Sabtu, Disember 22

Bahaya Syiah

Ceramah Bahaya Syiah oleh Ustaz Nasim 21 Dis 12.

Assalamualaikum sahabat2ku sekalian. Sukacitanya saya ingin berkongsi nota catatan saya semasa mendengar ceramah Ustaz Nasim semalam. Semoga perkongsian ini membuka mata kita tentang bahaya Syiah kepada akidah kita, syariat kita, dan akhlak kita. Mari sama2 menghayati nota di bawah ;)

Syiah itu diasaskan oleh Abdullah bin Saba'. Fahaman Syiah sedang menular ke Malaysia. Syiah (Imamiyah) menghidupkan akidah syirik. Iaitu mempercayai 12 imam mereka. Mereka memasukkan 'al-Walayah' sebagai rukun Islam ke-6!


Apa itu al-Walayah? Ia adalah beriman dengan kesemua 12 imam Syiah dan mencintai Ahlul Bait (ahli keluarga Nabi Muhammad SAW minus Saidatina Aisyah). Cinta Ahlul Bait di sisi Syiah jauh berbeza di sisi Ahli Sunnah Wal Jamaah. Bezanya ialah pada al-Walayah. Jika tidak mencintai 12 imam, maka tak sah segala amal ibadat seseorang Syiah.

Syahadah Syiah dan Azan Syiah juga jauh berbeza daripada Ahli Sunnah Wal Jamaah. Mereka (Syiah) menambah kalimah beriman kepada Saidina Ali r.a. (sahabat Nabi Muhammad SAW) dan kesemua 12 imam Syiah. (bunyinya amat pelik dan menakutkan)

Orang Syiah memandikan mayat secara berdiri. Kain kafan mereka tertulis nama2 12 imam Syiah. Syiah mengimani bahawa bukan Malaikat Munkar dan Nakir yang menanyakan soalan di dalam kubur. Bahkan 12 imam Syiah itulah yang menanyakan soalan kepada mereka yang sudah mati.

Para penganut Syiah juga menyeru nama imam Syiah contohnya Saidina Hussain ra. (cucu Nabi Muhammad SAW) ketika sakit, atau untuk mendapat pertolongan, atau untuk keberuntungan dunia. Mereka tidak menyeru, memohon kepada Allah. Ini merupakan satu perbuatan syirik yang nyata!

Puak Syiah menamakan seseorang dengan nama Abdul Hussain (hamba kepada Hussain. Walhal kita ni hamba Allah), Ghulam Hussain dan sebagainya. Imam 12 lagi mulia daripada Malaikat dan Nabi. Puak Syiah meminta syafaat daripada imam 12 dan bukannya kepada Nabi Muhammad SAW.

Akidah Syiah iaitu Tahrif al-Quran yakni menyelewang al-Quran. Mereka yakin bahawa al-Quran yang diimani oleh Ahli Sunnah Wal Jamaah telah menyimpang dan tidak benar.

Syiah berakidah bahwa Allah jahil iaitu Allah tidak tahu apa yang bakal berlaku. (?!) -Nauzubillah dari fahaman yang sangat sesat ini.

Syiah berakidah bahwa semua sahabat Nabi Muhammad SAW telah murtad kecuali 6 atau 7 orang sahabat yang diiktiraf Syiah. Justeru, mereka melaknat dan menghina sahabat2 Nabi seperti Saidina Abu Bakar, Saidatina Aisyah, Abu Hurairah dan lain-lain sesuka hati mereka.

Akidah Syiah seterusnya ialah Raj'ah iaitu beriman bahawa Imam Mahdi akan mengalihkan kiblat umat Islam dari Kaabah ke Kubur Saidina Hussain di Karbala sebelum hari Qiamat. Sehingga kini, mereka melakukan wukuf dan tawaf di Karbala.

Mereka memuja Saidina Hussain dengan sangat ekstrim sehingga sanggup menyeksa diri sendiri serta mengamalkan syariat2 keji seperti Mut'ah (seks bebas) dan menghalalkan liwat (kononnya sunnah Nabi SAW menurut Syiah).

Mereka berakhlak dengan akhlak Taqiyyah iaitu menjadi seperti orang munafik/hipokrit. Contohnya, Syiah beriman bahawa Saidina Abu Bakar itu kafir tetapi berbeza pula apabila berjumpa dgn Ahli Sunnah Wal Jamaah. Contoh lain, Syiah beriman bhw Solat Jumaat tidak wajib. Namun apabila berada dalam masyarakat Sunnah Wal Jamaah, mereka melakukan solat Jumaat pula!?

Sekian sahaja nota untuk perkongsian kali ini. Semoga kita menjadi lebih berhati2 apabila berhadapan dengan masyarakat terutamanya yang berfahaman Syiah. Tanpa disedari mungkin salah seorang daripada ahli keluarga kita, guru kita, ataupun sahabat kita yg berfahaman Syiah mampu mempengaruhi dan menyesatkan kita. Nauzubillahi min zalik!

Wallahu A'lam.

Ahad, Disember 9

BINGKISAN HIKMAH DARI CUCU NABI SAW

KULIAH SIRAH ISLAM
"Sayyidina Hassan bin Ali cucu kepada Rasulullah SAW pernah memenuhi hajat seorang miskin (tiada tempat tinggal yang tetap), mengajak makan tengahari bersamanya, maka Sayyidina Hassan menerima ajakan orang miskin itu dan duduk di atas pasir, mereka makan bersama."
Ustaz Hanafi Al-Hafiz
Marilah kita menghayati sirah/sejarah hidup cucu baginda Rasulullah SAW iaitu Sayyidina Hassan r.a. yang tidak keberatan untuk memenuhi hajat orang miskin yang lapar dan memerlukan bantuan orang lain. Diharapkan kisah yang secebis daripada sejarah hidup para manusia yang agung dapat mengetuk pintu hati kita yang kadang2 lalai dengan nikmat dunia. Semoga kita tidak tergolong dalam orang yang lalai dan kedekut dengan nikmat pemberian Allah kepada kita.

Wallahu A'lam.

Sabtu, November 3

Tazkirah Asar

Mari Berilmu dan Beramal.
Assalamualaikum sahabat2 handaiku sekalian. Semoga dirahmati dan diredai ALLAH hendaknya.

ALLAH menjadikan kita tidak lain hanyalah untuk mengadikan diri kepada-NYA sebagaimana di dalam surat Az-Zariat ayat 56: وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالْإِنْسَ إِلَّا لِيَعْبُدُونِ
Yang bermaksud: 
Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka mengabdi kepada-Ku.

Menuntut ilmu agama merupakan jalan menuju pengabdian kepada ALLAH subhanahu wa taala. Hal ini telah ditegaskan dalam hadis Nabi SAW yang bermaksud:

“Barangsiapa yang berjalan menuntut ilmu, maka Allah mudahkan jalannya menuju Surga. Sesungguhnya Malaikat akan meletakkan sayapnya untuk orang yang menuntut ilmu karena redha dengan apa yang mereka lakukan. Dan sesungguhnya seorang yang mengajarkan kebaikan akan dimohonkan ampun oleh makhluk yang ada di langit mahupun di bumi hingga ikan yang berada di air. Sesungguhnya keutamaan orang ‘alim atas ahli ibadah seperti keutamaan bulan atas seluruh bintang. Sesungguhnya para ulama itu pewaris para Nabi. Dan sesungguhnya para Nabi tidak mewariskan dinar tidak juga dirham, yang mereka wariskan hanyalah ilmu. Dan barangsiapa yang mengambil ilmu itu, maka sungguh, ia telah mendapatkan bagian yang paling banyak.”

Ilmu yang terbaik ialah ilmu agama. Oleh itu perbaikilah agama kita dengan menuntut ilmu-ilmu berkaitannya seperti ilmu Akidah, Ibadah, Akhlak, Sirah dan seterusnya. Tanpa ilmu, amal kita tidak diterima. Tanpa disusuli amal pula, ilmu yang ada tiada faedahnya. Ilmu-Amal sentiasa berkait rapat bagi menjana Iman yang sejahtera...

Jauhilah diri daripada maksiat kerana maksiat itu mengundang murka-Nya. Murka-Nya jua yang akan mencampakkan diri manusia ke dalam api Neraka. Jauhilah maksiat. Jauhilah ajakan iblis. Jauhilah ajakan rakan2 yang songsang akidah dan fikrahnya. Jauhilah ajakan nafsu. Penuhilah masa dengan belajar dan beramal. Bergaul dengan orang2 soleh. Menjalin dan mengeratkan silaturahim sesama kaum keluarga dan sahabat-handai. Mudah2an masa kita dipenuhi dengan ketaatan kepada ALLAH subhanahu wa taala. InsyaAllah. Selamat menuntut ilmu dan beramal.

Wallahu A'lam.

Sabtu, Oktober 20

CARI ILMU CARI SURGA.BUAT DOSA CARI NERAKA

Kitab Maqasid Ilmu.
Sesiapa yang menuntut ilmu (agama), bererti dia mencari Syurga dan barangsiapa yang membuat dosa (maksiat), bererti dia mencari Neraka.
(Saidina Ali RA)

Assalamualaikum sahabat2 Cebisan. Maafkan saya sebab dah lama tak post entri. Kesibukan tugas menjadi kekangan saya untuk mengemaskini blog. Namun cahaya Allah jua yang menggerakkan insan2-Nya untuk menyebarkan agama Allah ke seluruh pelusuk bumi ini. InsyaAllah.

Ilmu merupakan cahaya yang sangat penting untuk menyuluh hidup manusia. Lebih-lebih lagi ilmu yang membicarakan tentang Allah, Tuhan kita dan Pencipta seluruh alam ini. Dari Ilmu, datangnya Iman. Iman itulah belief kita kepada Allah, Hari Akhirat, Kitab2-Nya yang suci, pahala dosa, para malaikat yang sentiasa taat lagi amanah, Titian As-Sirat, dan seterusnya. Dari Iman pula, sewajarnya membuahkan Amal. Amal2 soleh atau perintah Allah kepada kita. Iman dan Amal ini lah yang menjadi tiket bagi manusia untuk ke Syurga-Nya nan indah tak terperi...

Akhir kalam, marilah kita sama-sama merajin-rajinkan diri untuk menambah ilmu terutamanya ilmu Agama. Tak susahpun untuk tambah ilmu ini. Banyak ceramah2 atau kuliah2 agama dalam internet untuk kita sama2 terokai. Tapi lebih afdhal jika kita berkorban sedikit masa untuk menghadiri majlis2 ilmu yang diadakan oleh para Ustaz dan Ustazah. Mudah2an pengorbanan kita mendapat keredaan Allah Taala di dunia dan di akhirat. Sekian selamat menuntut ilmu dan beramal. ;)

Wallahu A'lam.

Rabu, September 12

SOMBONG PERANGAI IBLIS

Huraian dari Kitab Fiqh Semasa.
Sama ada disedari atau tidak, begitu ramai orang-orang Islam sendiri di zaman ini menghina Akidah atau Iman, menghina Syariat-syariat Islam dan menghina Akhlak Islam. Bersikap sombong sudah cukup untuk dijadikan sebagai contohnya.
Assalamualaikum sahabat-sahabat sekalian. Semoga iman, ibadah dan akhlak anda sentiasa dalam keadaan tip-top selalu. Jika belum, berusahalah meningkatkannya agar ia tidak terus melemah dan kecundang. Perbaikilah agamamu dari hari ke hari agar tidak berada dalam kerugian dan hina di sisi ALLAH. Sesungguhnya ALLAH menyukai amal hamba-NYA yang sedikit tetapi berterusan (maksud hadis Nabi SAW).

Entri hari ini berkisar tentang menghina agama secara sedar atau tidak. Jika anda sedar agama sedang dihina, maka pertahankanlah dengan perbuatan. Jika tidak mampu (kerana lemahnya iman), pertahankanlah dengan perkataan. Jika tidak mampu, maka bencilah dengan hati. Ia merupakan selemah2 level iman bagi seseorang. 

Namun begitu, percaya atau tidak, agama Islam yang kita anuti lagi sayangi ini telah dihina secara tidak sedar. Contohnya ada di kalangan umat Islam hari ini yang mengaku diri Islam, telah mengamalkan akhlak Iblis yakni bersikap SOMBONG atau EGO. Islam tidak pernah mengajar umatnya bersikap sombong. Tapi umat Islam hari ini tanpa segan silu mengikut ajaran Iblis iaitu mengamalkan sombong...

Sebagai contoh, Unknown mengherdik dan memaki bibiknya yang tersalah membuat kerja rumah. Unknown tidak bertegur sapa dengan kawan2 yang miskin atau kurang pandai di sekolah dan meneruskan amalan itu di tempat kerja. Hanya menegur mereka yang berkepentingan sahaja. Apabila bersalaman, Unknown tidak pandang muka orang yang menghulurkan salam kepadanya. And the list goes on.... (anda fikirla sendiri. Cuba tamsilkan dan elaborate contoh ini ke dalam kehidupan kita).

Mudah2an,  secebis contoh yang diberikan ini dapat membuka hati dan minda kita yang tertutup oleh budaya hidup jahiliah dan yang lebih teruk-budaya Iblis laknatullah iaitu sombong. Saya doakan anda sentiasa mendapat cahaya hidayah ALLAH dan jangan sekali2 putus asa daripada rahmatNYA. Selamat beramal dengan Islam yang sejati. Bersama kita meningkatkan taraf iman, ibadat dan akhlak kita ke tahap yang tip-top (diredai ALLAH).

Wallahu A'lam.

Sabtu, Julai 28

Secebis Hikmah di Petang Ramadan.


Kitab Al-Hikam. Akibat berajakan nafsu, yang haram jadi halal. Dosa dan Maksiat jadi manis. Amalan-amalan soleh jadi pahit. Masjid dianggap neraka dan perniagaan dianggap syurga. Ilmu-ilmu duniawi diutamakan dan ilmu-ilmu agama diabaikan.
Assalamualaikum teman2ku. Moga kalian memperoleh redaNya selalu di bulan Ramadan yang penuh keberkatan ini. Amin3... Pada petang ini mari kita duduk sejenak memikirkan hal diri kita. Tentang nafsu yang tidak menentu ini. Kadang2 bergelojak mengajak kepada kelalaian dan maksiat. Kadang2 tenang dan mengarah kepada amal soleh dan keampunan Allah Taala.

Oleh itu, berhati-hatilah kita dalam bertindak. Tenangkan diri dengan zikirullah dan istighfar yang berpanjang. Sibukkan diri dengan tilawah al-Quran. Agar diri tak termakan ajakan nafsu yang mengajak kepada keburukan dan kehinaan. Jangan sia-siakan Ramadan kita dengan perkara dosa dan lagha. Semoga bulan Ramadan menjadi suatu lanjakan yang positif bagi kita untuk merapatkan diri kepada Tuhan Yang Maha Esa Lagi Maha Agung.


Wallahu A'lam.

Isnin, Julai 2

WALKING WITH AL-QURAN

Tafsir Pimpinan Ar-Rahman.
Memartabatkan dan menghormati Al-Quran bukan setakat dibaca sahaja. Tetapi hendaklah dilaksanakan apa-apa yang telah diperintahkan di dalam Al-Quran. Seperti hukum halal haram dan perintah suruh dan larang.
Do u live with the Holy Quran?

Wallahu A'lam.

FARDHU AIN
Kitab Al-Ibadah.
Usia muda bukan tiket alasan untuk bebas melakukan apa saja tanpa batasan Islam. Dan menjauhkan diri dengan Allah.

Usah bazirkan nilai umurmu yang berharga dengan berhibur semata-mata. Tapi gunakanlah ia untuk MEMBINA diri dengan akhlak yang mulia, ilmu pengetahuan yang bermanfaat, pandangan hidup yang jelas dan akidah yang teguh. Semuanya bermula dengan satu kata, yakni TARBIYAH.


Wallahu A'lam.

Ahad, Mei 13

Nilai Usia Muda

Assalamualaikum sahabat2 yang dirahmati ALLAH TAALA.. Tinta memohon maaf kerana telah lama tak mengemaskini blog.. Hidup memang mencabar dan memang tak boleh diagak. Kadang2 kita senang. Kadang2 kita susah, sibuk dan gusar.. Namun redalah wahai saudara2ku. Kerana ALLAH dah tulis segala takdir-Nya from A to Z. Mana kita nak lari? Melainkan Rahmat kasih dan sayang ALLAH Taala kepada kita. Pohonlah doa banyak2 pada-Nya..


Cebisan dari KULIAH FARDHU AIN...

Usia muda bukan tiket alasan untuk bebas melakukan apa saja tanpa batasan Islam dan menjauhkan diri dengan Allah.

Kitab Al-Ibadah.

Janganlah engkau jadikan usia muda untuk enjoy tanpa landasan Agama. Amatlah rugi jika engkau berpendirian sebegitu. Kerana amal ibadah orang muda lebih DICINTAI Allah berbanding amal orang yang telah berusia.. Hayati hadis berikut...

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:” Sebilangan manusia yang dinaungi Allah di bawah naungan-Nya pada hari kiamat iaitu hari yang tidak ada sebarang naungan padanya selain daripada naungan Allah; di antaranya ialah: Pemerintah yang adil, pemuda yang hidupnya sentiasa dalam mengerjakan ibadah kepada Tuhannya, orang yang hatinya sentiasa terikat dengan masjid, dua orang yang berkasih sayang kerana Allah di mana kedua-duanya berkumpul dan berpisah untuk mendapat keredaan Allah, orang yang dipujuk oleh perempuan yang kaya lagi rupawan untuk bersatu dengannya lalu ia menolak dengan berkata:” Aku takut kepada Allah!”, orang yang bersedekah secara bersembunyi sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang diberi oleh tangan kanannya, dan orang yang menyebut atau mengingat Allah dengan keadaan tidak ada dalam ingatannya perkara lain, lalu menitis air matanya kerana mengingatkan sifat Jalal dan sifat Jamal Allah.”

Subhanallah! Orang muda yang soleh dapat duduk di bawah Arasy ALLAH! Tak maukah kita untuk bersama di dalam golongan mereka? Bersama kita fikir2 kan.


Wallahu A'lam.

Selasa, Mac 27

KIRIMAN SMS DANIEL ERFANIZUN

4 Perkara Sebelum Tidur. (Tafsir Haqqi)
Rasulullah SAW berpesan kepada Aisyah RA: Ya Aisyah, jangan engkau tidur sebelum melakukan 4 perkara iaitu:
1.Sebelum khatam Al-Quran.
2.Sebelum membuat para nabi memberimu Syafaat di Hari Akhir.
3.Sebelum para muslim meredai kamu.
4.Sebelum kau laksanakan haji dan umrah...
Bertanya Aisyah: Ya Rasulullah SAW, bagaimana aku dapat melaksanakan 4 perkara seketika? Rasul SAW tersenyum dan bersabda:
1.Jika engkau tidur bacalah: Al-Ikhlas tiga kali, seakan-akan kau mengkhatam Al-Quran.
2.Bacalah selawat untukku dan para nabi sebelum aku, maka kami semua akan memberi Syafaat di Hari Kiamat. 
3.Beristighfarlah untuk para muslimin maka mereka akan meredai kamu.  
4.Dan perbanyakkanlah bertasbih, bertahmid, bertahlil dan bertakbir maka seakan-akan kamu telah melaksanakan ibadah haji dan umrah. 


Wallahu A'lam.

HINA TUHAN?

Kitab Al-Ilmi.
Bergantung pada rahmat, kasih sayang dan pengampunan dari Allah. Tetapi dalam masa yang sama, selalu engkar dan melalaikan perintah-perintah Allah adalah penghinaan kepada Allah.
Jika hina kepada ibu bapa pun hati kita tak sanggup, apatah lagi kepada Tuhan kita, Allah SWT?? Jangan sekali-kali kita menghina Allah dalam kita tak sedar dek kejahilan dan kelalaian kita.

Wallahu A'lam.

Jumaat, Mac 23

TAZKIRAH HIKMAH

Huraian dari Kitab Al-Hikmah.
Dosa-dosa dan maksiat yang dilakukan, akan membekukan hati, merosakkan akal fikiran. Dan menghilangkan keberkatan umur serta memutuskan hubungan hamba dengan Tuhannya.
Bismillahir-Rahmanir-Rahim..
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh wahai sahabat-sahabat Cebisan Nur Hikmah. Moga hidup anda terus dicucuri Hidayah dan Hikmah dari Yang Maha Bijaksana, Allah Al-Hakiim... Amin..

Entri kali ini menerjah ke alam hati sanubari kita. Berapa kali kita berbicara dengan diri sendiri tentang dosa2 dan maksiat yang kita lakukan? Adakah setiap waktu? Atau seminggu sekali? Atau sebulan sekali? Atau setahun sekali? Atau sekali pun tak pernah?? Janganlah kita menjadi ego dengan diri sendiri sehingga tidak pernah mengakui dosa2 kita dengan TUHAN sepanjang hidup kita di atas muka bumi-NYA ini... 

Sangatlah rugi orang yang membesarkan egonya yang tak seberapa tu..Cuba anda bayangkan saat kematian anda... Dikapankan dengan kain putih... Lalu dikuburkan seorang diri di dalam liang lahad yang penuh kegelapan,... Ditemani serangga2 berbisa, cacing2, ulat2 mayat, ular, dan kala jengking di dalam tanah... Yang memamah dan terus memamah tubuh anda yang terkulai layu dan penuh pasrah... 

Apakah ego anda pada TUHAN Robbul Izzati berguna lagi ketika itu? TIDAK! Kerana ALLAH Yang Maha Menghidupkan lagi Maha Mematikan. Kita hanyalah hamba yang diwajibkan berusaha dan berdoa. Dan dipertanggungjawabkan menjadi Khalifah dan Hamba untuk-Nya. Bukannya untuk ego kita yang takda makna malah merugikan hidup kita selepas mati nanti...

Wahai sahabat2ku yang dikasihi ALLAH, pesanku pada diri sendiri dan kepada kalian, tunduk2kanlah ego kita di hadapan ALLAH. Akuilah dosa2 kita. Bersujudlah di sepertiga malam... Berusahalah untuk menangis kerana maksiat2 dan keterlanjuran yang telah kita buat... Agar hati menjadi bersih, menjadi padu dengan cahaya Iman dan Takwa. Agar hidup kita menjadi bersih dari noda dan BERKAT di sisi ALLAH TAALA... Dan agar hujung nyawa kita mendapat restu dari-Nya... Amiin.


Wallahu A'lam.

Ahad, Februari 26

Nasihat Ibnu Qayyim Al-Jauzi

Kitab Keampunan (Ibnu Qayyim Al-Jauzi).
Tiga punca utama yang menyebabkan seseorang itu melakukan dosa dan noda menyelubungi kehidupannya iaitu kesombongan, kejahilan dan juga kelalaian yang melampau.

Sombong = apabila kamu tau sesuatu kebenaran tapi dek kerana merasakan diri tu betul, kamu menolaknya. Contohnya kamu tau haram meninggalkan solat dengan sengaja atau haram bercouple atau haram merokok, tapi kamu tetap melakukannya kerana merasakan perbuatan kamu itu betul. Maka kamu telah berlaku sombong dan sombong kepada perintah ALLAH.

Jahil = apabila kamu tak tau apa itu kebenaran dan apa itu kebatilan. Malah tidak berusaha menuntut ilmu (bertanya orang alim, atau melalui pembacaan) untuk mengeluarkan diri daripada kegelapan kejahilan.

Lalai = apabila kamu tak ingat ALLAH, azab-Nya, pahala-Nya, kehadiran-Nya, kehadiran malaikat Raqib dan Atid yang berada di sisi kiri dan kanan manusia yang berperanan mencatit amal perbuatan kamu. Kamu tak ingat dek kerana terlalu banyaknya bibir dan hati menyebut tentang dunia seperti sukan, bisnes, hiburan, perempuan, dan lain-lain.

Mari kita jauhi 3 perkara ini dengan memperkemaskan Akidah kita (mendalami ilmu Tauhid dan bergaul dengan orang soleh).

Memperkemaskan Amal Ibadah kita (ibadah yang ikhlas dan bertepatan dengan Al-Quran dan As-Sunnah. Jangan beribadat atas dasar ikut-ikut orang semata2 tanpa ilmu yang sahih).

Dan memperkemaskan Akhlak kita (tundukkan sifat2 ego, bakhil, pengecut, tamak, dll dan suburkan akhlak2 mulia dengan banyak bermujahadah).

Mudah2an hidup kita yang singkat ini diredai Allah dan berakhir dengan kematian yang baik (Husnul Khatimah). Amin.

Wallahu A'lam.

Jumaat, Februari 17

DAYUS

Perkara-perkara yang menyebabkan suami menjadi dayus iaitu:
-Mempamerkan isteri di hari pertama.(Bersanding depan non-muhrim)
-Membiarkan bersalaman dengan lelaki bukan mahram.
-Menentukan keputusan pada isteri.(Walhal suami ketua keluarga yang sepatutnya membuat keputusan)
-Membiarkan isteri keluar dengan tabaruj.(Isteri pakai hiasan lebeh2 dan bubuh minyak wangi sampai orang yang jauh boleh bau)
-Mematuhi arahan isteri tanpa hukum Syarak. (Isteri suh gi shopping time masuk waktu solat seperti waktu Maghrib)
-Membiarkan isteri mendedahkan aurat. (Bahkan pakai tudung tapi rambut tersembul keluar. Nauzubillah)
-Tidak mendidik anak-anak di bidang agama.(Ajar terer IT dan English. Abaikan terer Akidah, Fekah, Sirah, Tajwid dll)
-Membiarkan anak-anak dengan perkara-perkara maksiat.(Biarkan anak2 bercouple)

p/s mungkin apa yang saya sampaikan kali ini agak keras. Tang keras tu bukanlah pada Islam tapi pada hati2 kita... Bahkan Islam itu agama paling lembut dan sesuai buat umat manusia. Islam nakkan umatnya terselamat dari SEGALA unsur yang merosakkan rohani dan jasmani manusia. Unsur2 seperti zina, cinta songsang, zalimi sesama manusia, bunuh-membunuh dek cemburu dan sebagainya. Bukankah peribahasa omputeh "Prevention is BETTER than Cure"? Pikir2kanlah.

p/p/s nak terer IT dan English carry on please. Ia boleh menguatkan Islam dengan cara menyampaikan dakwah melalui bahasa Inggeris kepada kaum yang tak paham bahasa melayu dan melalui IT kepada kaum yang tak gemar membaca buku.

p/p/p/s Islam is the BEST Way of Life!

Wallahu A'lam.

TIPS DARI ALIM ULAMAK UNTUK PARA PENGANTEN. NGEH3..

Kitab Muhimmah.
Pesanan dari Ustaz-ustaz, Tuan-tuan Guru dan Alim Ulamak: Sesiapa yang berkahwin, terlebih dahulu pelajarilah ilmu-ilmu yang berkaitan dengannya. Dari Kitab Muhimmah, Kitab Suami Isteri ke Neraka, Kitab Membina Keluarga Bertakwa dan Kitab Mendidik Anak Cara Rasulullah SAW.

Assalamualaikum. Nak kawin? Jangan asal badan sihat dan cukup duit nak trus kawen je.. Persiapkan diri dengan TARBIYAH* dulu.. Baru umahtangga yang nak dibina insyaALLAH menjadi mantap dan berkat.
Bahkan time kawin pun wajib teruskan tarbiyah diri sebab cabaran rumahtangga jauh lagi hebat dari hidup membujang... Oleh tu, rajin2kanlah diri ke masjid, pelajarilah kitab2 yang dicadangkan di atas dan bergaullah dengan orang soleh yah. Selamat beramal saudara2ku!

* TARBIYAH=
1. mendidik diri melalui ilmu2 agama,
2. berdamping dengan tok2 syeikh,
3. latih diri lepak kat masjid,
4. berusaha lawan nafsu,
5. penuhi masa dengan amal2 soleh,
6. didik jiwa buang sifat jahat seperti riak, sombong, pengecut, zalim, malas, dan kedekut,
7. bentuk jiwa dengan mencontohi sifat2 mulia Nabi SAW seperti ikhlas, tawaduk, rajin, amanah, jujur, tabah, pemurah dan berani
8. buat apa2 perbuatan yang diredai ALLAH
9. benci dan tinggalkan apa2 yang ALLAH murkai.

Wallahu A'lam.

Isnin, Februari 6

FRIEND OR FOE?

Tafsir Pimpinan Ar-Rahman.
Surah Az-Zukhruf Ayat 67
Pada hari itu sahabat-sahabat karib setengahnya menjadi musuh kepada setengahnya yang lain. Kecuali orang-orang yang persahabatannya berdasarkan takwa (iman dan amal soleh).

Assalamualaikum. Semoga antum dalam rahmat dan redho Allah hendaknya. Selamat memperingati kelahiran junjungan besar kita Nabi Muhammad SAW. Moga ingatan kita bukan sebatas perayaan dan perarakan dalam sehari. Tapi biarlah ingatan kita sampai mencakupi rasa cinta dan sanjung pada Nabi SAW dalam bentuk keyakinan kita terhadap perutusannya, kebenaran Risalahnya, menerima segala suruhan dan meninggalkan segala larangan yang dibawa oleh Nabi SAW.

Rasa cinta kita pada Nabi SAW juga adalah dengan mencontohi akhlak mulianya seperti murah hati, penuh mesra terhadap sesama insan, sangat tabah dan tinggi kesabaran, amanah lagi jujur, sangat mencintai keluarga, anak2 kecil, jiran tetangga, fakir miskin dan anak2 yatim.

Rasa cinta kepada Rasulullah SAW dalam bentuk mengamalkan sunnah2nya seperti menyampaikan Islam kepada kaum kerabat, masyarakat Islam dan bukan Islam, menuntut ilmu, berjemaah,berinfaq(mengeluarkan harta di jalan ALLAH), berjihad dan seterusnya. Semoga kita menjadi umat Nabi SAW di dunia dan yang terpenting Nabi SAW mengakui kita sebagai umatnya yang amat2 bertuah ketika Padang Mahsyar nanti. Amin...

Topik hari ini adalah mengenai sahabat. Apakah perkenalan kita dengan sahabat kita atas dasar takwa kepada ALLAH? Atau ada kepentingan duniawi seperti kita maukan populariti sahabat kita yang sedang mahsyur sebagai ahli politik, hartawan, artis, dan sebagainya? Atau kita berkehendakkan hartanya? Atau pangkatnya atau kedudukannya demi beroleh cable atau orang dalam... Itu saja yang bermain di benak kita bila berkawan atau bersahabat. Sungguh berkepentingan duniawi semata-mata. Langsung mengabaikan untuk kepentingan Akhirat kita yang pasti menjelma kelak.

Mengapa ALLAH berfirman "Pada hari itu sahabat-sahabat karib setengahnya menjadi musuh kepada setengahnya yang lain. Kecuali orang-orang yang persahabatannya berdasarkan takwa (iman dan amal soleh)."?


Salah satu sebabnya ialah masing2 dari kita tidak mengingatkan sahabat kita untuk mendirikan solat bila azan berkumandang. Masing2 layan hal duniawi seperti menonton bola bersama, minum kedai teh tengah2 maghrib dan seterusnya. Oleh itu kawan kita akan claim pada kita mengapa tidak ajaknya ke masjid. Begitu juga kita akan claim pada dia. Ini merupakan satu contoh. Terdapat contoh2 lain yang boleh dikiaskan dengan situasi di atas. Seperti nampak buat maksiat tapi buat dunno dan seterusnya.

Sekian tazkirah pada hari ini. Hope antum dapat gali makna tentang hidup kita iaitu mengajak kepada kebaikan, menghalang daripada perbuatan buruk dan jahat serta beriman kepada ALLAH. Semoga antum dilindungi rahmatNya dan dicucuri hidayahNya. Amin... Selamat bersahabat atas dasar TAKWA.

Wallahu A'lam.

Selasa, Januari 31

R U READY?

Kitab Ad-Din.
Sebelum hendak melakukan sesuatu kerja atau perkara, kita akan membuat persediaannya. Bagaimana pula dengan Mati. Sudahkah membuat persediaannya?

Bismillahi rahmani rahim... Kita bisa membuat persediaan yang teliti dan penuh kesungguhan bila hendak menghadapi peristiwa2 besar seperti peperiksaan, temuduga kerja/naik pangkat, nak kawen, nak sambut ketibaan VIP dan seterusnya.


Tapi kita tak bisa pula meletakkan kesungguhan sedemikian rupa bila hendak menemui MATI! Alangkah sayangnya kita melupakan perkara yang begitu vital ini. Sebab mati merupakan event dalam hidup kita yang PASTI akan berlaku.

So, start thinking ahead.. What have i done today for my death? Bagaimana dengan solatku.. Cukup ker? Aku baca Al-Quran tak arini atau jadikan ia berhabuk dalam rak bilikku? Aku buat baik kat ibu bapa atau time raya baru berhubung? Aku dah tobat dari maksiatku kepada ALLAH hari ini? Dan macam2 persoalan lagi sebagai persediaan kita menemui mati....

p/s buat persediaan untuk hal2 keduniaan tidaklah dihalang agama malah digalakkan. tapi yang salah apabila kita tak buat persediaan untuk Akhirat kita. hope tiada salah faham...

Wallahu A'lam.

Isnin, Januari 9

KIRIMAN DANIEL ERFANIZUN

Menurut Dr Yusuf Al-Qardawi, tanda-tanda pemuda dan pemudi Islam yang berhemah tinggi itu adalah suatu generasi yang mempunyai sifat-sifat yang dinyatakan dengan jelas bagi sesiapa yang membaca Al-Quran atau mempelajari sunnah Nabawiyyah.

Wallahu A'lam.

RENUNGAN

Kitab Akhlak Mukmin.
Cukuplah dengan dosa-dosa maksiat yang telah dilakukan selama ini. Sekarang sudah sampai masanya untuk bertaubat dari segala dosa. Fikirkanlah pula di mana tempat kita di Akhirat nanti, di Syurga atau di Neraka?


Wallahu A'lam.

ILMU DAN AKHLAK

Huraian dari Kitab Bahrul Mazi Jilid 19.
Orang-orang Islam di zaman ini lebih rela dan sanggup berada di tengah-tengah kemurkaan Allah. Sebaliknya tidak sanggup berada di tengah-tengah keredaan Allah.


Contoh duduk di tengah2 keredaan Allah, datang ke masjid mendengar kuliah agama. Berdamping dengan para ustaz. Berjemaah di masjid. Bertadarus bersama2 sahabat. Dan seterusnya. Berapa ramai yang mengutamakan ilmu dan akhlak Islam berbanding gaya hidup Barat yang penuh keseronokan dan kelalaian?

Wallahu A'lam.

7 DAN 13 DOSA

Kitab Aurat Wanita.
Apabila seorang lelaki bila berdua-duaan dengan wanita yang sedang bercinta (bercouple) tanpa nikah (tidak halal) dalam masa sekali pertemuan. Maka di masa itu si lelaki mendapat sebanyak 7 dosa dan si wanita mendapat 13 dosa (dalam maksiat).

Dosa bagi lelaki iaitu:
1.kaki,
2.tangan,
3.mata,
4.telinga,
5.lidah,
6.hidung
7.hati.

Dosa bagi wanita iaitu
1.mata,
2.alis mata jika diubah,
3.telinga,
4.wangi-wangian,
5.dada jika nampak,
6.gigi jika diubah dari ciptaan Allah,
7.leher jika nampak,
8.wajah perhiasan,
9.tangan,
10.lidah(suara),
11.kehormatan,
12.pakaian
13.rambut jika nampak.


Wallahu A'lam.

Sabtu, Januari 7

AKIDAH ISLAM

Kitab Ad-Din.
Sehebat mana pun rupa paras kamu, sebanyak mana pun pangkat dan kuasa yang dimiliki. Tapi bila Akidah dan Iman masih tak kuat dan tak sempurna, di sisi Allah masih gagal untuk menjadi sebagai hambaNya.


Sehebat mana dirimu di dunia, tapi masih percaya kepada bomoh, tukang tilik nasib, lebih takut hantu setan daripada ALLAH, sembah keramat dan seumpamanya, kamu masih gagal di sisi ALLAH.

Semoga kita dijauhi daripada perbuatan SYIRIK, sebesar2 perbuatan dosa di muka bumi ini.. Nauzubillahi minzalik!

Wallahu A'lam.

CIRI ISTERI SOLEHAH

Kitab Muhimmah.
Antara sifat wanita yang boleh dijadikan isteri iaitu wanita Muslimah yang sejati. Wanita yang sentiasa patuh menjaga kehormatan dirinya dan menjunjung tinggi amanah Allah SWT. Serta taat menjalankan Sunnah Nabi SAW.


Bismillahi rahmani rahim.
Assalamualaikum sahabat2 ku sekalian. Saya memohon ribuan maaf kerana lama tak menyampaikan pesanan buat muslimin dan muslimat. Ujian hidup seperti kesibukan dan tekanan tempat kerja kadang2 menghalang niat baik kita untuk berdakwah. Namun ia bukan alasan untuk tinggalkan warisan Nabi SAW iaitu berpesan2 kepada kebenaran dan berpesan2 dengan kesabaran...

Entri kali ini tentang Baitul Muslim atau Keluarga Muslim. Apakah Baitul Muslim itu? Ikut fahaman saya (bukan jawapan yang standard), ia adalah keluarga yang diasaskan dengan ajaran Islam. Berpandukan Al-Quran dan As-Sunnah. Apa yang diajarkan oleh Islam itu semuanya dituruti bermula dari memilih calon secara Islam, saat bernikah dan mengadakan walimatul urus yang islamik, semasa bergelar suami isteri yang saling menyayangi kerana reda ALLAH dan sebagai ibu bapa yang mithali.

Memang sedap untuk didengar dan mudah untuk dituturkan bukan? Hakikatnya, Islam bukan hanya dibibir tetapi mestilah diterjemahkan dalam perbuatan dan sikap kita. Islam ialah pakej kehidupan yang lengkap lagi sempurna. Oleh itu, garaplah kebaikan yang ditawarkan Islam demi kebaikan diri kita sendiri.

Bermula dengan memilih calon bagi yang bakal mendirikan rumahtangga. Calon yang hendak dipilih mestilah berasaskan agamanya. Bukan yang 'hot' dijadikan tujuan utama. Kerana 'hot' itu akan 'cooldown' menjadi beruban dan berkedut. Begitu juga jika kahwin kerana harta. Satu hari harta pasangan kita akan lenyap dek kerakusan sifat manusia.

Nikahilah pasangan kerana agamanya. Kerana ketaatannya kepada ALLAH dan Rasul. Tidak tinggal yang wajib dan rajin melaksanakan yang sunat. Meninggalkan segala kemaksiatan. Sangat menjaga kehormatan diri dengan menjaga tutur kata. Tidak bergaul bebas dengan orang yang bukan mahram. Dan seterusnya. Inilah diantara ciri-ciri yang wajib diperhatikan oleh mana2 lelaki mahupun wanita yang mahu mendirikan rumahtangga. Selebihnya sahabat2 sekalian boleh rujuk kepada ustaz ustazah dan kitab2 yang muktabar. Contoh kitab ialah Tarbiyatul Aulad oleh Prof Abdullah Nasih Ulwan. Sekian saja 'part' pertama dalam Baitul Muslim. Sehingga bertemu lagi dilain siaran insyaALlah.


Wallahu A'lam.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...