Ahad, Januari 2

ASAM GARAM DAKWAH

Kerja-kerja dakwah bukan semudah yang dikatakan. Yang sudah tentu dihadapi iaitu: Tentangan, Dipandang rendah, Mendapat Fitnah dan dijadikan Musuh. Itulah hakikat yang diterima pendakwah.

Assalamualaikum pengunjung yang diRahmati ALLAH.

Kerja dakwah bukanlah terbatas pada sesuatu persatuan atau jemaah semata-mata (walaupun tak dinafikan bahwa berdakwah secara kolektif lebih baik di sisi Allah, insya-Allah Tabaraka wa Taala.)

Dakwah boleh berlaku pada SETIAP diri individu juga. Tak perlu bergelar 'Ustaz' pun boleh berdakwah (walaupun tak dinafikan Ustaz lebih molek berada di atas landasan dakwah).

Setiap kita sebenarnya wajib berdakwah. Kerana tanpa dakwah manusia dalam kerugian. Rujuk firman ALLAH dalam surah Al-Asr, surah yang paling mudah dihadam oleh ingatan umat manusia:

[1]Demi Masa!
[2]Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian -
[3]Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.

Dalam ayat berikut, Allah menggunakan istilah 'berpesan-pesan'. Tapi pada hemat saya yang dhaif ini, ia bermaksud 'berdakwah'.

Dakwah itu maksud ringkasnya ialah Mengajak manusia kepada ALLAH. Oleh itu apa-apa aktiviti yang menganjur ke arah itu, dikira dakwahlah. Tak kira melalui mata pena atau pena maya (",).

Melalui kata-kata nasihat/teguran/peringatan dari ibu ke anak, dari guru ke murid, dari bos ke anak buah, dari kawan ke kawan, dan seterusnya asalkan isi nasihatnya ke arah mengingati ALLAH.

Juga melalui perbuatan seperti akhlak mulia-sentiasa bersopan-santun dalam perbualan, menepati waktu, berpakaian kemas, pemurah, penyabar dan seterusnya.

Contoh-contoh yang dinyatakan ini hanyalah antara cebisan dakwah yang sebenarnya sangat luas. Ayuh wahai sahabat-sahabat, kita raih peluang dakwah ini semoga tak tergolong ke dalam golongan mereka yang rugi.

Dalam berdakwah pula tak semudah seperti ABC. Allah akan uji dengan cabaran-cabaran seperti ejekan orang yang tak sukakan Islam, tekanan pihak yang zalim dan seterusnya. Namun janganlah berputus asa. Kerana sebaik-baik ucapan di sisi ALLAH ialah berdakwah.

"Dan siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada Allah, mengerjakan amal shalih dan berkata,
'Sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang berserah diri?'
Tidaklah sama kebaikan dan kejahatan.
Tolaklah (kejahatan itu) dengan cara yang lebih baik,
sehingga orang yang di antaramu dan dia ada permusuhan seolah-olah telah menjadi teman yang setia." (Fushilat33-34)

Raihlah cinta ALLAH dan kebahagiaan Akhirat yang kekal abadi.

Wallahu A'lam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...