Sabtu, November 20

BERSAHABAT DALAM ISLAM

Tanyalah diri sendiri, adakah kita berkawan atas dasar al-Quran dan Sunnah atau atas ajaran-ajaran Yahudi dan Nasrani?
[Ihya Ulumuddin]

Assalamualaikum tetamu yang dikasihi Allah. Semoga anda semua sihat rohani dan jasmani pada hari ini. InsyaAllah tinta elektronik hari ini akan berbicara tentang bab berkawan.

Cuba kita periksa diri kita, atas dasar apakah kita berkawan? Sama ada menurut...
  • Al-Quran dan Sunnah Nabi 
  • Ajaran Yahudi dan Nasrani?
Bila dah jelas dasar mana kita memihak, seterusnya mari kita periksa kembali apakah dasar-dasar yang disediakan oleh Al-Quran dan Sunnah tentang bab berkawan?

Jumaat, November 19

KULIAH HADIS SIRI 2

Sabda Rasulullah s.a.w, "Barangsiapa yang bertambah ilmu tetapi tidak bertambah takwanya, sesungguhnya tidaklah bertambah ia daripada Allah melainkan semakin jauh dari-Nya."
Begitulah 'sifir'nya. Apabila bertambah ilmu, (seharusnya) bertambahlah takwa kita kepada Allah. Terasa makin dekat diri dengan Allah, Tuhan Pencipta Langit dan Bumi ini. MasyaAllah. Justeru, ego diri semakin mengecil di hadapan kebesaran Tuhan Yang Maha Agung dan merasa bertambah takut daripada membuat maksiat terhadap-Nya. Sebaliknya, apabila bertambah ilmu tapi tidak bertambah takwa, maka bertambah kufurlah insan malang itu.

Khamis, November 18

KULIAH TASAUF SIRI 17

Bila hati direlakan dikuasai oleh Iblis, maka apa-apa yang datang dari Al-Quran dan Sunnah diabaikan dan dipertikaikan.
[Huraian Al-Hikam]



Hati ini boleh diumpamakan sebagai antena yang berupaya menangkap gelombang radio. Sama ada siaran langsung atau ulangan. Mengapa saya kata sedemikian?

Rabu, November 17

KELAS FARDHU AIN SIRI 5

Jika mengorbankan masa dan tenaga untuk DUNIA, pada zahirnya memang menguntungkan tapi hakikatnya adalah rugi dalam pandangan Islam.
[Al-Ibadah]

Bismillah Ar-Rahman Ar-Rahim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh wahai sahabat-sahabatku yang dikasihi Allah.

Setiap insan yang dilahirkan di bumi ini pasti memiliki hala tuju dalam hidup. Sama ada hala tuju itu akan menghantarkan dia ke jalan kebahagiaan. Atau akan menghantarkan dia ke jalan kebinasaan. Tiada pilihan ketiga. Oleh itu, perkara paling mustahak untuk difikirkan ialah apakah hala tuju hidupnya?

Selasa, November 16

SALAM AIDIL ADHA 1431H


“Tidak ada amalan yang dilakukan oleh anak Adam pada Hari Raya Korban yang lebih disukai Allah melainkan menumpahkan darah (menyembelih binatang korban). Sesungguhnya binatang korban itu akan datang pada Hari Kiamat bersama tanduk, kuku dan bulunya dan Allah memberi pahala ibadah korban itu sebelum darah binatang korban itu jatuh ke bumi. Oleh itu, elokkanlah korban kamu.” Hadis riwayat Tirmidzi, Ibnu Majah dan Hakim
Bismilllahirahmanirahim.

Assalamualaikum warahmatullahi barakatuh buat para pengunjung Cebisan Nur Hikmah. Pada kesempatan ini saya ingin mengucapkan selamat Aidil Adha buat anda semua dan selamat berkorban demi meninggikan Syiar Islam di bumi Allah ini.

Ahad, November 14

KULIAH HADIS SIRI 3

Rasulullah s.a.w. bersabda: Siapa yang tidak berterima kasih kepada manusia, ia tidak bersyukur kepada Allah.
[H.R. Imam Tirmizi]

Bismillahirahmanirahim..

Segala pujian hanya untuk Allah, Tuhanku dan kamu. Selawat serta salam ke atas Baginda Muhammad Bin Abdullah s.a.w. Pesuruh Allah yang agung dan hamba Allah yang menjadi buah hati Tuhannya.

Mesej Baginda ringkas saja tetapi padat. Barangsiapa yang tidak menghargai kebaikan orang lain, ertinya dia tidak menghargai kebaikan Tuhannya. Mengapa?

NOTA HATI

Hati yang ada dalam diri adalah hak milik Allah yang diberikan pada anda. Maka sentiasalah bersihkan hati dengan banyak beristighfar dan isikan dengan Zikrullah. Jangan biarkan hati itu dikotori dengan dosa-dosa besar dan maksiat. Jangan biarkan hati dimasuki Syaitan. Ingatlah! Hati itulah yang akan dibawa menghadapi Allah di Akhirat nanti.
Apa-apa yang ada pada kita tak kira nyawa, kenikmatan hidup, keamanan dan keselamatan, semuanya adalah hak milik Allah. Kita hanya pinjam saja dari DIA. Oleh itu, jagalah segala hak-hak Allah ini dengan sebaiknya. Iaitu dengan mengikut ajaran Islam sepenuhnya. Bukan ambil sebahagian ajaran yang sesuai dengan nafsu kita dan buang sebahagian ajaran yang tak sesuai. Alangkah durjananya sikap begini! Siapakah diri kita dalam menentukan perkara ini baik atau perkara itu buruk? Sedangkan ilmu yang telah diketahui sepanjang sejarah manusia hanya umpama setitik air di dalam sebuah lautan jika dibandingkan dengan Allah Yang Maha Mengetahui, Maha Bijaksana.

Antara hak milik Allah yang sangat berharga adalah hati. Sayangilah hati yang Allah pinjamkan kepada kita. Kerana hati itu umpama raja kepada badan kita. Buruk hati, maka buruklah seluruh tindak-tanduk kita. Apakah kita mahu menghadap Allah Taala dengan hati yang buruk? Adakah kita selesa dengan hati yang penuhi rasa takbur dan besar diri, prasangka, hasad dengki, tamak haloba, pendendam, dan pelbagai penyakit hati yang lain? Perbaharuilah Syahadah. Segerakanlah Taubat. Dan perbanyakkan memohon Ampun kepada Allah dan banyakkan Amal Soleh sebagai penghapus dosa-dosa kita.

Wallahu A'lam.

Sabtu, November 13

MAJLIS ILMU SIRI 3

Orang-orang Islam hari ini lebih menyibukkan diri dengan keseronokan dan kemewahan dunia saja. Untuk hari Akhirat diabaikan.
[Al-Ilmi]
Bismillahirrahmaanrrahiim.

Seluruh kepujian untuk Allah yang Maha Bijaksana, Maha Mulia. Yang telah mengutus Rasulullah s.a.w. kepada kita untuk menyampaikan Wahyu-Nya. Yang terkandung di dalamnya aturan-aturan hidup yang sempurna yakni Islam. Selawat dan salawat buat Nabi Muhammad s.a.w., ahli keluarganya, para sahabatnya serta mereka yang mengikuti Nabi s.a.w. dengan sangat tekun dan jujur.

Jumaat, November 12

TAUBAT

Dosa semakin melimpah, hingga bumi tak sanggup menanggungnya dan lautan juga tak sanggup mencucinya. Maut sudah semakin dekat namun manusia masih lagi melambatkan Taubat.
[Minhajul Abidin]


Aku rasa lemah bila memikirkan hal ini. Kenapa diriku masih kekal berbuat dosa sedangkan bumi tak pun sanggup kerana demikian banyaknya. Kenapa diriku masih bermuka tebal melanggar hukum-hukum Allah sedangkan kekotoran dosa semalam pun masih tak tercuci dengan air lautan?



Aduhai... Kehinaan menyelubungi hidupku dek kebiadapanku melawan Tuhan. Malah mengangkat hawa nafsu dan Syaitan sebagai tuhan.

Aduhai... Bahkan kehinaan akan terus mencengkam jasad dan rohaniku. Selagi taubat belum dimulai!!!

Wallahu A'lam.

KULIAH FEKAH SIRI 8

Mata yang sakit akibat banyaknya menangis kerana takut kepada Allah adalah lebih baik daripada mata yang sihat tapi banyak melihat maksiat.
[Al-Ibadah]



"Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?" (Surah Ar-Rahman)

Astaghfirullahal 'adzim... Mataku telah banyak membuat maksiat terhadap-Mu. Alangkah hinanya diriku kerana sering melalaikan nikmat kesihatan mataku ini. Andainya Engkau cabut mataku sekarang atau menjadi sakit, sudah tentu terlewat bagiku untuk mensyukuri nikmat ini.

Wallahu A'lam.

KULIAH TASAUF SIRI 16

Hati yang jahil merasakan Allah itu jauh darinya. Maka amat mudahlah ia terjerumus ke dalam kemaksiatan.
[Ibnul Jauzi]


Begitulah hakikatnya. Hubungan di antara sahabat menentukan tahap kesetiaan dalam persahabatan mereka. Jika sering berhubung maka semakin mengenali dengan diri sahabatnya. Dalam kata lain, dia semakin 'berilmu' akan sahabatnya. Kenal apakah kesukaan dan kebenciannya. Malah dia akan berusaha menggembirakan sahabatnya disamping berusaha mengelak daripada menyinggung perasaannya.

Allah adalah Tuhan seluruh Alam yang fana ini. Bahkan kerana Dia, kita dihidupkan. Dan akan dimatikan serta dihidupkan kembali di Padang Mahsyar kelak. Bermula dengan menyedari hakikat ini, telah cukup bagi kita untuk mengenal Allah sebagai Tuhan Yang Maha Pencipta. Maha Tinggi Lagi Maha Berkuasa. Oleh itu, tanamkanlah kesedaran ini ke dalam lubuk hati kita yang paling dalam. Agar kita tidak diselubungi kejahilan yang merugikan. Kejahilan yang menarik diri kita kepada dosa dan maksiat.

Wallahu A'lam.

Rabu, November 10

KULIAH HADIS

Rasulullah s.a.w. bersabda: Barangsiapa yang kebaikannya menjadikannya senang dan keburukannya menjadikannya sedih, maka dia adalah orang mukmin.
[H.R. Al-Hakim]

Bismilllahirahmanirahim.

Alhamdulillah, syukur kepada Tuhan yang sentiasa menyayangi hamba-hambaNya lagi melimpah-ruah rahmat/belas kasihan-Nya. Allah telah menciptakan kita dari tiada kepada ada. Tidak cukup dengan itu, Dia membekalkan kita dengan sumber-sumber untuk terus hidup seperti bekalan udara, air, makanan, pakaian dan sebagainya.

Isnin, November 8

KULIAH TASAUF SIRI 15

Jika diri dibiarkan terus-menerus dalam kejahilan. Maka selama itulah juga amalan-amalan soleh tidak diterima oleh Allah.
[Al-Ilmi] 

Buat amal tanpa ilmu. Bagaimana nak sampai kepada tujuannya iaitu Allah? Bagai Sang Goofy memancing ikan tanpa ilmu, tak sampai-sampai tali pancingnya ke dalam kolam. Dipancing bukannya ikan, tapi punggungnya sendiri.

Alangkah hinanya hidup orang yang jahil. Disangka baik perbuatannya walaupun buruk. Malah membinasakan diri. Sanggupkah anda termasuk dalam golongan yang jahil??

Wallahu A'lam.

KELAS FARDHU AIN SIRI 4

Jangan biarkan terus Hati ibarat daun keladi. Nanti akibatnya jasmani akan menanggung derita dan seksa.
[Al-Hikmah]
 
Bagaimana hati boleh jadi daun keladi? Daun yang tak menerima apa-apa kesan daripada air yang menimpanya? Hal ini terjadi apabila hati sudah lama tidak 'disajikan' hidangan-hidangan rohani. Sudah jarang mendengar hal-hal berkaitan Allah. Kepemurahan-Nya, kebijaksanaan-Nya, ketelitian-Nya, kasih sayang-Nya, kesantunan-Nya dan sebagainya.

Hati jarang mendengar berkaitan peristiwa-peristiwa Hari Akhirat: kedahsyatan Padang Mahsyar, neraca timbangan amal Al-Mizan yang sungguh tepat dan menakjubkan, titian As-Sirat yang sangat-sangat halus dan tajam,  Syurga yang sangat menggembirakan hati kerana keindahan dan kenikmatannya, dan Neraka yang sangat kejam lagi penuh derita kerana seksaan-seksaannya yang berulang-ulang dan sentiasa pedih!

Hati jarang benar menyelami kisah kekasih Allah subhanawataala, Nabi Muhammad s.a.w. yang amat kasihkan kita semua, umatnya! Bagaimana pengorbanannya demi menyampaikan risalah dakwah Islam kepada umat manusia. Betapa diri suci baginda dihenyak dengan lemparan tahi, pukulan tangan-tangan zalim dan dicederakan dengan balingan batu-batu kanak-kanak di Taif. Namun Nabi tenang dan bersabar. Malah Nabi s.a.w. mendoakan semoga suatu hari nanti darah keturunan penduduk Taif ini mendapat hidayah Islam daripada Allah. Selain itu, bagaimana keindahan akhlak Nabi s.a.w. dalam bergaul sesama keluarganya, kaum kerabatnya, para sahabatnya, orang-orang miskin, anak-anak yatim, malah sesiapa sahaja tanpa mengira darjat, pangkat dan harta.

Mungkin hati jarang diingatkan tentang dosa dan pahala. Tentang kelebihan dan kemuliaan yang diganjarkan kepada orang yang beramal dan kerugian, penyesalan, kehinaan yang bakal dirasai oleh ahli maksiat.

Saudara-saudara yang saya kasihi, berhati-hatilah supaya hati tidak berubah menjadi seperti daun keladi. Kerana ketika itu, hati pun sudah mati. Terputuslah suluhan hidayah Allah untuk mengetuk pintu hati walaupun secebis nur hikmah.

Wallahu A'lam.

Sabtu, November 6

KULIAH TAUHID SIRI 15

Seutama-utama syukur ialah membesarkan perintah-perintah suruh dan menjauhi larangan-larangan dari Allah.
[Al-Iman]

"Alangkah nikmatnya hidup! Alhamdulillah...", semulia-mulia lafaz kesyukuran kepada Ilahi. Bila dikenang-kenang kembali, betapa banyak limpah kurniaan Allah subhana wa taala kepada diri kita.



Lihatlah nikmat kejadian diri kita yang sempurna fizikalnya. DIA mengurniakan dua biji mata kepada kita yang dapat melihat. Cuma bayangkan kalau Allah tarik balik nikmat ini. Jadilah kita buta tidak dapat melihat. Tak tahu apakah itu cantik, apakah itu hodoh. Apakah itu warna. Bagaimanakah bentuk bulat atau petak bersegi-segi. Tak tahu rupanya bulan, bintang dan matahari yang Allah dah ciptakan begitu indah berseri-seri sekali.

Pernahkah kita terasa begitu nikmat bila dapat melihat ciptaan-ciptaannya yang indah-indah? Seperti pokok-pokok yang tumbuh menghijau? Atau sungai-sungai yang mengalir lembut ? Atau nikmat pemandangan pelangi yang berwarna-warni di dada langit? Atau masih mampu menatap wajah ibu bapa kita yang tercinta? Bukankah ini semua menuntut syukur dari kita?

Allah berfirman yang bermaksud:
''Dan kalau mahu menghitung nikmat Allah, nescaya tidaklah kamu menghitung (seluruhnya) dan sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang'' (surah al-Nahl:18)

Setakat memikirkan nikmat penglihatan sahaja sudah begitu berat untuk dihitung (dan tak mampu dihitung). Belum mengenangkan nikmat intelek, nikmat Islam, nikmat keafiatan, nikmat persaudaraan, nikmat keamanan, dan banyak lagi!!

Oleh itu, sangat wajar bagi kita mensyukuri segala anugerah-anugerah Allah ini. Tak cukup dengan ucapan tahmid (Alhamdulillah). Tapi cara bersyukur yang paling baik adalah dengan menjadi hambanya yang taat. Membuat apa yang disuruh agama, meninggal segala apa yang dilarang. Kerana itulah sebaik-baik cara seorang hamba bersyukur.


Wallahu A'lam.

KULIAH FEKAH SIRI 7


Hanya mendirikan solat secara khusyuk dan tawaduk saja, kehidupan seseorang itu akan selamat dari segala kesulitan2nya.
[Al-Ibadah]


Anda mengalami tekanan di tempat kerja??
Mari bersimpuh di hadapan Allah yang Maha Perkasa lagi Maha Penyayang. Luahkan apa sahaja permasalahan anda.
Terjemahkan permohonanmu kepada Allah melalui ibadah solat dengan penuh rasa khusyuk dan merendah diri.
Kerana Allah sendiri telah mengajar kaedah ini kepada semua hamba-Nya dalam firmanNya:
"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk." (al-Baqarah:45)
 “Wahai orang-orang yang beriman, jadikanlah sabar dan solat sebagai penolongmu.” (al-Baqarah :153).
Insya-Allah, belas rahmat-Nya akan mengalir meresap ke sanubari anda sebaik melaksanakan solat dengan khusyuk dan mencabut segala kegusaran yang mengganggu di fikiran. Sebaik-baik pertolongan adalah dari Allah jua.

Wallahu A'lam.

Jumaat, November 5

SIFAT MUNAFIK 3

Dalam solat "Allahu Akbar". Bila di luar solat "Nafsu Akbar", "Syaitanu Akbar","Munafiqu Akbar" dan "Yahudi Akbar".

[Huraian Al-Ibadah]

Bismillahirahmanirahim.
Setiap kali kita memulakan solat, kita akan angkat takbir, melaungkan "Allahu Akbar!". Menandakan bahwa tiada yang lebih Besar daripada ALLAH. Kita memperkecilkan...

KULIAH TAUHID SIRI 14

Batal Iman bila seseorang itu meng'ia'kan perkara-perkara yang haram dan maksiat. Juga, meredhai dengan undang-undang ciptaan manusia.
[Akidah Islam]
Bila Tuhan kata "Jangan".
Hamba wajib kata "Jangan".
Andainya dia kata "Boleh buat",
Maka tertolaklah Syahadahnya,
Kerana dia menolak perintah Tuhannya.

Oleh itu,
Berhati-hatilah dikau jika berhadapan dengan hal maksiat.
Berhati-hatilah dikau bila berhadapan dengan orang zalim.
Berhati-hatilah dikau bila disuruh mencari wanita dan arak oleh orang atasanmu.
Berhati-hatilah dikau bila menyertai majlis keramaian yang bergaul bebas lelaki dan wanita.
Berhati-hatilah dikau bila disuruh menyombongkan diri dihadapan orang bawahanmu.
Berhati-hatilah... daripada meng'ia'kan perbuatan haram tersebut. Kerana boleh jadi, imanmu akan terbatal tanpa kamu sedari. Nauzubillahi min dzalik!

Wallahu A'lam.

Khamis, November 4

KULIAH TASAUF SIRI 14

Bila diri sudah terumbang-ambing dengan arus keduniaan maka lebih banyak menyesatkan kehidupan dari memberikan rasa keinsafan.
[Jalan ke Hati] 
Terus terang saya katakan, manusia paling sempurna hidupnya adalah dia yang berkiblatkan agama Islam sebagai panduan hidup. Ini kerana Islam membawa satu set cara hidup yang terbaik untuk para penganutnya. Amatlah malang jika kita gagal memahami kelebihan agama ini dan tidak mempraktikkannya ke dalam sepanjang 'aturcara' hidup kita. Lebih-lebih lagi jika terpengaruh dengan arus keduniaan yang sia-sia dan penuh keburukan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...