Memaparkan catatan dengan label about my blog. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label about my blog. Papar semua catatan

Rabu, Disember 22

Harapan

Assalamualaikum sahabat-sahabat Cebisan Nur Hikmah.

Semoga iman semua sentiasa selamat daripada godaan dan fitnah dunia. Jika tergelincir daripada landasan keimanan sekalipun, cepat-cepat betulkan haluan supaya tak terpesong jauh daripada MATLAMAT yang satu iaitu mendapat keredaan Allah.

Secebis harapan penulis semoga sahabat-sahabat semua dapat memahami ilmu yang dikongsikan di sini dan seterusnya dapat menghayatinya di dalam amalan kehidupan sebenar. InsyaAllah. Tak perlu tergesa-gesa semasa membaca untuk menyudahkan sesebuah entri. Biar lambat asalkan faham. Yang penting memperoleh pengajaran dan keberkatan daripada Allah subhanahu wataala.

Sukacita ingin dijelaskan bahawa ilmu-ilmu ini sebenarnya adalah hasil penyampaian berbagai-bagai ustaz dalam sesebuah kuliah agama. Ia bukanlah hasil 'pandai-pandai' penulis. Namun, ingin ditegaskan bahawa komentar ilmu kuliah ini merupakan olahan penulis berdasarkan kefahamannya yang dhaif. Ruang penulis untuk berbuat kesilapan semasa mengulas adalah luas. 

Oleh itu, penulis amat mengharapkan supaya sahabat-sahabat yang dirahmati Allah tidak menelan sebijik-bijik apa yang telah disampaikan. Sebaiknya, rujuklah kepada Alim Ulama' yang dipercayai ramai. InsyaAllah anda semua beroleh kebaikan.

Sekian, wabillahi taufik wal hidayah. Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Selasa, Disember 21

Pemberitahuan

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh pengunjung Cebisan Nur Hikmah. Semoga anda sentiasa menerima cahaya hidayah-Nya di sepanjang perjalanan hidupmu.

Untuk makluman, entri yang bakal menyusul hanya berupa:
Mesej SMS (sebagaimana yang terdapat di mukadimah) + Komen ringkas (jika perlu).

Sukacitanya saya ingin berkongsi gerak kerja blog saya yang penuh kekurangan ini:
  1. SMS kuliah agama yang diterima akan ditaip ke dalam notepad
  2. Seterusnya di cut and paste ke dalam blog 
  3. Ditambah sedikit 'perencah'(komen panjang) untuk disampaikan kepada pengunjung. 
Malangnya, masalah timbul apabila SMS yang diterima kian bertambah hari demi hari sampai tak terhurai saya dibuatnya. Oleh itu, saya terpaksa short-cutkan komentar buat sementara waktu sehingga mesej-mesej kuliah di dalam simpanan notepad menjadi sedikit.

Di kesempatan ini, saya memohon ampun dan maaf kepada para pengunjung yang dirahmati Allah atas segala kesilapan dan kelemahan sepanjang penulisan saya di  blog ini.

Sekian, wasalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Sabtu, April 17

Pengenalan

Bismillahi ar-Rahmani ar-Rahim.

Segala pujian bagi Allah, Tuhan segala jenis alam. As-selawat serta salam semoga tercurah kepada baginda Muhammad s.a.w., keluarga baginda, dan sahabat2nya yang diredai Allah.

Sebagai makluman para pelawat, blog ini bakal memaparkan sinopsis2 kuliah di masjid-masjid Kuala Lumpur.

Tanda [...] merupakan kitab rujukan ustaz bagi kuliah tersebut.

Diharap bermanfaat bagi anda sekalian dan sebagai amal soleh bagi saya ke negeri akhirat kelak.

Wasalamualaikum.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...