah untuk manusia jua. Bukan untuk Dia.

Allah berfirman dalam surah Al-Baqarah ayat 110 yang bermaksud:
" Dan laksanakalah solat dan tunaikanlah zakat. Dan segala kebaikan yang kamu kerjakan untuk dirimu, kamu akan  mendapatkannya (pahala) di sisi Allah. Sungguh, Allah Maha Melihat apa yang kamu kerjakan". Oleh itu, setiap amal ketaatan manusia, pulangannya adalah kebaikan. Manakala kedurhakaan manusia, balasan yang ditanggungnya adalah keburukan, kehinaan dan azab.

Perintah solat.
Adakah Allah tagih solat kita? Tidak sesekali! Bahkan kitalah yang mendapat manfaat solat itu. Begitu juga dengan apa-apa perintah mahupun larangan dari Allah Subhanahu wa Taala. Allah larang umat Islam meminum arak bukan kerana kerajaan Allah bertambah kukuh jika hamba-hambaNya di bumi meninggalkan larangan tersebut. Kerajaan Allah takkan terjejas walaupun seluruh umat manusia minum arak! Sebaliknya, yang akan binasa adalah umat manusia yang kufur itu! Mereka yang mencampakkan diri ke lembah kenistaan dan kehinaan. Larangan Allah itu untuk kebaikan manusia. Walaupun nafsu kurang menyenanginya, mungkin rasa tak bebas seperti kaum kafir, tapi sebenarnya Allah hendak menjaga kemuliaan orang Islam dengan menetapkan larangan-laranganNya yang penuh hikmah itu. Sama-samalah kita menjadi hamba-Nya yang taat tanpa mempersoalkan hukum ketentuan Allah.

Kesimpulannya, Allah bersifat Qiyamuhu binafsihi. Dia lah Tuhan yang terkaya dari segala sesuatu. Berlepas diri daripada bergantung sebarang kebaikan sesuatu yang lain. Moga maklumat ini bermanfaat buat kita.

Wallahu A'lam.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...