Memaparkan catatan dengan label bab bercouple. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label bab bercouple. Papar semua catatan

Isnin, Januari 9

7 DAN 13 DOSA

Kitab Aurat Wanita.
Apabila seorang lelaki bila berdua-duaan dengan wanita yang sedang bercinta (bercouple) tanpa nikah (tidak halal) dalam masa sekali pertemuan. Maka di masa itu si lelaki mendapat sebanyak 7 dosa dan si wanita mendapat 13 dosa (dalam maksiat).

Dosa bagi lelaki iaitu:
1.kaki,
2.tangan,
3.mata,
4.telinga,
5.lidah,
6.hidung
7.hati.

Dosa bagi wanita iaitu
1.mata,
2.alis mata jika diubah,
3.telinga,
4.wangi-wangian,
5.dada jika nampak,
6.gigi jika diubah dari ciptaan Allah,
7.leher jika nampak,
8.wajah perhiasan,
9.tangan,
10.lidah(suara),
11.kehormatan,
12.pakaian
13.rambut jika nampak.


Wallahu A'lam.

Rabu, Julai 20

TAZKIRAH ILMU

Huraian Kitab Al-Ilmi.
Apabila pegangan Akidah dan agama tidak mantap, maka ramailah umat Islam menghadapi kebenaran-kebenaran yang dikelirukan. Dan kesalahan-kesalahan yang dibenarkan pula. Contoh: bercouple bukan mahram itu haram tapi ada yang menghalalkan pula tanpa dalil yang sahih.


Wallahu A'lam.

Ahad, Julai 17

TAZKIRAH FEKAH

Kitab AL-Ibadah. 
Sama ada kita sedar atau tidak, peranan Syaitan lebih hebat memperdayakan kita di dalam perkara-perkara amal ibadah. Contoh: 'Zaman Nabi SAW dulu lain dan jangan samakan di zaman kita'. Di sinilah yang akan berlakunya yang haram menjadi halal.
Bismillahi Rahmani Rahiim.
Assalamualaikum wa rahmatullahi wa baraktuh buat para teman dan pengunjung blog ini. Segala puji dan syukur buat-Nya yang telah menggerakkan diri yang kerdil ni untuk menyampaikan secebis hikmah kepada rakan2 sekalian.. Demi kekuasaan-Nya, sesiapapun tak mampu berbuat sesuatu kebaikan tanpa petunjuk dan taufik dari Allah Taala.

Saya memohon maaf atas kelemahan saya meng'update' blog ini. Tuntutan kerja antaranya menjadi alasan. Apa2pun semoga Iman kita terjaga walau badai Syaitan dan Hawa Nafsu datang melanda. Semoga kita terus thabat(tetap) dalam agama Allah Taala.

Saya ingin berceloteh mengenai cebisan hikmah hari ini. Bab peranan Syaitan menyesatkan umat Nabi Muhammad SAW. Selalu kita dengar, "alah dulu lain, sekarang lain" bilamana kita hendak mengajak orang lain kepada Islam.

Contoh untuk hari ni ialah bab bercouple. Kita katakan bercouple tu haram dalam erti kata pasangan keluar berdua-duaan lagaknya macam suami isteri walhal belum nikah lagi. Tapi keluar suara sumbang mengatakan zaman sekarang tak macam zaman dulu. Dah ada wayang, cafe, facebook, yahoomessenger, handphone canggih-manggih dan sebagainya. Ledakan teknologi ini seolah-olah menghalalkan budaya bercampur gaul lelaki perempuan yang bukan mahram. Walhal garis panduan Islam tetap tidak berubah. Dari zaman Rasulullah SAW sampai sekarang. Bahkan hingga hari Kiamat.

Bukankah Nabi SAW telah bersabda kepada kaum lelaki:
"Janganlah kamu berdua-duaan dengan seorang wanita kecuali jiak ada muhrimnya."
Hadis lain:
"Janganlah kamu berkhalwat dengan wanita. Demi Tuhan yang memegang nyawaku, setiap lelaki yang berkhalwat dengan wanita nescaya Syaitan akan berada di antara mereka".
Nota: Berkhalwat yakni berdua-duaan.

Islam meletakkan garis panduan ini demi menjaga tatasusila manusia. Jangan sampai maruah manusia ternoda dengan hawa nafsu yang bila2 boleh menjadi buas. Hati2 lah juga dengan pujuk rayu Syaitan yang memang pandai berkata-kata ke dalam sanubari Manusia.

Sekian saja penulisan hari ini. Semoga bermanfaat.

Wallahu A'lam.

Jumaat, Jun 10

KULIAH FEKAH SIRI 36

Syarah Al-Ibadah. 
Sesiapa yang tidak mahu Iman dan Amalannya menjadi rosak, bertaubatlah dari segala dosa dan jangan terus buat maksiat. Jauhi dari sifat sombong, sifat zalim dan jangan (bercouple) bercinta secara haram. Kerap bermesej antara lelaki dan wanita yang bukan mahram juga bercinta secara haram dan mukadimah kepada zina.

Iman dan Amal adalah 2 aset terpenting kita untuk Hari Akhirat nanti. Hari yang tiada penghujung, tiada habisnya. Berbeza dengan kehidupan di dunia ini yang bila-bila masa AKAN tamat. Mungkin beberapa tahun lagi, mungkin bulan depan, mungkin esok, mungkin juga hari ini! Kita tak tahu bila akan habis hidup kita. Oleh itu sahabat2ku, mari kita jaga Iman dan Amal kita agar tak menyesal untuk selama-lamanya.

Wallahu A'lam.

Sabtu, Jun 4

KELAS FARDHU AIN SIRI 23

Syarah Al-Sirah.
Budak2 atau remaja2 zaman Nabi SAW dan zaman para sahabat berusia 5 tahun ke 20an sibuk dengan menuntut ilmu2 agama (AL-QURAN) dan hadis2 Nabi SAW. Budak2 dan remaja2 zaman ini menuntut ilmu juga tapi ilmu2 buat maksiat, ilmu2 buat zalim dan ilmu2 bercinta secara haram (bercouple).

Keadaan yang amat memilukan jika Nabi Muhammad SAW hadir di kalangan kita. Cuba kalian bayangkan.

Wallahu A'lam.

Ahad, Mei 29

BUDAYA YAHUDI NASRANI

Bercinta sebelum bernikah bukan budaya ISLAM. Ia adalah budaya Yahudi dan Nasrani. Bercinta sebelum nikah menimbulkan fitnah. Mendorong kepada menghampiri zina. Bercinta sebelum nikah bukan dari sunah Nabi s.a.w. Maka ia adalah bidaah. Tiada dalil dari al-Quran dan Hadis-hadis Nabi s.a.w. Juga tiada pendapat Ulama' dan tiada Fatwa mengenainya.

Tepuk dada tanyalah iman. Adakah aku mengikuti ajaran ISLAM sepenuhnya atau separuh-separuh? Diambil yang selesa, dibuang pula ajaran yang mengganggu-gugat kepentingan hawa nafsu. Nauzubillahi minzalik.

Wallahu A'lam.

Sabtu, Mei 7

PANDUAN HIDUP

Kitab Al-Iman.
Di usia yang masih muda bukan masa untuk ingatkan kahwin. Sepatutnya bekalkan diri terlebih dahulu dengan ilmu-ilmu agama, terutama dalam masalah Akidah dan Iman. Sekurang-kurangnya mantapkan Iman di dada, bukan sifat-sifat mazmumah.
Berdasarkan statistik JAKIM pada tahun 2009, kes penceraian akan berlaku dalam SETIAP 15 MINIT! Bayangkan saudara dalam sejam sudah 4 pasangan suami isteri muslim yang telah bercerai. Dan angkanya akan semakin meningkat jika orang kita masih mengamalkan sikap terburu-buru untuk mendirikan rumah tangga dengan bercouple (rujuk Majalah I bulan Mei 2011).

Wallahu A'lam.

Isnin, Mac 14

MASALAH BERPACARAN

Hukum bercinta sebelum nikah* adalah haram. Ia pembuka kepada pintu zina.     (Dari Ustaz Haron Din, Ustaz Ismail Kamus dan Ustaz Azhar Idrus)

*Berpacaran

Assalamualaikum teman-teman seakidah. Rujuklah mana-mana ustaz muktabar (yang boleh dipercayai). Mereka sepakat bahawa budaya berpacaran itu haram di sisi Islam.  Paling mudah buatlah carian di youtube, anda akan mendapat jawapannya dengan mendengarnya sendiri insyaAllah. 

Ini kerana ia membuka pintu-pintu zina seperti zina mata (dosa memandang pasangan yang belum nikah), zina hati, dan lain-lain yang akhirnya membawa kepada zina kubra iaitu zina kemaluan. Bukankan dalam Al-Quran surah Al-Baqarah sudah terang-terang menjelaskan bahawa "Jangan mendekati zina". Jika perbuatan mendekati zina itu sudah dikira dosa, maka apa lagi melakukan zina itu. Oleh itu ulama2 berpendapat bahawa budaya couple itu sebagai haram kerana ia mendekati zina.

Wallahu A'lam.

Selasa, Disember 21

KULIAH TAUHID SIRI 24

"Zaman ini adalah zaman orang-orang untuk mencari keuntungan dunia dengan menjual agama dan kebenaran-kebenaran dianggap penghalang untuk kecintaan dunia." [Al-Iman]

Alangkah benarnya kata-kata berikut.

Sedikit penerangan: Orang yang menjual agama contohnya dia mengaku Islam tetapi peraturan-peraturan dan kebenaran-kebenaran dari Islam ditolak. Menjual agama samalah menggadaikan Iman untuk tujuan maksiat. Contohnya: orang yang bercinta secara haram @ bercouple walaupun mereka orang yang menunaikan solat.


Wallahu A'lam.

Rabu, Jun 30

MENGHAMPIRI ZINA

Islam melarang lelaki dan wanita beriman yang bukan mahram berdua2an(couple). Ia akan mengundang kepada maksiat dan hilang kehormatan dan maruah diri.

[Bila Zina Menjadi Budaya]

Begitulah yang sering diperkatakan di dalam kuliah-kuliah agama. Para ustaz cenderung untuk sesekali membicarakan topik ini. Bab couple. Mengapa harus perkara ini dibicarakan? Ini kerana amalan bercouple merupakan amalan yang dilobi oleh musuh-musuh Islam: Yahudi dan Nasrani. Dan amalan ini sudah melarat dan berakar tunjang dalam masyarakat Islam di seluruh dunia amnya, dan di Malaysia khasnya.

Alangkah malang bagi kita (yang memiliki iman dan dapat memisahkan yang benar dan yang batil) untuk membiarkan kemaksiatan ini terus berlaku. Couple adalah budaya Yahudi dan Nasrani. Tak dapat dinafikan sama sekali. Cuba kalian periksa sejarah Islam dahulu, adakah berlaku budaya bercouple...

di zaman Rasulullah dan para sahabat? atau
di zaman Tabiin dan Tabiut Tabiin? (murid-murid para sahabat Nabi) atau
di zaman generasi Islam yang gemilang seperti pemerintahan Umar ibn Aziz?

Jika kalian tidak ketemui budaya ini dalam zaman-zaman berikut, maka yakinilah bahawasanya couple tak diajar dalam Syariat Islam. Bahkan ia DIMURKAI ALLAH. Mengundang kehinaan diri. Berisiko tinggi untuk tenggelam dalam lembah ZINA dan buang anak (PEMBUNUHAN). Dua kali dosa akan terbit dari situ...

Penulisan ini mungkin berbau emosi tetapi ia adalah penegasan supaya kita meninggalkan kejahilan ini dengan sungguh-sungguh. Mudah-mudahan Allah beri petunjuk ke atas kita.

Wallahu A'lam.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...