Jumaat, Januari 14

KULIAH TASAUF SIRI 47

Kitab Al-Hikam.
Allah hanya akan menerima setiap amalan soleh seseorang itu, yang berdasarkan Ilmu, Hati yang bersih, Ikhlas dan Berakhlak bersih. Jika keempat-empat ini tidak ada, tertolak segala amalan ibadah seseorang itu.
Amal baik contohnya mahu menderma kepada fakir miskin. Tapi kerana tak berlandaskan ilmu, maka dia menderma dengan cara yang tak diredai Allah iaitu mengadakan konsert yang bercirikan pergaulan bebas lelaki dan perempuan dan adegan-adegan maksiat yang lain. Oleh itu tak sampai amal sedemikian di sisi Allah.

Amal baik tetapi berhajatkan pangkat, dipandang tinggi atau baik oleh masyarakat, kerana wang dan sebagainya, boleh menghapuskan amalnya menjadi umpama debu yang berterbangan di padang pasir.

Amal soleh tapi hati terselit rasa dengki, marah dan sombong. Bagaimana nilai amalan sedemikian di sisi Zat Yang Maha Suci?

Amal yang baik tapi pada masa yang sama berakhlak buruk seperti suka merokok, menabur fitnah dan gosip, merendah-rendahkan muslim lain dan sebagainya juga akan menyebabkan si pelaku tersebut dalam keadaan rugi. Rugi kerana amal soleh yang dibuat tidak diterima Ilahi. (Melainkan Kehendak Allah yang Maha Berkuasa kerana Dia yang Maha Berkehendak sama ada menerima amal soleh hamba-Nya atau tidak)


Wallahu A'lam.

p/s pena ini berbicara atas dasar ilmu bukan atas dasar hakikat. Saya tidak ada kuasa menghukum amal seseorang itu diterima dan layak di sisi Allah atau tak. Kerana saya pun manusia seperti anda. Hanya Allah yang Maha Menghukum, Maha Berkuasa.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...