Memaparkan catatan dengan label sifat munafik. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label sifat munafik. Papar semua catatan

Khamis, Februari 3

SIFAT MUNAFIK

Kitab Sifat Munafik.
Bila di hadapan kita, (orang munafik) berkata baik dan bersifat ramah. Bila dibelakang, kita dikhianatinya dengan kata-kata manisnya itu. Inilah tanda orang munafik dan zalim.
Bak kata penyanyi Zainal Abidin, "Manis mulut di bibir, sangatlah berbahaya". Bahaya bukan seperti bahayanya sang harimau yang hendak menerkam, tetapi seperti bahayanya kanser yang membunuh dalam diam.


Wallahu A'lam.

Selasa, Januari 4

KULIAH TAUHID SIRI 50

Jika dalam hati masih ada rasa benci, rasa marah, rasa dendam, dan berwatak baik bila berjumpa tapi di belakang tidak jujur pada sesama Mukmin. Itulah tidak ikhlas dan sifat munafik. Ibadahnya tidak diterima Allah. [Akidah Mukmin]


Wallahu A'lam.

Rabu, Disember 22

KULIAH TASAUF SIRI 30

Antara orang yang munafik mulutnya mengaku beriman, mengakui adanya ALLAH. Namun hati tidak ikhlas, masih sombong menolak kebenaran dari Al-Quran dan Sunnah Nabi s.a.w.. [Munafiq]


Wallahu A'lam.

KELAS FARDHU AIN SIRI 13

Bila kita tidak suka pada seseorang itu, kita akan mengadakan berbagai alasan dengan tujuan tidak mahu berjumpa dengannya. Begitu juga bila kita suka dengan seseorang itu kita mengeluarkan kata-kata manis bila berjumpa dengannya. Dengan perbuatan kita itu menjadikan kita bersifat MUNAFIQ. [Iman dan Kufur]


Wallahu A'lam.

Isnin, Disember 13

KELAS FARDHU AIN SIRI 6

Solat tak tinggal, maksiat buat juga. Al-Quran dibaca, hukum-hakamnya tidak dipatuhi. Itulah sifat MUNAFIK. [Al-Quran dan Hadis]

Bismillahir Rahmanir Rahim.

Para pengunjung yang dirahmati Allah, marilah bersama-sama memanjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi yang tidak putus-putus mencurahkan kasih sayangNya kepada kita. Masih lagi bernyawa pada hari ini.. Lalu dapat menikmati kesegaran udara, kelazatan makanan dan minuman.. Juga terselamat daripada kepanasan yang terik atau kesejukan yang menikam tulang sum-sum. Alhamdulillahi Rabbil Alamin. Kesyukuran yang tidak terhingga juga kerana masih lagi menerima limpahan IMAN daripada ALLAH TAALA dan terpilih sebagai insan yang beragama ISLAM.

Jumaat, November 5

SIFAT MUNAFIK 3

Dalam solat "Allahu Akbar". Bila di luar solat "Nafsu Akbar", "Syaitanu Akbar","Munafiqu Akbar" dan "Yahudi Akbar".

[Huraian Al-Ibadah]

Bismillahirahmanirahim.
Setiap kali kita memulakan solat, kita akan angkat takbir, melaungkan "Allahu Akbar!". Menandakan bahwa tiada yang lebih Besar daripada ALLAH. Kita memperkecilkan...

Isnin, Julai 26

SIFAT MUNAFIK 2

Bibir mengaku beriman tetapi hati menidakkannya. Buktinya bila dosa dan maksiat lebih banyak dilakukan daripada amalan-amalan soleh.
[Al-Ibadah]

Wallahu A'lam.

Isnin, Julai 19

HAK DAN BATIL

Orang-orang munafik dan zalim sikapnya menghalang dan meruntuhkan kebenaran yang akhirnya membawa kepada batalnya Syahadah.
[Bahrul Mazi]

Begitu bahayanya bila bersikap munafik dan zalim.

Ia akibatkan manusia berat untuk menerima hidayah.

Dan paling berat apabila dia terkeluar dari agama kerana kezalimannya menolak hak Allah dan menindas hak manusia. Juga menjadi murtad kerana kemunafikannya.

Wallahu A'lam.

SIFAT MUNAFIK

Al-Quran dibaca tetapi hukum-hukumnya ditolak. Mengaku umat Nabi s.a.w. tetapi tidak ikut cara akhlak dan kehidupannya.
Manis dibibir...
Pahit ditelan...
Begitulah tahap pegangan orang munafik. Nauzubillah.

Wallahu A'lam.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...