Memaparkan catatan dengan label kelas fardu ain. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label kelas fardu ain. Papar semua catatan

Isnin, Julai 2


FARDHU AIN
Kitab Al-Ibadah.
Usia muda bukan tiket alasan untuk bebas melakukan apa saja tanpa batasan Islam. Dan menjauhkan diri dengan Allah.

Usah bazirkan nilai umurmu yang berharga dengan berhibur semata-mata. Tapi gunakanlah ia untuk MEMBINA diri dengan akhlak yang mulia, ilmu pengetahuan yang bermanfaat, pandangan hidup yang jelas dan akidah yang teguh. Semuanya bermula dengan satu kata, yakni TARBIYAH.


Wallahu A'lam.

Ahad, Mei 13

Nilai Usia Muda

Assalamualaikum sahabat2 yang dirahmati ALLAH TAALA.. Tinta memohon maaf kerana telah lama tak mengemaskini blog.. Hidup memang mencabar dan memang tak boleh diagak. Kadang2 kita senang. Kadang2 kita susah, sibuk dan gusar.. Namun redalah wahai saudara2ku. Kerana ALLAH dah tulis segala takdir-Nya from A to Z. Mana kita nak lari? Melainkan Rahmat kasih dan sayang ALLAH Taala kepada kita. Pohonlah doa banyak2 pada-Nya..


Cebisan dari KULIAH FARDHU AIN...

Usia muda bukan tiket alasan untuk bebas melakukan apa saja tanpa batasan Islam dan menjauhkan diri dengan Allah.

Kitab Al-Ibadah.

Janganlah engkau jadikan usia muda untuk enjoy tanpa landasan Agama. Amatlah rugi jika engkau berpendirian sebegitu. Kerana amal ibadah orang muda lebih DICINTAI Allah berbanding amal orang yang telah berusia.. Hayati hadis berikut...

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:” Sebilangan manusia yang dinaungi Allah di bawah naungan-Nya pada hari kiamat iaitu hari yang tidak ada sebarang naungan padanya selain daripada naungan Allah; di antaranya ialah: Pemerintah yang adil, pemuda yang hidupnya sentiasa dalam mengerjakan ibadah kepada Tuhannya, orang yang hatinya sentiasa terikat dengan masjid, dua orang yang berkasih sayang kerana Allah di mana kedua-duanya berkumpul dan berpisah untuk mendapat keredaan Allah, orang yang dipujuk oleh perempuan yang kaya lagi rupawan untuk bersatu dengannya lalu ia menolak dengan berkata:” Aku takut kepada Allah!”, orang yang bersedekah secara bersembunyi sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang diberi oleh tangan kanannya, dan orang yang menyebut atau mengingat Allah dengan keadaan tidak ada dalam ingatannya perkara lain, lalu menitis air matanya kerana mengingatkan sifat Jalal dan sifat Jamal Allah.”

Subhanallah! Orang muda yang soleh dapat duduk di bawah Arasy ALLAH! Tak maukah kita untuk bersama di dalam golongan mereka? Bersama kita fikir2 kan.


Wallahu A'lam.

Selasa, Januari 31

R U READY?

Kitab Ad-Din.
Sebelum hendak melakukan sesuatu kerja atau perkara, kita akan membuat persediaannya. Bagaimana pula dengan Mati. Sudahkah membuat persediaannya?

Bismillahi rahmani rahim... Kita bisa membuat persediaan yang teliti dan penuh kesungguhan bila hendak menghadapi peristiwa2 besar seperti peperiksaan, temuduga kerja/naik pangkat, nak kawen, nak sambut ketibaan VIP dan seterusnya.


Tapi kita tak bisa pula meletakkan kesungguhan sedemikian rupa bila hendak menemui MATI! Alangkah sayangnya kita melupakan perkara yang begitu vital ini. Sebab mati merupakan event dalam hidup kita yang PASTI akan berlaku.

So, start thinking ahead.. What have i done today for my death? Bagaimana dengan solatku.. Cukup ker? Aku baca Al-Quran tak arini atau jadikan ia berhabuk dalam rak bilikku? Aku buat baik kat ibu bapa atau time raya baru berhubung? Aku dah tobat dari maksiatku kepada ALLAH hari ini? Dan macam2 persoalan lagi sebagai persediaan kita menemui mati....

p/s buat persediaan untuk hal2 keduniaan tidaklah dihalang agama malah digalakkan. tapi yang salah apabila kita tak buat persediaan untuk Akhirat kita. hope tiada salah faham...

Wallahu A'lam.

Isnin, Januari 9

7 DAN 13 DOSA

Kitab Aurat Wanita.
Apabila seorang lelaki bila berdua-duaan dengan wanita yang sedang bercinta (bercouple) tanpa nikah (tidak halal) dalam masa sekali pertemuan. Maka di masa itu si lelaki mendapat sebanyak 7 dosa dan si wanita mendapat 13 dosa (dalam maksiat).

Dosa bagi lelaki iaitu:
1.kaki,
2.tangan,
3.mata,
4.telinga,
5.lidah,
6.hidung
7.hati.

Dosa bagi wanita iaitu
1.mata,
2.alis mata jika diubah,
3.telinga,
4.wangi-wangian,
5.dada jika nampak,
6.gigi jika diubah dari ciptaan Allah,
7.leher jika nampak,
8.wajah perhiasan,
9.tangan,
10.lidah(suara),
11.kehormatan,
12.pakaian
13.rambut jika nampak.


Wallahu A'lam.

Sabtu, Januari 7

CIRI ISTERI SOLEHAH

Kitab Muhimmah.
Antara sifat wanita yang boleh dijadikan isteri iaitu wanita Muslimah yang sejati. Wanita yang sentiasa patuh menjaga kehormatan dirinya dan menjunjung tinggi amanah Allah SWT. Serta taat menjalankan Sunnah Nabi SAW.


Bismillahi rahmani rahim.
Assalamualaikum sahabat2 ku sekalian. Saya memohon ribuan maaf kerana lama tak menyampaikan pesanan buat muslimin dan muslimat. Ujian hidup seperti kesibukan dan tekanan tempat kerja kadang2 menghalang niat baik kita untuk berdakwah. Namun ia bukan alasan untuk tinggalkan warisan Nabi SAW iaitu berpesan2 kepada kebenaran dan berpesan2 dengan kesabaran...

Entri kali ini tentang Baitul Muslim atau Keluarga Muslim. Apakah Baitul Muslim itu? Ikut fahaman saya (bukan jawapan yang standard), ia adalah keluarga yang diasaskan dengan ajaran Islam. Berpandukan Al-Quran dan As-Sunnah. Apa yang diajarkan oleh Islam itu semuanya dituruti bermula dari memilih calon secara Islam, saat bernikah dan mengadakan walimatul urus yang islamik, semasa bergelar suami isteri yang saling menyayangi kerana reda ALLAH dan sebagai ibu bapa yang mithali.

Memang sedap untuk didengar dan mudah untuk dituturkan bukan? Hakikatnya, Islam bukan hanya dibibir tetapi mestilah diterjemahkan dalam perbuatan dan sikap kita. Islam ialah pakej kehidupan yang lengkap lagi sempurna. Oleh itu, garaplah kebaikan yang ditawarkan Islam demi kebaikan diri kita sendiri.

Bermula dengan memilih calon bagi yang bakal mendirikan rumahtangga. Calon yang hendak dipilih mestilah berasaskan agamanya. Bukan yang 'hot' dijadikan tujuan utama. Kerana 'hot' itu akan 'cooldown' menjadi beruban dan berkedut. Begitu juga jika kahwin kerana harta. Satu hari harta pasangan kita akan lenyap dek kerakusan sifat manusia.

Nikahilah pasangan kerana agamanya. Kerana ketaatannya kepada ALLAH dan Rasul. Tidak tinggal yang wajib dan rajin melaksanakan yang sunat. Meninggalkan segala kemaksiatan. Sangat menjaga kehormatan diri dengan menjaga tutur kata. Tidak bergaul bebas dengan orang yang bukan mahram. Dan seterusnya. Inilah diantara ciri-ciri yang wajib diperhatikan oleh mana2 lelaki mahupun wanita yang mahu mendirikan rumahtangga. Selebihnya sahabat2 sekalian boleh rujuk kepada ustaz ustazah dan kitab2 yang muktabar. Contoh kitab ialah Tarbiyatul Aulad oleh Prof Abdullah Nasih Ulwan. Sekian saja 'part' pertama dalam Baitul Muslim. Sehingga bertemu lagi dilain siaran insyaALlah.


Wallahu A'lam.

Sabtu, Jun 4

KELAS FARDHU AIN SIRI 23

Syarah Al-Sirah.
Budak2 atau remaja2 zaman Nabi SAW dan zaman para sahabat berusia 5 tahun ke 20an sibuk dengan menuntut ilmu2 agama (AL-QURAN) dan hadis2 Nabi SAW. Budak2 dan remaja2 zaman ini menuntut ilmu juga tapi ilmu2 buat maksiat, ilmu2 buat zalim dan ilmu2 bercinta secara haram (bercouple).

Keadaan yang amat memilukan jika Nabi Muhammad SAW hadir di kalangan kita. Cuba kalian bayangkan.

Wallahu A'lam.

Selasa, Mei 17

KELAS FARDHU AIN SIRI 22

Kitab Ad-Din.
Islam telah lengkap dan telah ditetapkan batas-batas sempadan Halal, Haram, Dosa dan Pahala. Datang orang2 Yahudi, diroboh dan dirosakkannya segala batas2 sempadan tersebut. Maka orang2 Islam pun melanggarlah segala batas sempadan yang telah dirosakkan. maka ramailah pula orang Islam yang mengikut jejak orang2 Yahudi.
Coretan hatiku:

Yahudi 'menghidangkan' hiburan2 yang merosakkan akidah dan akhlak orang Islam seperti lagu-lagu dan movie-movie yang berteraskan syirik dan maksiat. 

Yahudi menghasilkan makanan2 yang tidak berkhasiat dan diragui kehalalannya (tidak halalan toyyiba) untuk orang Islam sedangkan mereka sendiri mengamalkan pemakanan yang baik menurut agama. 

Yahudi memegang ekonomi dunia dan mengamalkan riba untuk urusniaga orang2 Islam. Lalu rosaklah sumber pendapatan orang Islam.

Yahudi memperkenalkan undang2 manusia agar diletakkan di atas undang2 Islam. Al-Quran dan Hadis Nabi SAW diketepikan oleh penganutnya sendiri.

Segala serangan ini ditujukan kepada kita, umat Islam. Oleh itu sampai bila kita mahu terus leka dengan keseronokan2 duniawi sambil memejamkan mata akan kebatilan yang sedang melanda? Sanggupkah kita membiarkan musuh2 ALLAH terus merobek kemuliaan dan kesucian agama Islam?


Wallahu A'lam.

Rabu, April 6

KELAS FARDHU AIN SIRI 21

Syarah Kitab Iblis dan Peranannya.
Antara ilmu yang wajib dituntut ialah Strategi Syaitan memperdayakan umat Islam. Sampai bila kita hendak mengabaikan ilmu2 tersebut, dan sampai bila kita hendak biarkan hidup kita sentiasa diperdayakan oleh Syaitan yang telah dilaknat ALLAH?

Wallahu A'lam.

Khamis, Mac 24

KELAS FARDHU AIN SIRI 20

Kitab Al-Ilmu.(Dari Muadz bin Jabal r.a.)

Mempelajari ilmu bukti takut kepada Allah.
Mencarinya adalah Ibadah.
Mengulanginya adalah Tasbih.
Membahasnya adalah Jihad.
Mengajarkannya adalah Sedekah.
Melayani orang yang berilmu adalah Taqorrub


Wallahu A'lam.

Khamis, Mac 10

KELAS FARDHU AIN SIRI 19

 
Kitab Tauhid
Rasulullah SAW dan para sahabat bermula dengan ilmu mengenal dan mentauhidkan Allah. Dan memperjuangkan Akidah dan Syariat Islam. Orang-orang Islam zaman ini, dimulai dengan ilmu-ilmu akademik dan mengenal wanita bagi lelaki dan mengenal lelaki bagi wanita. Dan memperjuangkan maksiat!

Bismillahi Rahmani Rahim.

Assalamualaikum wa rahmatullahi wa barakatuh kepada pengunjung Cebisan Nur Hikmah. Pertama sekali izinkan saya memohon maaf atas kelewatan saya mengutarakan entri baru untuk blog ini. Ini kerana kesibukan tugas yang mengekang masa saya untuk menulis.

Namun dengan izin Allah Taala jua, saya masih dapat meneruskan usaha ini sebagai amal soleh di kehidupan selepas mati kelak : Alam Barzakh dan Alam Akhirat. Semoga kita dapat bersama-sama melaksanakan tanggungjawab dakwah yakni menyampaikan ISLAM selagi nyawa dikandung badan.

Bila Malakul Maut sudah tiba, tiada lagi penundaan waktu untuk kita beramal soleh. Dan setiap tindakan kita akan dipertanggungjawabkan dengan Mizan Allah yang Maha Adil. Buat baik dibalas baik. Buat buruk dibalas buruk. Demikianlah pentingnya nilai umur yang diberikan oleh Allah. Walaupun sangat singkat tapi mendatangkan impak yang sangat berguna dan kekal manfaatnya untuk kita apabila berada di alam yang kekal selama-lamanya nanti.

Berbalik kepada hikmah dalam kelas fardhu ain ini, apa yang boleh saya ulas ialah tentang isu keutamaan. Manusia zaman sekarang sudah lupa mana yang utama. Adakah kehidupan di dunia atau kehidupan di akhirat? Jika ditanya kepada sesiapa yang faham bahasa Melayu, sudah tentu mereka menjawab kehidupan di akhirat lebih utama. Kerana ia kekal selama-lamanya. Namun, jika dilihat dan diperamati sikap dan budaya masyarakat Islam kita sekarang, jelas bahawa ia bertentangan dengan jawapan yang diberi pada mula-mulanya tadi. Mengapa?

Islam adalah suatu bentuk pengabdian diri yang meliputi seluruh aspek kehidupan, yang penuh dengan rasa cinta, rindu, takut dan harap kepada Rabbul Alamin. Kepada Allah Yang Maha Esa (Tunggal). Selagi Islam sebatas ucapan di bibir dan tidak membawa bekas di hati (raja kepada tubuh badan), maka masyarakat kita masih belum beriman dengan Islam yang dibawa oleh junjungan kita Nabi Muhammad SAW.

Oleh itu, saudara2ku, dalamilah ilmu Agama. Bergurulah dengan orang2 yang soleh yang mencintai Allah dan Allah mencintai mereka. Mudah2an sinar hidayah Allah menerangi kehidupan kita dan terselamat daripada kesesatan dan kemungkaran orang2 kafir, musyrikin, dan munafikin.

Wallahu A'lam.

Ahad, Februari 6

KELAS FARDHU AIN SIRI 18

Kitab Kasyfu Al-Asrar.
Ilmu yang memberi manfaat adalah warisan Nabi s.a.w. Manakala harta yang tidak dimanfaatkan adalah warisan Qarun.
Ilmu jangan disimpan tetapi hendaklah disebarkan. Baru berterusan warisan Nabi SAW. Kerana Baginda SAW telah mengingatkan kita bahwa sekiranya mahu mencapai kejayaan di dunia, mestilah dengan ilmu. Begitu juga kejayaan di akhirat. Dan untuk berjaya di dunia dan di akhirat, mesti memiliki ilmu.

Harta yang sentiasa disimpan bakal menjadi barah yang membunuh tuannya. Sifat tamak berkumpul dalam jiwa menyebabkan diri semakin rakus dengan habuan dunia. Akhirnya yang benar menjadi batil dan yang batil menjadi benar. Indikasi kebenaran sudah menjadi songsang. Oleh itu, harta pada ketika itu menjadi suatu yang tiada manfaatnya bahkan amat merugikan tuannya.

Wallahu A'lam.

Selasa, Januari 4

KELAS FARDHU AIN SIRI 17

Kitab Al-Iqna.
"Orang yang zahirnya dia hidup sedangkan hati dan jiwanya sudah mati adalah orang yang sedar dirinya jahil tetapi dia tidak berusaha untuk mengaji dan mendalami ilmu Agama."

Kalau lalat hinggap di makanan cepat-cepat kita menghalaunya. Kerana bimbang makanan itu akan terus dicemari kuman daripada lalat tersebut. Begitu cermat dan perihatinnya kita tentang kebersihan makanan. Tapi dari sudut kebersihan hati dan jiwa, ramai tidak berusaha dengan serius untuk menjaganya.

Nak bersih jiwa, sinarilah dengan cahaya Al-Quran. Tuntutlah ilmu agar Islam bukan sekadar diwarisi tetapi dihayati dan diamalkan.

Wallahu A'lam.

Sabtu, Januari 1

KELAS FARDHU AIN SIRI 16

Apa itu Rabbani? Ia terbahagi kepada 3 iaitu:
1.Berilmu
2.Mengajar ilmu
3.Mengamal akan ilmu
Tidak mendahului* Allah dan RasulNya.
[Tafsir Al-Quran]
*Mendahului- Seorang anak dikatakan mendahului bapanya apabila dia berani melawan kata-kata bapanya.


Wallahu A'lam.

Isnin, Disember 27

KELAS FARDHU AIN SIRI 15

Allah s.w.t. tidak pandang pada orang yang sedang solat sedangkan matanya melilau ke sana-sini. [Fiqh Islam]

Solat yang khusyuk adalah solat yang memberi tumpuan kepada Pencipta-Nya. One-on-One. Oleh itu seluruh anggota badan memberi tumpuan kepada ALLAH Yang Maha Ghaib. Maka dengan sendirinya mata tidak melilau ke sana sini bahkan semua anggota tubuh tenang pada tempatnya.

Wallahu A'lam.

Jumaat, Disember 24

KELAS FARDHU AIN SIRI 14

Antara sebab orang-orang Islam zaman ini tidak mahu menuntut ilmu-ilmu agama atas alasan, "lebih baik tak tahu daripada tahu". Orang seperti ini di dunia lagi Allah tidak pandang padanya. Di Akhirat tidak akan dapat rahmat dari Allah s.w.t. [Fardhu Ain]

Jika dengan sengaja meletakkan diri di dalam kejahilan, di mana pula kebaikannya?

Wallahu A'lam.

Rabu, Disember 22

KELAS FARDHU AIN SIRI 13

Bila kita tidak suka pada seseorang itu, kita akan mengadakan berbagai alasan dengan tujuan tidak mahu berjumpa dengannya. Begitu juga bila kita suka dengan seseorang itu kita mengeluarkan kata-kata manis bila berjumpa dengannya. Dengan perbuatan kita itu menjadikan kita bersifat MUNAFIQ. [Iman dan Kufur]


Wallahu A'lam.

KELAS FARDHU AIN SIRI 12

"Kunci segala dosa adalah kejahilan yang berterusan dan kunci menerima syaitan sebagai teman adalah bila hawa nafsu dijadikan Tuhan" [Syurga dan Neraka]


Wallahu A'lam.

KELAS FARDHU AIN SIRI 11

Orang-orang Islam zaman ini lebih sanggup menunaikan hajat seseorang ke arah dosa dan maksiat. Hajat seseorang yang ke arah kebaikan dan mendatangkan pahala ditolak dengan terang. [Zalim]
Contohnya ajakan untuk ke night club terus dipenuhi. Ajakan ke masjid ditolak sambil berkata "kau pergi dulu". Contoh lain, seorang lelaki yang mengacau anak dara orang mendapat sokongan dan pertolongan rakan-rakannya. Seorang lelaki yang berusaha berdakwah dan menghubungkan silaturahim sesama saudara semuslim mendapat tentangan ramai (ini kisah benar).


Wallahu A'lam.

KELAS FARDHU AIN SIRI 10

ILMU dibina atas tiga tahap iaitu Riwayat, Dirayat dan Ria'yat. IBADAH terlaksana dengan tiga perkara iaitu kesahihan Akidah, keikhlasan Ibadah dan kemuliaan Akhlak. [Al-Hikam]

Riwayat = usaha mencari dan menambahkan ilmu.
Dirayat = usaha pemahaman ilmu.
Manakala Ria'yat = usaha melaksanakan tuntutan ilmu.


Wallahu A'lam.

KELAS FARDHU AIN SIRI 9

Zaman ini orang yang beragama Islam dan mengaku beriman, tetapi sanggup menentang hukum-hukum Allah untuk menjaga hati kawan. Walaupun dia tahu perkara itu haram. Kerana kawan(manusia), tolak hukum Allah. Maka jadilah ia seorang yang fasik atau kafir atau zalim. [Iman dan Kufur]

Kita lebih menjaga hati kawan dan manusia yang tak taat dengan Allah dan RasulNya daripada menjaga hukum-hukum Allah dan sunnah-sunnah Nabi s.a.w.. Dek kerana kawan dan manusia yang tak taat dengan Allah, kita sanggup batal Syahadah dan menentang perintah-perintah Allah dan RasulNya.


Wallahu A'lam.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...