Memaparkan catatan dengan label majlis ilmu. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label majlis ilmu. Papar semua catatan

Sabtu, November 3

Tazkirah Asar

Mari Berilmu dan Beramal.
Assalamualaikum sahabat2 handaiku sekalian. Semoga dirahmati dan diredai ALLAH hendaknya.

ALLAH menjadikan kita tidak lain hanyalah untuk mengadikan diri kepada-NYA sebagaimana di dalam surat Az-Zariat ayat 56: وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالْإِنْسَ إِلَّا لِيَعْبُدُونِ
Yang bermaksud: 
Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka mengabdi kepada-Ku.

Menuntut ilmu agama merupakan jalan menuju pengabdian kepada ALLAH subhanahu wa taala. Hal ini telah ditegaskan dalam hadis Nabi SAW yang bermaksud:

“Barangsiapa yang berjalan menuntut ilmu, maka Allah mudahkan jalannya menuju Surga. Sesungguhnya Malaikat akan meletakkan sayapnya untuk orang yang menuntut ilmu karena redha dengan apa yang mereka lakukan. Dan sesungguhnya seorang yang mengajarkan kebaikan akan dimohonkan ampun oleh makhluk yang ada di langit mahupun di bumi hingga ikan yang berada di air. Sesungguhnya keutamaan orang ‘alim atas ahli ibadah seperti keutamaan bulan atas seluruh bintang. Sesungguhnya para ulama itu pewaris para Nabi. Dan sesungguhnya para Nabi tidak mewariskan dinar tidak juga dirham, yang mereka wariskan hanyalah ilmu. Dan barangsiapa yang mengambil ilmu itu, maka sungguh, ia telah mendapatkan bagian yang paling banyak.”

Ilmu yang terbaik ialah ilmu agama. Oleh itu perbaikilah agama kita dengan menuntut ilmu-ilmu berkaitannya seperti ilmu Akidah, Ibadah, Akhlak, Sirah dan seterusnya. Tanpa ilmu, amal kita tidak diterima. Tanpa disusuli amal pula, ilmu yang ada tiada faedahnya. Ilmu-Amal sentiasa berkait rapat bagi menjana Iman yang sejahtera...

Jauhilah diri daripada maksiat kerana maksiat itu mengundang murka-Nya. Murka-Nya jua yang akan mencampakkan diri manusia ke dalam api Neraka. Jauhilah maksiat. Jauhilah ajakan iblis. Jauhilah ajakan rakan2 yang songsang akidah dan fikrahnya. Jauhilah ajakan nafsu. Penuhilah masa dengan belajar dan beramal. Bergaul dengan orang2 soleh. Menjalin dan mengeratkan silaturahim sesama kaum keluarga dan sahabat-handai. Mudah2an masa kita dipenuhi dengan ketaatan kepada ALLAH subhanahu wa taala. InsyaAllah. Selamat menuntut ilmu dan beramal.

Wallahu A'lam.

Sabtu, Oktober 20

CARI ILMU CARI SURGA.BUAT DOSA CARI NERAKA

Kitab Maqasid Ilmu.
Sesiapa yang menuntut ilmu (agama), bererti dia mencari Syurga dan barangsiapa yang membuat dosa (maksiat), bererti dia mencari Neraka.
(Saidina Ali RA)

Assalamualaikum sahabat2 Cebisan. Maafkan saya sebab dah lama tak post entri. Kesibukan tugas menjadi kekangan saya untuk mengemaskini blog. Namun cahaya Allah jua yang menggerakkan insan2-Nya untuk menyebarkan agama Allah ke seluruh pelusuk bumi ini. InsyaAllah.

Ilmu merupakan cahaya yang sangat penting untuk menyuluh hidup manusia. Lebih-lebih lagi ilmu yang membicarakan tentang Allah, Tuhan kita dan Pencipta seluruh alam ini. Dari Ilmu, datangnya Iman. Iman itulah belief kita kepada Allah, Hari Akhirat, Kitab2-Nya yang suci, pahala dosa, para malaikat yang sentiasa taat lagi amanah, Titian As-Sirat, dan seterusnya. Dari Iman pula, sewajarnya membuahkan Amal. Amal2 soleh atau perintah Allah kepada kita. Iman dan Amal ini lah yang menjadi tiket bagi manusia untuk ke Syurga-Nya nan indah tak terperi...

Akhir kalam, marilah kita sama-sama merajin-rajinkan diri untuk menambah ilmu terutamanya ilmu Agama. Tak susahpun untuk tambah ilmu ini. Banyak ceramah2 atau kuliah2 agama dalam internet untuk kita sama2 terokai. Tapi lebih afdhal jika kita berkorban sedikit masa untuk menghadiri majlis2 ilmu yang diadakan oleh para Ustaz dan Ustazah. Mudah2an pengorbanan kita mendapat keredaan Allah Taala di dunia dan di akhirat. Sekian selamat menuntut ilmu dan beramal. ;)

Wallahu A'lam.

Jumaat, Jun 10

MAJLIS ILMU SIRI 8

Syarah Motivasi Ilmu. 
Jika kamu berubah kerana Allah maka pasti kamu berubah. Jika kamu berubah kerana manusia memang kamu tidak akan berubah.

Sebagaimana sabda Rasulullah SAW yang bermaksud,
“Sesungguhnya setiap amalan harus disertai dengan niat. Setiap orang hanya akan mendapatkan balasan tergantung pada niatnya. Barangsiapa yang hijrah karena cinta kepada Allah dan Rasul-Nya maka hijrahnya akan sampai kepada Allah dan Rasul-Nya. Barangsiapa yang hijrahnya karena menginginkan perkara dunia atau karena wanita yang ingin dinikahinya, maka hijrahnya (hanya) mendapatkan apa yang dia inginkan.” (HR. Bukhari [Kitab Bad'i al-Wahyi, hadits no. 1, Kitab al-Aiman wa an-Nudzur, hadits no. 6689] dan Muslim [Kitab al-Imarah, hadits no. 1907]).
Berubahlah kerana Allah, Tuhan Asy-Syaakur (Yang Maha Mensyukuri atau PASTI MEMBERI BALASAN atas segala ketaatan hamba-Nya). 


Berubah kerana manusia yang lemah dan sentiasa berhajatkan pertolongan, anda akan kecewa.


Wallahu A'lam.

Rabu, Jun 8

MAJLIS ILMU SIRI 7

Syarah Kitab Al-Muin Al-Mubin.
Manusia atau umat Islam terlalu takut jika sesuatu penyakit akan datang dalam hidupnya. Tetapi mereka tidak merasa takut bila sesuatu dosa datang dalam hidupnya.
Penyakit tubuh badan yang bersifat sementarakah yang lebih ditakuti dan dibimbangi atau akibat DOSA yang berpanjangan pada Hari Akhirat kelak? Sesungguhnya dosa itulah yang paling wajar diberi perhatian. Marilah sama2 kita memperbanyakkan istighfar dan taubat serta mempertingkatkan kualiti amalan kita. InsyaAllah.


Wallahu A'lam.

Rabu, April 6

MAJLIS ILMU SIRI 6

Syarah Kitab Motivasi Ilmu.
Apabila Syariat Islam atau hukum Syarak ditukarkan kepada Hawa Nafsu, segala dosa dan maksiat bertukar menjadi indah. Haram menjadi halal dan amalan jahat menjadi baik. Amalan Neraka dikatakan Syurga.

Jagalah amalmu agar tidak menjadi sia-sia. 
Jangan tertipu dengan bisikan hawa nafsu yang selalu menggoda.
Kelak kau menyesal selamanya...


Wallahu A'lam.

Jumaat, Februari 25

MAJLIS ILMU SIRI 5

Rujukan Al-Quran dan Hadis2 Nabi s.a.w.
Terlalu ramai manusia di zaman ini membicarakan tentang Iman dan Sunnah. Tetapi di sudut Ilmu dan Akhlak ramai yang gagal membicarakannya. Benarkah beriman? Jika masih berpuak-puak, takabur, tidak mahu menerima nasihat orang lain, ada yang berani menghina Ulama, mudah bermusuh atau putus silaturahim. Adakah perbuatan seperti ini tanda beriman dan diajar oleh Nabi s.a.w. atau Sunnah?
Bukannya mudah untuk mendabik dada bahawa kita sudah beramal dengan Sunnah. Periksa balik. Adakah setiap perbuatan, perkataan, dan tingkah laku kita menurut ajaran Islam sebagaimana yang telah disampaikan oleh Nabi SAW?

Untuk mengamalkan Sunnah melibatkan pengorbanan yang tinggi disamping perjuangan yang getir. Para musuh Allah iaitu Nasrani dan Yahudi tidak akan reda dengan umat Muhammad SAW selagi mereka tidak berhenti berdakwah atau keluar dari agama mereka. Oleh itu, bagi pencinta Nabi SAW, teruskan membawa obor2 dakwah walaupun terpaksa menghadapi beribu tentangan, tak kira dihina, dicerca, dimaki, dan disakiti.

Biarlah setiap penderitaan dan kepayahan yang dihadapi itu sebagai mahar demi reda Allah SWT, Pemilik Seluruh Cakerawala ini. Bawalah obor dakwah Nabi SAW sebagaimana yang telah diajar oleh baginda sendiri. Yang dirapikan dengan kesempurnaan Akhlak dan Ilmu yang tinggi. InsyaAllah usaha dakwah memperoleh keberkatan disisi Allah Taala.


Wallahu A'lam.

Khamis, Disember 16

MAJLIS ILMU SIRI 4

Janganlah terlalu ego dan berbangga dengan kuasa, pangkat, harta dan wang. Jika tidak diinfakkan ke jalan Allah. Nanti celaka yang akan diterima. [Khazanah Ulama']
Bismillahirahmanirahim.

Kuasa, pangkat, harta dan wang merupakan kurniaan Allah. Kenangkan kembali ketika seorang insan baru lahir di dunia. Betapa daifnya kedudukannya pada masa itu. Dengan tanpa seurat benang (harta) di badan, dia menangis-nangis memohon belai kasih-sayang daripada ibu kita (helpless without power).

Kemudian, ibu bapanya mengasuh dan mendidik sehingga menjadi 'orang yang berjaya'. Memiliki wang dan kedudukan yang tinggi. Tergerak niat di hati untuk mengejar habuan dunia hingga kelabu mata untuk membezakan yang mana halal dan yang mana haram.

Segala hukum agama ditolak ketepi. Soal infak apatah lagi. Walhal dia lupa bahawa segala kurniaan yang dia nikmati selama ini hanyalah PINJAMAN daripada ALLAH yang Maha Pemurah. Yang menuntut hak seorang hamba yang bersyukur. Melalui ketaatan berupa Takwa dan Amal Soleh.


Wallahu A'lam.

Sabtu, November 13

MAJLIS ILMU SIRI 3

Orang-orang Islam hari ini lebih menyibukkan diri dengan keseronokan dan kemewahan dunia saja. Untuk hari Akhirat diabaikan.
[Al-Ilmi]
Bismillahirrahmaanrrahiim.

Seluruh kepujian untuk Allah yang Maha Bijaksana, Maha Mulia. Yang telah mengutus Rasulullah s.a.w. kepada kita untuk menyampaikan Wahyu-Nya. Yang terkandung di dalamnya aturan-aturan hidup yang sempurna yakni Islam. Selawat dan salawat buat Nabi Muhammad s.a.w., ahli keluarganya, para sahabatnya serta mereka yang mengikuti Nabi s.a.w. dengan sangat tekun dan jujur.

Rabu, Jun 2

MAJLIS ILMU SIRI 2

Ilmu adalah nur cahaya yang dipancarkan ke dalam hati. Maksiat dalam diri pula dapat memadamkan cahaya ilmu.

[Bahaya Maksiat]

Ilmu pelita hidup. Begitulah saban hari kita mendengarnya ketika belajar di sekolah dahulu. Memang ada benarnya. Mana tidaknya, dengan ilmu manusia dapat menyuluh penghidupannya ke jalan yang benar dan lurus. Dari ilmu datangnya iman. Sebagaimana Allah Taala memperkenalkan Al-Quran kepada Rasulullah s.a.w. dengan turunnya ayat-Nya yang menyuruh manusia "IQRA!" yakni bacalah.

Isnin, Mei 24

MAJLIS ILMU

Orang-orang Yahudi begitu kukuh silaturrahimnya. Bersatu-padu dalam setiap urusan. Akan dibela jika ada keturunan lain mengganggunya. Tetapi, umat Islam bercerai-berai dan bermusuh sesama sendiri. Zaman ini, begitu ramai orang Islam lebih teruk dari Yahudi.
[SIFAT MUNAFIQ]

Suatu tempelak buat kaum muslimin yang hanya beragama atas dasar nama dan keturunannya semata-mata. Yang tiada usaha mendalami dan menghayati agama yang sedang mereka anuti. 

Sebaliknya, golongan ini (ana nampak golongan yang majoriti di Malaysia) lebih cenderung melihat agama sebagai adat semata-mata. Dan memilih agama/cara hidup Yahudi dan Nasrani. 

Ditambah pula budaya nafsi-nafsi atau mengutamakan kepentingan diri sendiri. Memikirkan profesyen, pangkat, dan mengaut harta. Permusuhan pun berlaku demi memonopoli segala itu. Tiada muhibah. Tiada kesepakatan. 

Umat Islam menjadi lemah dan lebih teruk dari musuh2 Islam (tidak merujuk hal Akidah sebab Islam itu tetap benar, umatnya yang belum mencapai kebenaran). Wallahu A'lam.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...