Memaparkan catatan dengan label hadis. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label hadis. Papar semua catatan

Selasa, Mac 27

KIRIMAN SMS DANIEL ERFANIZUN

4 Perkara Sebelum Tidur. (Tafsir Haqqi)
Rasulullah SAW berpesan kepada Aisyah RA: Ya Aisyah, jangan engkau tidur sebelum melakukan 4 perkara iaitu:
1.Sebelum khatam Al-Quran.
2.Sebelum membuat para nabi memberimu Syafaat di Hari Akhir.
3.Sebelum para muslim meredai kamu.
4.Sebelum kau laksanakan haji dan umrah...
Bertanya Aisyah: Ya Rasulullah SAW, bagaimana aku dapat melaksanakan 4 perkara seketika? Rasul SAW tersenyum dan bersabda:
1.Jika engkau tidur bacalah: Al-Ikhlas tiga kali, seakan-akan kau mengkhatam Al-Quran.
2.Bacalah selawat untukku dan para nabi sebelum aku, maka kami semua akan memberi Syafaat di Hari Kiamat. 
3.Beristighfarlah untuk para muslimin maka mereka akan meredai kamu.  
4.Dan perbanyakkanlah bertasbih, bertahmid, bertahlil dan bertakbir maka seakan-akan kamu telah melaksanakan ibadah haji dan umrah. 


Wallahu A'lam.

Ahad, Januari 2

KULIAH HADIS SIRI 7

Barangsiapa yang dapat menahan diri daripada melakukan kejahatan, sesungguhnya ia adalah satu sedekah baginya. [Al-Bukhari dan Muslim]

Tahanlah daripada berbuat jahat. Biarpun anda terpaksa mengerahkan seluruh upaya, mental dan emosi-mu  untuk mengekangnya. Kerana kejahatan itu tiada nilainya. Bahkan nilai negatif untuk catatan amal kita!

Oleh itu, sedaif mana pun diri kita untuk memulakan satu-satu amal kebaikan, lebih baik untuk berhenti dari memulakan satu kejahatan. Kerana Nabi SAW ajar, tak buat jahat pun dikira satu kebaikan (sedekah).

Wallahu A'lam.

Isnin, Disember 27

KULIAH HADIS SIRI 6

Daripada Zaid bin Thabit,"kami pernah makan sahur bersama Rasulullah s.a.w. setelah itu kami pun menunaikan solat Subuh. Kemudian aku bertanya, berapakah selang waktu bersahur dan solat Subuh? Baginda menjawab: Kira-kira 50 ayat." [H.r. Bukhari]


Secebis info buat mereka yang istiqamah dalam berpuasa sunat kerana Allah. Semoga dapat mengamalkan budaya membaca Quran sebelum masuk waktu Subuh.

Wallahu A'lam.

Ahad, Disember 26

KULIAH HADIS SIRI 5

Dari Anas bin Malik, Nabi s.a.w. tidak pernah makan di atas meja makan dan tidak pernah memakan roti yang sudah dihaluskan hingga Baginda wafat.                              [Riwayat Bukhari,Tarmizi,Ibnu Majah dan Ahmad]
Ertinya Nabi Muhammad s.a.w. yang sangat mulia ini tidak pernah makan sepertimana orang barat makan iaitu di atas meja. Nabi s.a.w. juga memakan roti yang masih lagi kasar bukan seperti roti yang kita makan pada hari ini. Membuktikan bahawa pemakanan Nabi s.a.w. sangat sederhana yakni sekadar mengenyangkan perut dan tidak berlebih-lebihan.


Wallahu A'lam.

Sabtu, Disember 25

KULIAH HADIS SIRI 4

Sekadar hiasan
Dari Abu Hurairah r.a., Seburuk-buruk makanan adalah makanan pada jamuan di mana golongan kaya sahaja yang diundang kepadanya dan ditinggalkan golongan fakir. [Riwayat Al-Bukhari dan Muslim]

Inilah juga dinamakan Double Standard. Ajaran Islam turun dan menafikan Double Standard.

Wallahu A'lam.

Jumaat, November 19

KULIAH HADIS SIRI 2

Sabda Rasulullah s.a.w, "Barangsiapa yang bertambah ilmu tetapi tidak bertambah takwanya, sesungguhnya tidaklah bertambah ia daripada Allah melainkan semakin jauh dari-Nya."
Begitulah 'sifir'nya. Apabila bertambah ilmu, (seharusnya) bertambahlah takwa kita kepada Allah. Terasa makin dekat diri dengan Allah, Tuhan Pencipta Langit dan Bumi ini. MasyaAllah. Justeru, ego diri semakin mengecil di hadapan kebesaran Tuhan Yang Maha Agung dan merasa bertambah takut daripada membuat maksiat terhadap-Nya. Sebaliknya, apabila bertambah ilmu tapi tidak bertambah takwa, maka bertambah kufurlah insan malang itu.

Ahad, November 14

KULIAH HADIS SIRI 3

Rasulullah s.a.w. bersabda: Siapa yang tidak berterima kasih kepada manusia, ia tidak bersyukur kepada Allah.
[H.R. Imam Tirmizi]

Bismillahirahmanirahim..

Segala pujian hanya untuk Allah, Tuhanku dan kamu. Selawat serta salam ke atas Baginda Muhammad Bin Abdullah s.a.w. Pesuruh Allah yang agung dan hamba Allah yang menjadi buah hati Tuhannya.

Mesej Baginda ringkas saja tetapi padat. Barangsiapa yang tidak menghargai kebaikan orang lain, ertinya dia tidak menghargai kebaikan Tuhannya. Mengapa?

Rabu, November 10

KULIAH HADIS

Rasulullah s.a.w. bersabda: Barangsiapa yang kebaikannya menjadikannya senang dan keburukannya menjadikannya sedih, maka dia adalah orang mukmin.
[H.R. Al-Hakim]

Bismilllahirahmanirahim.

Alhamdulillah, syukur kepada Tuhan yang sentiasa menyayangi hamba-hambaNya lagi melimpah-ruah rahmat/belas kasihan-Nya. Allah telah menciptakan kita dari tiada kepada ada. Tidak cukup dengan itu, Dia membekalkan kita dengan sumber-sumber untuk terus hidup seperti bekalan udara, air, makanan, pakaian dan sebagainya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...