Isnin, Julai 26

KULIAH TASAUF SIRI 11

Orang yang hendak menuju ke jalan Allah pastikan jangan banyak cakap, jauhi berkawan dengan ahli2 dunia dan makan tidak terlalu kenyang.

[Minhajul Abidin]

Nak bercakap boleh. Namun pastikan kata-kata kita itu ke arah kebaikan. Bukan ke arah caci-maki, memburuk2kan orang lain dengan niat bergurau,  kata-kata terselit penipuan dan tak jujur, kata-kata ke arah kemaksiatan kepada Allah subhanahu wataala.

Nak berkawan boleh. Sungguhpun begitu kenalpasti siapa kawan kita. Adakah kawan kita mengajak kepada Syurga (dengan menganjur amal-amal soleh) atau kawan kita mengajak kepada Neraka (dengan menganjur perbuatan dosa, fasik, zalim dan syirik).

Nak makan boleh. Silakan. Tapi jangan berlebih-lebihan. Nasi penuh sampai kucing pun tak lepas nak lompat. Lauk-pauk berbagai-bagai naik juling mata melihat. Alhasil, makanan tak habis dibuangnya begitu saja. Jika makan sampai habis pun, perut kembang macam ibu mengandung. Kesannya, malas menerpa. Ibadah entah ke mana. Yang tahu tidur merata-rata...

Begitulah tips-tips yang diberikan oleh Hujatul Islam, Imam Ghazali Rahimahullah supaya kita dapat amalkan dalam kehidupan seharian. Terpulang kepada kita nak ikut ke tak nak?

Wallahu A'lam.

KULIAH MAZHAB

Ikutilah cara hidup Imam Syafie, Imam Malik, Imam Abu Hanifa dan Imam Ahmad bin Hanbal. Walaupun mereka berlainan pendapat tetapi tidak pernah bermusuh. Mereka tetap bersatu didalam silaturrahim. 
[Fiqh Sunnah]

Beginilah SIKAP yang patut kita contohi. Bukan mengamalkan sikap buruk bertegang leher, menegakkan ego masing-masing, dan tidak mahu menerima langsung pendapat orang lain kerana sangat taksubnya kepada mazhab sendiri.

Wallahu A'lam.

SIFAT MUNAFIK 2

Bibir mengaku beriman tetapi hati menidakkannya. Buktinya bila dosa dan maksiat lebih banyak dilakukan daripada amalan-amalan soleh.
[Al-Ibadah]

Wallahu A'lam.

Isnin, Julai 19

ILMU, IMAN DAN AMAL

Sifat-sifat orang yang ikhlas dan beriman, suka mengucapkan terima kasih kepada sesiapa yang memberi bantuan atau menolongnya sama ada disudut harta, nasihat atau tenaga. Itulah sifat hamba Allah yang bersyukur kepadaNya.

[Al-Iman]

Wallahu A'lam.

HAK DAN BATIL

Orang-orang munafik dan zalim sikapnya menghalang dan meruntuhkan kebenaran yang akhirnya membawa kepada batalnya Syahadah.
[Bahrul Mazi]

Begitu bahayanya bila bersikap munafik dan zalim.

Ia akibatkan manusia berat untuk menerima hidayah.

Dan paling berat apabila dia terkeluar dari agama kerana kezalimannya menolak hak Allah dan menindas hak manusia. Juga menjadi murtad kerana kemunafikannya.

Wallahu A'lam.

SIFAT MUNAFIK

Al-Quran dibaca tetapi hukum-hukumnya ditolak. Mengaku umat Nabi s.a.w. tetapi tidak ikut cara akhlak dan kehidupannya.
Manis dibibir...
Pahit ditelan...
Begitulah tahap pegangan orang munafik. Nauzubillah.

Wallahu A'lam.

Rabu, Julai 14

DOA PELINDUNG

Untuk melemparkan syaitan dari hati dengan 'Laa Haula Wa Laa Quwwata illa Billah' dan banyakkan mengingati Allah.
[Ad-Doa]
 Mahu 'terajang' setan? Amalkan doa berikut dan ingat ALLAH sokmo!

Wallahu A'lam.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...