Memaparkan catatan dengan label fekah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label fekah. Papar semua catatan

Rabu, September 12

SOMBONG PERANGAI IBLIS

Huraian dari Kitab Fiqh Semasa.
Sama ada disedari atau tidak, begitu ramai orang-orang Islam sendiri di zaman ini menghina Akidah atau Iman, menghina Syariat-syariat Islam dan menghina Akhlak Islam. Bersikap sombong sudah cukup untuk dijadikan sebagai contohnya.
Assalamualaikum sahabat-sahabat sekalian. Semoga iman, ibadah dan akhlak anda sentiasa dalam keadaan tip-top selalu. Jika belum, berusahalah meningkatkannya agar ia tidak terus melemah dan kecundang. Perbaikilah agamamu dari hari ke hari agar tidak berada dalam kerugian dan hina di sisi ALLAH. Sesungguhnya ALLAH menyukai amal hamba-NYA yang sedikit tetapi berterusan (maksud hadis Nabi SAW).

Entri hari ini berkisar tentang menghina agama secara sedar atau tidak. Jika anda sedar agama sedang dihina, maka pertahankanlah dengan perbuatan. Jika tidak mampu (kerana lemahnya iman), pertahankanlah dengan perkataan. Jika tidak mampu, maka bencilah dengan hati. Ia merupakan selemah2 level iman bagi seseorang. 

Namun begitu, percaya atau tidak, agama Islam yang kita anuti lagi sayangi ini telah dihina secara tidak sedar. Contohnya ada di kalangan umat Islam hari ini yang mengaku diri Islam, telah mengamalkan akhlak Iblis yakni bersikap SOMBONG atau EGO. Islam tidak pernah mengajar umatnya bersikap sombong. Tapi umat Islam hari ini tanpa segan silu mengikut ajaran Iblis iaitu mengamalkan sombong...

Sebagai contoh, Unknown mengherdik dan memaki bibiknya yang tersalah membuat kerja rumah. Unknown tidak bertegur sapa dengan kawan2 yang miskin atau kurang pandai di sekolah dan meneruskan amalan itu di tempat kerja. Hanya menegur mereka yang berkepentingan sahaja. Apabila bersalaman, Unknown tidak pandang muka orang yang menghulurkan salam kepadanya. And the list goes on.... (anda fikirla sendiri. Cuba tamsilkan dan elaborate contoh ini ke dalam kehidupan kita).

Mudah2an,  secebis contoh yang diberikan ini dapat membuka hati dan minda kita yang tertutup oleh budaya hidup jahiliah dan yang lebih teruk-budaya Iblis laknatullah iaitu sombong. Saya doakan anda sentiasa mendapat cahaya hidayah ALLAH dan jangan sekali2 putus asa daripada rahmatNYA. Selamat beramal dengan Islam yang sejati. Bersama kita meningkatkan taraf iman, ibadat dan akhlak kita ke tahap yang tip-top (diredai ALLAH).

Wallahu A'lam.

Jumaat, Februari 17

TIPS DARI ALIM ULAMAK UNTUK PARA PENGANTEN. NGEH3..

Kitab Muhimmah.
Pesanan dari Ustaz-ustaz, Tuan-tuan Guru dan Alim Ulamak: Sesiapa yang berkahwin, terlebih dahulu pelajarilah ilmu-ilmu yang berkaitan dengannya. Dari Kitab Muhimmah, Kitab Suami Isteri ke Neraka, Kitab Membina Keluarga Bertakwa dan Kitab Mendidik Anak Cara Rasulullah SAW.

Assalamualaikum. Nak kawin? Jangan asal badan sihat dan cukup duit nak trus kawen je.. Persiapkan diri dengan TARBIYAH* dulu.. Baru umahtangga yang nak dibina insyaALLAH menjadi mantap dan berkat.
Bahkan time kawin pun wajib teruskan tarbiyah diri sebab cabaran rumahtangga jauh lagi hebat dari hidup membujang... Oleh tu, rajin2kanlah diri ke masjid, pelajarilah kitab2 yang dicadangkan di atas dan bergaullah dengan orang soleh yah. Selamat beramal saudara2ku!

* TARBIYAH=
1. mendidik diri melalui ilmu2 agama,
2. berdamping dengan tok2 syeikh,
3. latih diri lepak kat masjid,
4. berusaha lawan nafsu,
5. penuhi masa dengan amal2 soleh,
6. didik jiwa buang sifat jahat seperti riak, sombong, pengecut, zalim, malas, dan kedekut,
7. bentuk jiwa dengan mencontohi sifat2 mulia Nabi SAW seperti ikhlas, tawaduk, rajin, amanah, jujur, tabah, pemurah dan berani
8. buat apa2 perbuatan yang diredai ALLAH
9. benci dan tinggalkan apa2 yang ALLAH murkai.

Wallahu A'lam.

Rabu, Oktober 19

DIKETAWAKAN SYAITAN?



Kitab Al-Ilmi.
Siapa yang mengaku dapat merasa manisnya dalam beribadah, padahal dia masih cinta pada dunia, maka dia akan diketawakan oleh Syaitan.

Gambar hiasan dan tadabbur. Nak ke kene gelak ngan setan mcm anjing ni?
Kebiasaannya orang terasa manisnya Iman dan beribadah, dia akan membuktikan dengan akhlak yang baik. Tidak cintakan dunia, ada sifat qanaah, zuhud, warak dan takwa. Suka pada kebenaran dan benci pada maksiat.


Wallahu A'lam.

Selasa, Julai 19

KULIAH FEKAH SIRI 37

Kitab Fiqh Semasa.
Ternyata di zaman ini didapati orang-orang Islam menjadikan Islam ibarat dalca atau rojak. Contoh: Syariat Islam dicampur-adukkan dengan budaya Yahudi dan Nasrani.
Fitnah di akhir zaman ini telah membuatkan manusia lupa pada Agama. Kesenangan dunia, kecanggihan teknologi, budaya Yahudi dan Nasrani yang sentiasa menggalakkan pergaulan bebas laki2 dan perempuan merupakan contoh2 fitnahnya. Alhasil, manusia yang Islam pada siangnya menjadi kufur pada malamnya. Nampak dia menunaikan solat dan mengaji. Tapi pada hari yang sama dia juga berhibur di night club.

Selain itu, manusia beragama ikut tempat. Di sekolah atau pejabat, aurat dia jaga dengan elok. Di luar, auratnya jadi tatapan orang ramai. Bersama keluarga, dialah insan paling soleh/solehah, bersama rakan dialah insan yang lupa akhirat. Nauzubillah-mohon supaya kita dijauhkan oleh Allah dari menjadi sedemikian.

Hati-hatilah wahai saudaraku Agama ini bukannya caca-merba bagaikan dalca mahupun rojak. Agama itu suci dan tulus. Straight to the point. Jika benar katakan benar. Dan lakukan. Jika salah katakan salah. Dan tinggalkan. Takda campur-aduk.


Wallahu A'lam.

Jumaat, Jun 10

KULIAH FEKAH SIRI 36

Syarah Al-Ibadah. 
Sesiapa yang tidak mahu Iman dan Amalannya menjadi rosak, bertaubatlah dari segala dosa dan jangan terus buat maksiat. Jauhi dari sifat sombong, sifat zalim dan jangan (bercouple) bercinta secara haram. Kerap bermesej antara lelaki dan wanita yang bukan mahram juga bercinta secara haram dan mukadimah kepada zina.

Iman dan Amal adalah 2 aset terpenting kita untuk Hari Akhirat nanti. Hari yang tiada penghujung, tiada habisnya. Berbeza dengan kehidupan di dunia ini yang bila-bila masa AKAN tamat. Mungkin beberapa tahun lagi, mungkin bulan depan, mungkin esok, mungkin juga hari ini! Kita tak tahu bila akan habis hidup kita. Oleh itu sahabat2ku, mari kita jaga Iman dan Amal kita agar tak menyesal untuk selama-lamanya.

Wallahu A'lam.

Sabtu, Jun 4

KULIAH FEKAH SIRI 35

Huraian Kitab Doa2 Orang Yang Dizalimi.
Awas! Bagi siapa yang berbuat zalim, ALLAH mendengar rintihan doa orang yang dizalimi. Doa orang yang dizalimi bergema sepanjang malam. (Tak jawab panggilan dengan sengaja termasuk satu kezaliman).

Nak angkat ke tak?

Wallahu A'lam.

Ahad, Mei 1

KULIAH FEKAH SIRI 34

Orang yang tidak peduli dengan urusan-urusan agama, seolah-olah agama tidak penting dalam hidupnya. Tidak mahu berfikir tentang kehidupan Akhirat. Dan tidak bersiap sedia untuk menyambut kematian.

Bismillahi Rahmani Rahim.
Assalamualaikum sahabat2 CBN. Saya mendoakan agar anda semua mendapat cahaya petunjuk ke jalan yang lurus sehingga ke akhir hayat.

Isu hari ini ialah ambil peduli. Sejauh mana kita peduli tentang hal2 solat kita. Tiang seri dalam agama kita. Cuba tanya, cukupkah solat wajib? Jika cukup, solat yang bagaimana kita persembahkan kepada Allah, Tuhan Yang Maha Suci lagi Maha Mulia? Adakah solat yang ala kadar bagai melepas batuk di tangga atau solat yang digenangi air mata dan terbit rasa khusyuk, tawaduk dan juga gerun di hati?

Jika belum, berusahalah ke arah itu. Fikirkanlah perumpamaan berikut: Adakah layak seorang hamba yang berpakaian buruk lagi busuk mahu menghadap dengan Raja yang agung? Kita di dunia ini pun tahu nak jaga protokol bila berhadapan dengan Sultan atau Agong di istana2. Mengapa tidak kita jaga protokol dengan ALLAH, Raja segala Raja. Tuhan seluruh Alam Semesta. Marilah kita fokus kembali peduli kita kepada solat.

Begitu juga dengan ibadah2 yang lain. Puasa kita, zakat kita- sudah tunai ke belum, haji kita- jangan asyik nak bertangguh jika dah mampu, muamalah kita sesama insan dan sebagainya. Semua itu kena jaga syarat2nya. Oleh itu, kita perlu menuntut ilmu agama. Supaya dapat menjadi panduan demi melayari bahtera kehidupan.


Wallahu A'lam.

Jumaat, April 1

KULIAH FEKAH SIRI 33

Kitab Fekah Semasa.
Melakukan satu maksiat akan mendorong ke arah maksiat kedua dan maksiat yang seterusnya. Sedar atau tidak sedar, maksiat bertambah banyak dilakukan. Akhirnya menjadi satu desakan baginya melakukan maksiat, di mana jiwanya akan terseksa bila tidak melakukan maksiat.

Umpama beruk di sebelah ini. Nampak sebiji cukup menyelerakan. Ditambahnya pula ditangan 6-7 biji. Tak cukup lagi mahu ditambah sampai di kakinya pun memegang buah... 

Inilah yang berlaku apabila nafsu sarakah menguasai jiwa, akal dan tubuh badan. Haiwan tiada akal maka ia tidak dapat membezakan baik dan buruk. Sedangkan manusia yang dikurniakan dengan akal pun masih bersikap seperti beruk di sebelah. Bahkan lebih teruk lagi.

Begitulah kesan dosa. Sekali melakukan perbuatan maksiat, semakin menjadi ketagih. Dek kerana dosa-dosa, akal sudah hilang fungsinya. Akal gagal membedakan mana satu dosa mana satu pahala. 

Inilah penangan dosa... Apabila akal menerima arahan daripada hati yang telah mati... Hati yang sudah tertutup dengan tumpukkan dosa. Nafsu serakah pun menguasai jiwa. Lalu mengenepikan panggilan keimanan oleh para malaikat yang suci lagi hampir dengan ALLAH TAALA.

Wallahu A'lam.

Khamis, Mac 24

KULIAH FEKAH SIRI 32

Kitab Fekah Semasa.
Nabi s.a.w. telah memberi amaran kepada kaum lelaki bahawa "wanita adalah fitnah bagi lelaki". Tapi malangnya berapa ramai kaum lelaki tidak mematuhi tentang amaran dan peringatan Rasulullah s.a.w. terutama yang bercouple tidak mengikut Syariat Islam.

Bismillahi Rahmani Rahim.

Assalamualaikum. Pena kali ini berbicara bab wanita dan fitnahnya. 

Penulis rasa sudah maklum bahawa pada akhir zaman ini wanita memang menjadi fitnah yang besar buat lelaki. Lihat saja di dada2 akhbar, iklan wanita seksi bersepah di sini sana. Lebih teruk lagi, imej itu diperbesarkan dan disebarkan pada papan2 tepi jalan raya atau highway.

Belum lagi ambil kira wanita2 yang memperagakan tubuh mereka di televisyen seakan-akan ia adalah sesuatu yang HALAL di sisi agama! Juga gambar2 dan video2 porno di laman2 internet. Aduhai, apakah belum cukup lagi fitnah wanita sehingga saban hari meningkat pendedahan aurat dan aksi terlarang wanita di media2? 

Oleh itu, saudaraku, peliharalah matamu. Tundukkan pandanganmu daripada melihat2 perkara2 yang diharamkan ALLAH. Bukan bos kamu  tetapi Tuhan seluruh alam yang melarangnya. Apakah masih belum cukup untuk menggerunkan hati kecil kita? 

Juga patuhilah utusan Tuhan iaitu junjungan mulia Nabi Muhammad SAW, sebaik-baik manusia. Baginda SAW mengajar kita cara untuk memelihara hubungan antara lelaki dan wanita yang bukan mahram adalah dengan melangsungkan perkahwinan diantara mereka. Agar terhindar daripada ancaman besar dunia. Iaitu fitnah wanita.

Wallahu A'lam.

p/s hadis Nabi SAW yang mengajar orang2 bujang supaya mendirikan rumah tangga:
"Wahai anak muda, berkahwinlah. Sesiapa yang mampu, berkahwinlah kerana ia lebih memelihara mata dan menjaga faraj. Sesiapa yang tidak mampu untuk berkahwin hendaklah dia berpuasa kerana puasa adalah penahan (daripada gelojak nafsu)" (Hadith Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Imam Al-Bukhari)

Khamis, Mac 10

KULIAH FEKAH SIRI 31


Huraian Kitab Al-Luma'
Islam itu cantik, indah dan sempurna. Tetapi terlalu ramai umat Islam di zaman ini telah mengubah menjadi buruk, hina dan dicacatkannya. Hanya kerana cinta dunia tanpa lunas-lunas Islam.
Bismillahi Rahmani Rahim.

Keindahan Islam itu tiada taranya. Lupakah kita kisah syahdu sahabat2 Nabi SAW yang sanggup mengutamakan saudaranya ketimbang dirinya sendiri dalam soal NYAWA?  Ikutilah kisah berikut sebagai tazkirah pada hari ini:

Abu Jahim bin Huzaifah adalah sahabat Nabi Muhammad. Beliau seorang yang berhati mulia. Beliau juga adalah pahlawan Islam yang sama-sama melawan musuh semasa perang Yarmuk.


Pasukan tentera Islam ketika itu dipimpin oleh panglima-panglima seperti Abu Ubaidah al-Jarrah, Amru al-As, Yazid bin Abu Suffian, Syurahbil bin Hasanah dan Abdullah bin Umar al-Khattab dan mereka berjaya mengalahkan tentera Rom dalam peperangan itu.


Dalam peperangan itu, ada peristiwa terjadi ke atas Abu Jahim. Semasa tentera-tentera Islam bertempur dengan tentera Rom, beliau mencari sepupunya yang berada di barisan hadapan sambil membawa sedikit air.


Ketika Abu Jahim ternampak sepupunya, tubuh sepupunya penuh berlumuran darah. Abu Jahim segera berlari kearah sepupunya dan memberikan air. “Aduh sakitnya”, sepupunya itu mengerangkan kesakitan. Abu Jahim segera merapati sepupunya.


“Minumlah air ini saudaraku”. Tetapi, belum sempat Abu Jahim memberikan air itu kepada sepupunya, Abu Jahim terdengar suara orang meminta air. Kata orang itu: “Air…,air… Saya mahu air”. Sepupunya yang mengerang kesakitan dan berlumuran darah itu turut mendengar suara itu.


Kemudian, sepupu Abu Jahim berkata: “Berikanlah air ini kepada orang itu. Kasihan saya mendengarnya”. Abu Jahim bingkas bangun dan berlari menuju ke tempat orang itu. Rupa-rupanya, orang itu adalah Hisyam bin Abil Anas.


“Minumlah air ini”, kata Abu Jahim. Belum sempat Hisyam minum, tiba-tiba dia terdengar suara orang lain pula meminta air yang berada berhampiran dengannya. Kemudian, Hisyam Anas berkata kepada Abu Jahim: ”Kamu berikan sahaja air ini kepada orang itu. Beliau lebih memerlukan air ini berbanding saya”.


Tanpa berlengah, Abu Jahim segera membawa air itu ke tempat pahlawan Islam itu. Namun semuanya tidak kesampaian. Pahlawan itu meninggal dunia sebelum Abu Jahim sampai ke tempatnya. Melihat kematian pahlawan itu, Abu Jahim segera bangun dan menuju semula ke tempat Hisyam berada.


“Saya perlu berlari pantas supaya air ini dapat diminum oleh Hisyam”, kata Abu Jahim sambil berlari membawa air itu. Beliau berhati-hati supaya air yang dibawanya itu tidak tumpah ke tanah. 


Langkah kaki Abu Jahim semakin cepat. Takdir penentu segalanya. Selepas sampai ke tempat Hisyam berada, Abu Jahim mendapati bahawa Hisyam juga sudah meninggal dunia. Air yang dibawanya itu masih berada di tangannya.


Kemudian Abu Jahim teringat kepada sepupunya yang sedang menunggunya sejak dari tadi. Namun sebaik sahaja Abu Jahim sampai ke tempat sepupunya itu, beliau mendapati bahawa sepupunya juga telah meninggal dunia.


Suasana peperangan semakin sengit. Beberapa orang Islam sudah terkorban dalam perang itu. Abu Jahim tidak dapat menahan kesedihannya apabila melihat sepupunya juga meninggal dunia.


Demikianlah sifat Abu Jahim yang baik dan perlu dicontohi oleh orang lain. Keluhuran dan ketinggian budi yang ditunjukkan oleh pahlawan Islam ini patut diteladani oleh orang yang beriman kepada Allah dan Nabi Muhammad.                                                                                                       (diambil daripada http://eforum1.cari.com.my/archiver/?tid-508120.html)

Nabi SAW mendidik para sahabatnya menjadi insan yang hebat dengan ajaran ISLAM. Kerana Islam mengajar kita supaya mengutamakan saudara kita sebagaimana kita sayangkan diri kita. Oleh itu, dari mana datangnya sikap sombong, dengki-mendengki, benci-membenci sesama orang Islam? Tidak lain kerana dunia diutamakan, akhirat dibelakangkan.

Kembalilah kepada lunas2 Islam yang indah dan suci ini. Kejayaan hakiki menanti bagi mereka yang bersabar di jalan ini.

Wallahu A'lam.

Isnin, Februari 14

KULIAH FEKAH SIRI 30

Kitab Al-Iqna.
Dua perkara yang pasti berlaku dan tidak mengira peringkat umur dan darjat iaitu sakit dan mati. Sebelum kedua-duanya mendatangi kamu, maka bertaubatlah dari segala dosa dan beramallah dengan amalan-amalan yang soleh.
Bismillahi Rahmani Rahim.

Sehebat mana pun kedudukan manusia, semuda dan secergas manapun insan itu, dia pasti akan menghadapi sakit dan maut. Sakit akan datang dalam suasana yang tak dapat diduga manusia melainkan menerusi Perancangan dan Kehendak Allah jua.

Hari ini kamu tersenyum lebar, bersorak bertempik, bertempuk bertampar sesama rakan sebaya. Esok hari mungkin kamu terlantar di hospital kerana terkena kanser apendiks. Di mana gahmu di mana egomu? Peluang untuk beramal tiba-tiba menjadi sempit kerana nikmat kesihatan telah dipulangkan kepada Pemiliknya.

Hari ini jantung kamu masih berdegup, mata masih berkelip, dada masih berombak, mata masih bersinar, tangan, kaki, jari-jemari masih boleh digerak-gerakkan semahu-mahunya. Tapi apalah nasibmu di esok hari? Mungkin sudah terkambus oleh pepasir di bawah 6 kaki... Menjadi santapan kala dan anai-anai kubur.

Oleh itu, sebelum dua perkara yang pasti ini datang menimpa kita, ayuhlah sediakan bekalan amal soleh berupa ketaatan, menyebarkan dakwah dan berjihad di jalan Allah. Disamping meratapi dosa-dosa yang lalu dengan memperbanyakkan beristighfar kepada Tuhan Yang Maha Pengampun Maha Penyayang. Semoga iman dan amal soleh kita menjadi mahar untuk Syurga-Nya yang Agung.

Wallahu A'lam.

Khamis, Februari 3

KULIAH FEKAH SIRI 29

Kitab Motivasi Ilmu.
Ilmu orang munafik terletak pada lidahnya. Dan ilmu orang Mukmin terletak pada amalannya.

Orang munafik pandai berbicara. Sebut pasal hukum dia boleh huraikan panjang lebar. Sangat berilmu. Bila tiba masa untuk diamalkan, dia paling jahil tampaknya. Seolah-olah ilmu tersebut tak pernah didengari. Contoh, orang munafik tahu berzina itu haram. Tetapi bila kedudukan dan duit berada di tangan, zina seolah-olah halal baginya. Dia tahu arak itu haram. Bila kemewahan, kesenangan, dan masa lapang diberi pinjam oleh Penciptanya, arak menjadi halal.

Berbeza dengan orang mukmin, apa yang haram tetap haram buat selama-lamanya. Bicaranya kurang. Yang lebih adalah amal solehnya. Kerana dia faham bahawa kata-kata tanpa amal umpama pokok tanpa buah dan bunga. Tandus dan sia-sia. Lebih elok dia bersungguh-sungguh menjadi orang yang banyak beramal agar Akhiratnya nanti cemerlang di sisi Allah Taala.

Wallahu A'lam.

KULIAH FEKAH SIRI 28

Kitab Al-Ibadah.
Nikmat ikhlas tidak akan dapat dirasai kecuali dengan hati yang bersih. Untuk mendapatkan keikhlasan, perlu banyak bertaubat.
Mohonlah kepada Tuhan agar disucikan hati dengan air mata keinsafan. Mudah-mudahan dikau meraih anugerah sifat ikhlas yang agung sebagai pelengkap mahar ibadah kepada Raja Sekalian Alam. Hanya amal suci ikhlas sahaja yang layak dipersembahkan kepada Tuhan Maha Agung, Maha Mulia.

Wallahu A'lam.

Ahad, Januari 16

KULIAH FEKAH SIRI 27

Kitab Al-Iman.
Kemenangan Islam pada seseorang itu bila dia kerap solat fardhu berjemaah. Rajin solat sunat Dhuha. Rajin solat sunat Tahajjud. Istiqamah mengamalkan Ma'thurat dan puasa sunat Isnin dan Khamis. Dan juga rajin membaca Al-Quran.
Jagalah solat secara berjemaah di masjid atau surau mukim kita. Syiar Islam dapat ditegakkan dalam masyarakat kita dari sudut ini. Apabila masyarakat non muslim melihat adanya pemuda-pemuda Islam yang berbondong-bondong ke Masjid setiap kali azan bergema. Juga melihat pakcik-pakcik dan anak-anak kecil yang dilatih untuk berjemaah. Dengan izin Allah, hidayah Allah menerangi masyarakat yang menjaga Syiar ini dan menusuk masuk ke hati-hati masyarakat non muslim.

Jagalah solat Dhuha kerana di dalamnya terkandung khazanah Allah Yang Maha Agung. Bakal menyerlahkan potensi manusia dan menarik rezeki yang melimpah ruah bagaikan besi berani! Mana mungkin Islam tak menang jika setiap umatnya memperhatikan ibadah sunat yang penuh kehebatan ini?

Rajinlah bertahajud. Pada hemat saya yang daif, solat tahajud boleh dikatakan penghulu segala solat sunat. Di mana Allah turun ke langit bumi (sesuai dengan sifat kebesaranNya yang tiada persamaan dengan mana-mana makhluk) dan mendengar rintihan doa para hambaNya yang solat malam. Setiap permintaan dimakbulkan, setiap dosa diampunkan dan setiap taubat diterimaNya. Jangan lepaskan saat sungguh indah ini wahai orang yang mengejar reda Allah!

Isiqamahlah dalam mengamalkan mathurat, wirid Rasulullah SAW yang terkenal kesahihannya dan sentiasa menjadi amalan Nabi SAW sehingga wafatnya.

Berpuasa sunat Isnin dan Khamis itu umpama perisai untuk jiwa kita daripada gasakan hawa nafsu sepanjang minggu tersebut. 

Rajin-rajinkan baca Al-Quran agar kalam Allah Yang Maha Suci ini menjadi hujah kepada kita di dunia, dalam kubur dan di hari Akhirat nanti.

Semoga kemenangan milik kita, orang Islam yang dimuliakan Tuhan Pencipta alam semesta. InsyaAllah.


Wallahu A'lam.

Isnin, Januari 10

KULIAH FEKAH SIRI 26

Kitab Al-Ibadah.
Bermula dari bangun tidur hinggalah tidur semula, mana yang lebih banyak dilakukan dalam satu hari? Mentaati perintah-perintah Allah atau menentang hukum-hukumNya?

Ingatlah bahawa sesungguhnya kita dan Allah sudahpun membuat perjanjian bahkan mengulang-ulangkannya saban hari dalam solat kita.


"Sesungguhnya sembahyangku dan ibadatku, hidupku dan matiku, hanyalah untuk Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam. " - surah Al-An'am ayat 162


Oleh itu jagalah hukum hakam Allah. Apa yang jelas haram kita tinggalkan. Apa yang diperintahNya kita laksanakan tanpa soal.. Mudah-mudahan amalan kita diterima atas dasar keikhlasan kepada Allah dan berpandukan aturan Syariat yang diajarkan oleh Rasulullah SAW.


Wallahu A'lam.

Rabu, Januari 5

KULIAH FEKAH SIRI 25

Kitab Al-Adab.
"Jika di dunia kita berusaha mencari tempat berlindung dari hujan dan panas. Bagaimana pula tempat berlindung di Akhirat dari panas Neraka? Sudahkah dapat diusahakan?"

Kaedah berlindung bukanlah dengan payung atau berlindung di bawah tempat teduh seperti sewaktu di Dunia. Kaedah berlindung ia jauh berbeza. Kerana hanya lembayung Rahmat Allah saja mampu menjauhkan kita daripada azab Neraka. Apakah pertolongan-Nya akan singgah kepada insan yang lupakan-Nya semasa di Dunia?


Wallahu A'lam.

Selasa, Januari 4

KULIAH FEKAH SIRI 24

"Jika apa yang dilakukan sesuatu perkara itu dirasakan terlepas dari seksa kubur, terlepas dari soal jawab di Mahsyar dan terlepas dari azab Neraka maka teruskanlah." [Al-Iqna]

Orang yang memiliki iman yang sempurna akan berhati-hati dalam setiap tindak-tanduknya. Contoh terbaik pada Rasulullah SAW dan seterusnya sahabat-sahabatnya Radiyallahu anhum ajmain. Mereka adalah untuk diikuti dengan sungguh-sungguh bukan sekadar penceritaan di bilik tidur @ bedtime stories.

Wallahu A'lam.

KULIAH FEKAH SIRI 23

Dua nikmat yang paling berharga jika seseorang itu bijak menggunakannya. Iaitu nikmat sihat dan nikmat masa lapang. Jika salah guna maka dilaknat Allah. [Bahrul Mazi Jil. 16]
Sila hayati ceramah 7 minit dibawah yang disampaikan oleh pendakwah yang berjiwa mulia dan kental, Dr Ibrahim Dremali. Diambil daripada laman sahabat yang juga tegar dalam berdakwah:
http://baikiminda.blogspot.com/2010/12/nikmat-kesihatan-masa-lapang-ramai-di.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed:+PenaMaya+(Pena+Maya)



Wallahu A'lam.

Isnin, Disember 27

KULIAH FEKAH SIRI 22

Orang beriman yang beriktikaf dalam Masjid tidak sama dengan orang munafik yang berada di dalam Masjid. Bagaimana untuk mengenalinya? [Fathul Bari]
Salah satu tandanya, seorang Mukmin terus duduk dengan tenang di tempat solatnya sebaik Sang Imam memberi salam manakala seorang Munafik akan bangun dengan tergesa-gesa meninggalkan masjid kerana hati tak tenteram untuk berada di masjid lama-lama.

Tanda lain, orang Munafik tak mampu secara konsisten ke Masjid pada waktu Isyak dan Subuh sebagaimana Hadis Nabi s.a.w. yang membawa maksud:

"Seberat-berat sembahyang kepada orang munafik ialah solat Isyak dan Fajar (Subuh). Kalaulah mereka mengetahui kelebihan yang ada pada solat Isyak dan Fajar ini nescaya mereka akan datang (ke masjid) walaupun dengan merangkak. Sesungguhnya aku bercita-cita bahawa aku memerintah seseorang supaya memerintah manusia sembahyang dan menyuruhnya membawa orang mengerjakan solat kemudian aku pergi bersama beberapa orang lelaki membawa kayu-kayu api untuk pergi ke rumah-rumah orang yang tidak mengerjakan solat jemaah dan aku bakar rumah-rumah itu dengan api." 


Wallahu A'lam.

Sabtu, Disember 25

KULIAH FEKAH SIRI 21

Apabila berkumpul manusia bagi mendengar muzik atau nyanyian, maka dialah orang yang bodoh yang tertolak Syahadah atau Imannya. [Imam Syafie dari kitab Ibnu Qayyim al-Jauzi]

Dalam kesempatan ini saya ingin menyeru supaya umat Islam khususnya di Malaysia supaya memboikot konsert-konsert haram seperti Jom Heboh, konsert underground, battle of the bands, live band, konsert rock, konsert yang menjemput penyanyi atau kumpulan luar negara dan seterusnya. 

Umat Islam tak kira di Malaysia atau di luar sana, ayuhlah kita ke taman-taman syurga. Tempat perkumpulan orang soleh. Ayuhlah kita ke bertadarus al-Quran. Ayuhlah kita mendengar hadis-hadis Nabi s.a.w. yang mulia. Ayuhlah kita hidupkan Al-Quran dan As-Sunnah dalam setiap gerak geri kita. InsyaAllah Petunjuk Allah berterusan menyusul di dalam kehidupan kita


Wallahu A'lam.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...