Memaparkan catatan dengan label tasauf. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label tasauf. Papar semua catatan

Jumaat, Mac 23

TAZKIRAH HIKMAH

Huraian dari Kitab Al-Hikmah.
Dosa-dosa dan maksiat yang dilakukan, akan membekukan hati, merosakkan akal fikiran. Dan menghilangkan keberkatan umur serta memutuskan hubungan hamba dengan Tuhannya.
Bismillahir-Rahmanir-Rahim..
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh wahai sahabat-sahabat Cebisan Nur Hikmah. Moga hidup anda terus dicucuri Hidayah dan Hikmah dari Yang Maha Bijaksana, Allah Al-Hakiim... Amin..

Entri kali ini menerjah ke alam hati sanubari kita. Berapa kali kita berbicara dengan diri sendiri tentang dosa2 dan maksiat yang kita lakukan? Adakah setiap waktu? Atau seminggu sekali? Atau sebulan sekali? Atau setahun sekali? Atau sekali pun tak pernah?? Janganlah kita menjadi ego dengan diri sendiri sehingga tidak pernah mengakui dosa2 kita dengan TUHAN sepanjang hidup kita di atas muka bumi-NYA ini... 

Sangatlah rugi orang yang membesarkan egonya yang tak seberapa tu..Cuba anda bayangkan saat kematian anda... Dikapankan dengan kain putih... Lalu dikuburkan seorang diri di dalam liang lahad yang penuh kegelapan,... Ditemani serangga2 berbisa, cacing2, ulat2 mayat, ular, dan kala jengking di dalam tanah... Yang memamah dan terus memamah tubuh anda yang terkulai layu dan penuh pasrah... 

Apakah ego anda pada TUHAN Robbul Izzati berguna lagi ketika itu? TIDAK! Kerana ALLAH Yang Maha Menghidupkan lagi Maha Mematikan. Kita hanyalah hamba yang diwajibkan berusaha dan berdoa. Dan dipertanggungjawabkan menjadi Khalifah dan Hamba untuk-Nya. Bukannya untuk ego kita yang takda makna malah merugikan hidup kita selepas mati nanti...

Wahai sahabat2ku yang dikasihi ALLAH, pesanku pada diri sendiri dan kepada kalian, tunduk2kanlah ego kita di hadapan ALLAH. Akuilah dosa2 kita. Bersujudlah di sepertiga malam... Berusahalah untuk menangis kerana maksiat2 dan keterlanjuran yang telah kita buat... Agar hati menjadi bersih, menjadi padu dengan cahaya Iman dan Takwa. Agar hidup kita menjadi bersih dari noda dan BERKAT di sisi ALLAH TAALA... Dan agar hujung nyawa kita mendapat restu dari-Nya... Amiin.


Wallahu A'lam.

Isnin, Januari 9

RENUNGAN

Kitab Akhlak Mukmin.
Cukuplah dengan dosa-dosa maksiat yang telah dilakukan selama ini. Sekarang sudah sampai masanya untuk bertaubat dari segala dosa. Fikirkanlah pula di mana tempat kita di Akhirat nanti, di Syurga atau di Neraka?


Wallahu A'lam.

Khamis, September 15

KULIAH TASAUF SIRI 59

Kitab Bahrul Mazi Jilid 13.
Tanda orang beriman iaitu ia menjaga hubungan silaturahim dengan sifat ketaqwaan. Tanda orang munafik iaitu ia mudah mempunyai rasa takbur dan mudah memutuskan silaturahim dengan sifat sombong.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh sahabat2 Cebisan Nur Hikmah yang saya kasihi sekalian. Semoga anda semua sihat2 belaka serta berada dalam Rahmat dan Reda-Nya. Amin.

Maafkan saya pabila 'pena cyber' ini dah lama tak berjalan. Barangkali sibuk dengan tugas.. Tugas dan tanggungjawab yang diberikan di tempat kerja (bagi yang kerja kerajaan) adalah suatu kewajiban untuk kita laksanakan. Bukankah dah terjadi akad pada masa kita mula2 minta berkhidmat @ sebelum bekerja dengan majikan kita? Oleh itu penuhilah akad tersebut. Kerana ALLAH SWT telahpun menyuruh kita memenuhi akad atau janji kita sesama manusia dan kepada-Nya. Termaktub dalam surah Al-Maaidah ayat first:

يَـأَيُّهَا الَّذِينَ ءَامَنُواْ أَوْفُواْ بِالْعُقُودِ
Yang bererti: Wahai orang2 yang beriman, penuhilah janji2 (kepada ALLAH dan manusia). -daripada Tafsir Quran Per Kata keluaran Maghfirah Pustaka.

Celoteh mengenai kerja pula. Post hari ini mengenai hubungan silaturahim. Dalam Kitab Bahrul Mazi tersebut, dikarangkan bahawa amalan menjaga hubungan kita sesama keluarga, guru-guru, jiran-tetangga, rakan-taulan, dan anak buah merupakan tanda kita beriman kepada ALLAH. Saya ulang, berIMAN kepada ALLAH. Tanpa menjaga hubungan sebegini, luputnya salah satu tanda atau kualiti kita sebagai orang beriman.

Malah dalam kitab ini dinyatakan bahawa, tanda seorang munafik adalah mereka yang bertindak memutuskan hubungan silaturahim. Mahukah kita berada dalam golongan orang2 munafik yang dijanjikan bagi mereka Api Neraka yang paling dalam dan paling buruk?

Oleh itu, saya mengajak diri saya dan sahabat2 sekalian supaya menjaga hubungan silaturahim. Biarpun terputus akibat salah faham atau faktor tinggal berjauhan, cepat2lah kita memohon maaf atas keterlanjuran kata dan perbuatan serta jalinkan hubungan persaudaraan antara kita.

Sekian saja mesej saya pada pagi Jumaat yang sungguh indah ini. Semoga momentum Ramadan yang lalu di'carry-4ward' ke bulan Syawal ini dan seterusnya. Dan jangan lupa puasa 6 sebagai lambang kita bersyukur kepada Tuhan kita. Wallahu A'lam.

Ahad, Julai 24

KULIAH TASAUF SIRI 58

Buanglah rasa sombong di dalam hati kamu, walau sekecil manapun. Sebabnya tidak masuk Syurga orang yang ada kesombongan di dalam hatinya walau sebesar zarah (atom). Takbur dan sombong adalah milik Allah. Sesiapa yang memilikinya akan dilaknat oleh Allah. Hidup tidak berkat dan tidak mendapat rahmat dari Allah. Jika tidak bertaubat, kekal dalam neraka bersama iblis laknatullah.

Ilmu Tasauf berkait rapat dengan hati. Berkaitan dengan kesucian hati dan cara-cara membersihkannya. Selain itu, Tasauf juga membicarakan tentang mengenal penyakit2 hati seperti sombong, ujub, takbur, dengki, dan dosa2 batin yang lain.

Kita dituntut untuk menjauhi sifat2 tercela ini supaya hati kita tenang dalam mengingat Allah dan beribadah kepada-Nya. Sebagaimana Firman Allah dalam Surah as-Soffat ayat 84:


Maksudnya : Ketika ia mematuhi perintah Tuhannya dengan hati yang suci murni

Kita juga bakal menghadap Allah, Tuhan Sekalian Alam di Hari Akhirat nanti. Jika dengan manusia yang berpangkat tinggi pun kita begitu takut hendak jumpa jika pakaian kita kotor. Adakah kita rela membiarkan hati kita ini kotor dengan dosa2 semasa menghadap Tuhan kita?

 "Hari yang padanya harta benda dan anak-pinak tidak dapat memberikan pertolongan sesuatu apapun. Kecuali (harta benda dan anak-pinak) orang-orang yang datang mengadap Allah dengan hati yang selamat sejahtera".  (Surah as-Syu`ara Ayat 88 dan 89)

Wallahu A'lam.

Selasa, Jun 14

KULIAH TASAUF SIRI 57

Huraian dari Kitab Al-Hikmah. 
Jika kita melakukan sesuatu perkara atas dorongan Syariat Islam, kita akan selamat. Jika dilakukan atas dorongan hawa nafsu, kita akan sesat. Dan jika dilakukan atas dorongan syaitan, kita akan dilaknat.

Pilihan mana yang dekat di hati sanubari kita? Hawa nafsu kah? Bisikan @ idea2 Syaitan kah? Atau atas dasar hukum ALLAH SWT dan Sunnah Rasulullah SAW?

Wallahu A'lam.

Sabtu, April 2

KULIAH TASAUF SIRI 56

Huraian dari Kitab Al-Hikam.
Untuk menjadi orang yang soleh dan insan yang bertaqwa. Jangan jadikan hawa nafsu sebagai Tuhan. Jangan jadikan Syaitan sebagai kawan dan jangan jadikan Yahudi dan Nasrani sebagai idola dalam amalan kehidupan.

Bismillahi Rahmani Rahim.

Assalamualaikum sahabat2 sekalian. Cita2 yang paling unggul ialah menjadi insan yang bertakwa atau 'Muttaqin'. Insan yang telah melepasi beberapa tahap nafsu bagi mendekatkan diri kepada Yang Maha Pencipta, Allah Subhanahu wa Taala. 

Setiap insan diberi peluang oleh-Nya untuk menjadi dekat dengan Allah. Cuma terletak kepada manusia di atas jalan mana yang ia pilih. Sama ada jalan kefasikan (derhaka dan maksiat) atau jalan ketakwaan (iman dan amal soleh). Ketahuilah sahabat2ku, di hujung jalan kefasikan itu akan menuju ke An-Narr yakni Api Neraka, suatu tempat dimana manusia2 yang derhaka sentiasa diseksa dengan api yang membakar!

Hanya yang beriman dan beramal soleh akan ditempatkan semasa Akhirat kelak ke dalam Al-Jannah, taman2 syurga yang sentiasa indah lagi nyaman. Mengasyikkan dan penuh kenikmatan yang tiada bandingannya. Sehebat manapun pena ini hendak menggambarkan, sehebat lagi realitinya!

Oleh itu, apa yang ditunggu lagi? Marilah merebut title 'Muttaqin'. Orang yang takut kepada Allah adalah orang dekat dengan Tuhannya. Dia mencintai segala sesuatu yang dicintai oleh Tuhannya. Dan membenci segala sesuatu yang dibenci oleh Tuhannya. Ini bukanlah perkara yang mudah tapi tidaklah mustahil. Bermujahadahlah di atas jalan Tuhanmu. InsyaAllah, you'll find your way...

Gambar diambil daripada http://ibnufathani.blogspot.com

Wallahu A'lam.

Isnin, Februari 14

KULIAH TASAUF SIRI 55

Kitab Muhasabah Diri. 
Mengingati Allah itu simbol kewalian dan merupakan pelita hidup. Kelebihan dan keutamaan dalam beribadah.

Bismillahi Rahmanir Rahim.

Salam Maulidur Rasul saya ucapkan buat para pengunjung Cebisan Nur Hikmah. Semoga dengan memperingati kelahiran Nabi Muhammad SAW, menghayati perjalanan hidupnya, mengambil pengajaran2 daripada perjuangan dakwahnya, dan mengikuti segala Sunnah mulianya, semoga kita tergolong dalam umat akhir zaman yang dirindui Baginda SAW. Mari perbanyakkan salawat dan salam ke atas Rasulullah SAW, ahli keluarga dan para sahabatnya.

Secebis hikmah berikutan kuliah tasauf di atas, mari perbanyakkan mengingati Allah. Kerana dengan mengingati Allah, hati akan tenang sebagaimana yang telah difirman di dalam Al-Quran. Bukanlah dengan langkah berhibur itu mampu menenangkan hati daripada kesulitan tugas atau kegundahan masalah.

Akan tetapi, ingatilah Allah. Ikuti ajaran kekasih Allah iaitu perbanyakkan sujud kepada Tuhan Sekalian Alam. InsyaAllah terubat beban di hati. Tidak lupa juga basahkan lidah dengan Kalam Allah. Kerana Cahaya Hikmah sentiasa berlegar dan menaungi sesiapa yang membacanya. Perbanyakkan bersedekah dan ringankan beban saudaramu yang lain walaupun kamu dalam hajat akan bantuan orang lain.

Pokoknya adalah mengingati Allah. Asal ibadah seperti solat dan bersedekah adalah untuk mendekatkan diri kepada-Nya. Tanpa mengingat Allah dalam jiwa, ibadah sebesar dan sehebat mana pun, tak membawa bekas kepada hati. Dan membawa kebaikan kepada jiwa.

Wallahu A'lam.

Ahad, Februari 6

KULIAH TASAUF SIRI 54

Kitab Al-Hikmah. 
Berapa ramai orang yang bersih zahirnya dan putih pakaiannya. Tetapi kotor agamanya dan hitam hatinya.

Putih pada zahir hitam pada batinnya. Sesuatu yang berlawanan sekali. Kejayaan ditentukan oleh kesucian hati. Usah biarkan hati dikotori prasangka kepada Allah dan Rasul. Dikotori rasa hasad dengki terhadap insan lain. Dikotori kekufuran dan tak puas hati dengan nikmat2 Allah Taala.

Wallahu A'lam.

p/s Jangan disangka yang tak bertudung itu baik dengan alasan isi hatinya suci bersih. Kerana perintah Allah itu wajib dipatuhi dan bukan untuk ditolak dengan mencipta berbagai-bagai alasan.

Sabtu, Februari 5

KULIAH TASAUF SIRI 53

Kitab Tasauf.
Benarkah kita ikhlas menerima Islam sebagai Agama? Benarkah kita mengaku Allah itu Akbar? Dan benarkah kita menerima Nabi s.a.w. sebagai Insan contoh yang terbaik untuk dijadikan ikutan dalam kehidupan seharian kita?
Periksa balik tentang DIRI kita. Adakah kita benar-benar Islam? Atau sekadar nama orang Islam: Muhammad, Abu, Amir, dan sebagainya. Atau kita ini Islam kerana keluarga kita orang Islam?

Ingatlah, Iman itu tidak diwarisi. Ia dicari. Berbekalkan keikhlasan yang tulen dan suci. Bukan atas dasar ikut-ikutan. Hanya Iman yang menjamin kejayaan. Jika ada ilmu, harta dan kuasa tapi tiada iman, kejayaan hanya diperoleh di muka bumi sahaja. 

Bila kematian menjemput, bermulalah kegagalan demi kegagalan di alam kubur dan alam akhirat kerana hidup tanpa iman semasa hidup dahulu. Hidup selepas mati dipenuhi pembantaian oleh Malaikat-malaikat Allah yang bersifat keras dan menggerunkan.

Oleh itu iman adalah penentu segala-galanya. Takutlah kepada Allah kerana Allah itu Akbar. Dialah Yang Maha Besar lagi Maha Agung. Tuhan Seluruh Alam. Subhanallah. Seterusnya, ikutilah Utusan Allah iaitu Muhammad SAW yang memiliki darjat agung disisi Tuhannya. Ikutlah segala ajarannya dan jangan di'kondem-kondem'. Kelak kamu dikondem/dilaknat dengan Tuhanmu yang Maha Agung. Insaflah kita semua sebelum maut menjelang.


Wallahu A'lam.

KULIAH TASAUF SIRI 52

Kitab Ihya' Ulumuddin.
Diantara penyebab seseorang itu tidak mahu menerima atau menolak kebenaran dari ajaran-ajaran Islam adalah kerana hawa nafsu, ikut keluarga, kawan-kawan, kerana perempuan, terpedaya dengan bisikan-bisikan Syaitan. Juga kerana pangkat dan harta.

Bila dikaji balik mengapa manusia menolak kebenaran, adalah disebabkan oleh perkara-perkara di atas. Nafsu yang tidak 'dididik' dengan panduan agama, maka liarlah ia. Disuruh 'tuan'nya membuat perkara-perkara terlarang dan membela kebatilan. Seperti tenggelam dalam alam hiburan, makan berlebihan, tidur berlebihan, mengambil riba, minum arak, berjudi, berzina, dan sebagainya.

Elakkan diri daripada jadi hamba nafsu, agar terselamat Iman dan mudah-mudahan beroleh cahaya petunjuk daripada Allah Taala menuju kejayaan dunia dan akhirat.

Pangkat dan harta juga merupakan faktor penghalang untuk menerima kebenaran. Jika pangkat dan harta itu diperoleh dengan jalan salah atau menerimanya tanpa ada rasa Syukur kepada Allah. Gunakan kedua anugerah itu ke jalan amal kebaikan semoga Tuhanmu meredai usaha kalian.

Wallahu A'lam.

Ahad, Januari 16

KULIAH TASAUF SIRI 51



Kitab Al-Hikmah. 

Baiknya fikiran seseorang itu dengan adanya kebersihan hati yang tidak mudah dipengaruhi oleh unsur-unsur negatif dalam hidupnya.
Jagalah kebersihan hatimu, nescaya Allah menjaga amalmu seluruhnya. Kerana hati itu raja seluruh anggota. Baik hati, maka baiklah tutur kata, adab, dan tingkah laku. Daya fikir pun mengarah kepada aktiviti-aktiviti yang positif sahaja justeru memaksimumkan kudrat dan upaya untuk menghasilkan kebaikan.

Wallahu A'lam.

KULIAH TASAUF SIRI 50

Kitab Al-Hikam.
Orang Islam hari ini lebih suka mengumpul dosa daripada meraih pahala. Lebih suka bersifat zalim daripada bersifat tawaduk.

Kesukaan yang 'terbalik' ini berlaku kira-kiranya hati (hanya Allah lebih tahu) sudah jauh dari mengingati-Nya. Suka yang terbalik kerana ruang masa banyak diisi mengingati selain Allah. Contohnya: banyak sangat berhibur, menonton siri korea, omputeh, anime dan siri-siri lain yang panjang berjela-jela, banyak ber'fesbuk' dan banyak berborak kosong.

Di mana zikir dan di mana fikir (akan keagungan Allah, kelestarian dakwah Nabi SAW, perihal umat Islam sedunia), wahai umat Muhammad SAW?

Oleh itu nasihat ini khusus kepada diri saya dan kawan-kawan untuk direnung-renung dan melakukan perubahan sikap.

Wallahu A'lam.

Jumaat, Januari 14

KULIAH TASAUF SIRI 49

Kitab Minhajul Abidin.
Apa yang dapat disaksikan pada hari ini, terlalu ramai orang Islam yang menolak atau menentang kebenaran-kebenaran dan melawan takdir Ilahi. Tidak takut dengan amaran-amaran dari Allah. Ada yang perasan ia lebih hebat daripada kekuasaan Allah. Kononnya ia boleh menentukan nasib hidupnya sendiri tanpa pertolongan Allah. Inilah sifat orang yang takabur, zalim, dan sombong.
Gara-gara kelebihan material dan fizikal yang ada pada diri, manusia lupa dari mana kurniaan tersebut datang. Dia mengira bahwa kekuasaan dan kekayaan itu berasal dari dirinya. Walhal manusia itu amat lemah, amat kerdil. Dijadikan daripada air mani yang hina. Kalah dengan tahi dan air kencing (hendak melepaskan hajat). Entah berapa kali manusia ditimpa musibah dan Allah menyelamatkannya tapi masih enggan tunduk kepada kebenaran Ilahi.



Wallahu A'lam.

KULIAH TASAUF SIRI 48

Kitab Ad-Darun Nafis.
Ilmu tanpa amal itu dosa yang besar. Amalan tanpa ilmu itu sesat yang teramat besar. Dan melaksanakan amalan bersama dengan ilmu itu bercahaya di atas cahaya.

Ilmu tanpa amal umpama seseorang yang menyembunyikan ilmunya kerana ada rasa bimbang kepentingan diri terjejas. Contohnya, dia tahu merokok itu salah tapi dia melanggar juga ketentuan agama kerana tidak mahu terpinggir daripada kelompok temannya. Atau tahu solat itu wajib tapi tak buat kerana takut dikatakan orang alim dan dicemuh rakan sebaya.

Amal tanpa ilmu umpama seorang yang jahil tapi berlagak pandai. Main hentam saja dibuatnya. Janji 'lepas' atau cukup syarat. Contoh solat atas dasar ikut-ikutan dan tak mahu digelar masyarakat malas sembahyang. Namun solatnya kosong hanya kumat-kamit dibibir dan yang teruknya tiada peningkatan kualiti solatnya. Enggan bertanya dan suka beramal sedemikian (tanpa ilmu). Oleh itu dia hanya dapat penat saja berdasarkan kefahaman suatu hadis Nabi SAW. Maknanya lebih kurang "berapa ramai orang yang solat malam melainkan dapat penat saja".

Amalan bersama ilmu itulah yang terbaik dan dituntut agama.

Wallahu A'lam.

KULIAH TASAUF SIRI 47

Kitab Al-Hikam.
Allah hanya akan menerima setiap amalan soleh seseorang itu, yang berdasarkan Ilmu, Hati yang bersih, Ikhlas dan Berakhlak bersih. Jika keempat-empat ini tidak ada, tertolak segala amalan ibadah seseorang itu.
Amal baik contohnya mahu menderma kepada fakir miskin. Tapi kerana tak berlandaskan ilmu, maka dia menderma dengan cara yang tak diredai Allah iaitu mengadakan konsert yang bercirikan pergaulan bebas lelaki dan perempuan dan adegan-adegan maksiat yang lain. Oleh itu tak sampai amal sedemikian di sisi Allah.

Amal baik tetapi berhajatkan pangkat, dipandang tinggi atau baik oleh masyarakat, kerana wang dan sebagainya, boleh menghapuskan amalnya menjadi umpama debu yang berterbangan di padang pasir.

Amal soleh tapi hati terselit rasa dengki, marah dan sombong. Bagaimana nilai amalan sedemikian di sisi Zat Yang Maha Suci?

Amal yang baik tapi pada masa yang sama berakhlak buruk seperti suka merokok, menabur fitnah dan gosip, merendah-rendahkan muslim lain dan sebagainya juga akan menyebabkan si pelaku tersebut dalam keadaan rugi. Rugi kerana amal soleh yang dibuat tidak diterima Ilahi. (Melainkan Kehendak Allah yang Maha Berkuasa kerana Dia yang Maha Berkehendak sama ada menerima amal soleh hamba-Nya atau tidak)


Wallahu A'lam.

p/s pena ini berbicara atas dasar ilmu bukan atas dasar hakikat. Saya tidak ada kuasa menghukum amal seseorang itu diterima dan layak di sisi Allah atau tak. Kerana saya pun manusia seperti anda. Hanya Allah yang Maha Menghukum, Maha Berkuasa.

Isnin, Januari 10

KULIAH TASAUF SIRI 46

Kitab Al-Hikam.
Jadilah kita hamba Allah yang sentiasa berasa bersalah dan berdosa. Semoga dengan itu akan mendorong hati untuk sentiasa ingat dan merasa takut kepadaNya.

Inilah hasil daripada muhasabah diri. Menginsafi dan mengkoreksi diri atas dosa-dosa yang dilakukan. Jika tiada muhasabah masakan hati boleh terasa insaf? Semoga perjalanan hidup kita semakin hari semakin mendekati ALLAH Taala dalam amal ketaatan dan jalan jihad menegakkan AgamaNya di muka bumi.

Wallahu A'lam.

Rabu, Januari 5

KULIAH TASAUF SIRI 45

Kitab Al-Hikam.
"Jika ada dalam diri seseorang itu perasaan seperti di bawah ini, maka dia termasuk dalam perangkap Syaitan. Iaitu:
-Meragui Alam Akhirat.
-Merangsang cinta pada dunia.
-Meremehkan Ajaran Islam.
-Menggalakkan maksiat."


Wallahu A'lam.

Selasa, Januari 4

KULIAH TASAUF SIRI 44

Kitab Al-Hikam.
"Bila mengamati semua sahabat, takkan menemui sahabat yang lebih baik daripada menjaga lidahnya dan yang memberi nasihat. Bila memikirkan tentang semua pakaian, takkan menemui pakaian yang lebih baik daripada (pakaian) takwa."


Wallahu A'lam.

Isnin, Januari 3

KULIAH TASAUF SIRI 43

Segala kekotoran dosa tidak dapat dibasuh melainkan dengan taubat dan air mata. Tangisilah kematian hati dan kebutaan akal. [Lautan Air Mata]


Wallahu A'lam.

Sabtu, Januari 1

KULIAH TASAUF SIRI 42

"Umat Islam zaman sekarang hanya mengambil tahu perkara-perkara sah dan batal dalam setiap ibadahnya saja. Tetapi perkara-perkara yang menyebabkan ibadahnya TIDAK DITERIMA ALLAH ramai orang yang tidak ambil tahu. Buat tak kisah saja." [Al-Hikam]
Perkara-perkara berikut boleh jadi:

  • Beribadah dengan niat yang tidak ikhlas seperti hendak menunjuk-nunjuk, meraih kepercayaan atau rasa hormat daripada manusia dan sebagainya.
  • Berlaku sombong sesama muslim.
  • Mengambil orang kafir sebagai teman rapat.
  • Menolak kebenaran (ajaran ISLAM) dan mengambil kebatilan (ajaran Iblis dan Syaitan).


Wallahu A'lam.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...