Rabu, Januari 12

ERTI ZUHUD

1.Menurut Imam al-Junaid al-Baghdadi, rujuk al-Quran 57:23 yang bermaksud "tak terlalu sedih bila diuji, tak terlalu gembira bila diberi nikmat".
2.Menurut Imam Sufyan al-Tsaury, "pendek angan-angan dunia".
3.Menurut Ibnu Taimiyah, "meninggalkan perkara-perkara yang tak bermanfaat".

Bersederhanalah kita dalam menjalani kehidupan dunia yang sementara ini. Bila dapat kenaikan gaji (yang kerja dengan majikan), ucapkan syukur kepada Ar-Razzaq dan tenang saja. Tak perlu beriuh rendah. Begitu juga bila dapat untung besar bagi yang berniaga. 

Bila ditimpa penyakit, kemalangan atau kematian orang yang tersayang, ucapkan "dari Allah kita datang dan kepada-Nya kita kembali" semoga terubat kesedihan dan kegelisahan hati. Bersabar dan tenang saja. Tak perlu menghentak-hentak kaki tanda tak puas hati dengan takdir atau mencerca itu dan ini. 

Mudah-mudahan, sifat zuhud terpupuk ke dalam diri justeru membina keperibadian yang soleh disisi Allah Taala.

Pendekkan angan-angan kita. Kerana jauh dan meleret-leretnya angan-angan hanya melonjakkan nafsu kepada Dunia. Lebih cinta Dunia .Rindu kepada kampung Akhirat pun kian pudar kerana sayang untuk tinggalkan Dunia. Oleh itu, perbanyakkanlah amal-amal soleh dengan iman yang tegar selagi nyawa dikandung badan. 

Akhir sekali, tinggalkan perkara-perkara yang tak bermanfaat kepada 'tabung amal soleh' kita di Akhirat sana. Jika main game itu menambahkan timbangan amal, mainlah lama-lama. Jika berchatting itu menambahkan timbangan amal, chattinglah sampai tak ingat Akhirat. Jika me'window shopping' itu menambah timbangan, usah hentikan habit tersebut. 

Selidik hayat Rasulullah SAW dan manusia zamannya, adakah tersisa masa untuk perkara yang sia-sia? Lihat hidup para solehin. Sia-sia itu untuk orang yang 'terjamin kedudukannya di Syurga'. Namun orang yang belum tentu kedudukannya di Akhirat nanti sama ada Syurga atau Neraka, dia akan memilih menambah amal soleh baik kuantiti dan kualitinya dengan meninggalkan perkara yang sia-sia.

Mudah-mudahan dengan membudayakan zuhud, kita beroleh kejayaan di dunia dan di akhirat. InsyaAllah.


Wallahu A'lam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...