“Tidak ada amalan yang dilakukan oleh anak Adam pada Hari Raya Korban yang lebih disukai Allah melainkan menumpahkan darah (menyembelih binatang korban). Sesungguhnya binatang korban itu akan datang pada Hari Kiamat bersama tanduk, kuku dan bulunya dan Allah memberi pahala ibadah korban itu sebelum darah binatang korban itu jatuh ke bumi. Oleh itu, elokkanlah korban kamu.” Hadis riwayat Tirmidzi, Ibnu Majah dan HakimBismilllahirahmanirahim.
Assalamualaikum warahmatullahi barakatuh buat para pengunjung Cebisan Nur Hikmah. Pada kesempatan ini saya ingin mengucapkan selamat Aidil Adha buat anda semua dan selamat berkorban demi meninggikan Syiar Islam di bumi Allah ini.
Menjunjung dan melaksanakan perintah Allah iaitu beribadah korban merupakan salah satu tuntutan suci agama. Kerana ia mensucikan jiwa daripada perasaan bakhil di hati dengan cara menginfakkan (sedekahkan) harta di jalan Allah. Di samping itu, umat Islam juga dituntut beramai-ramai menyaksikan penyembelihan korban sebagai peluang untuk meraih keampunan dosa daripada Allah subhanawataala.
Daripada Ali KAW dan Abu Said Al-Khudri RA, sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda kepada Fatimah RA :
”Bangkitlah pergi menuju binatang korbanmu dan saksikanlah upacara korban bagi binatang korbanmu. Sesungguhnya, dengan jatuhnya titisan darah pertama binatang korbanmu maka terampunlah dosa-dosamu yang lepas.”(Hadith riwayat Hakim & Baihaqi)
Allahu Akbar! Bukan mudah untuk kita mendapat peluang yang sebaik ini. Hanya dengan turun menyaksikan upacara korban, kita sudah mendapat keampunan daripada Allah. Maha Suci Dia lagi Maha Pengampun terhadap hamba-hambaNya. Peluang maghfirah ini sangat wajar direbut oleh orang-orang yang belum atau tidak mampu untuk berkorban. Termasuk juga golongan wanita dan kanak-kanak yang biasanya tidak terlibat secara langsung dengan upacara tersebut. Mungkin sebab itu Rasulullah s.a.w. bersabda kepada anakndanya Fatimah r.anha supaya sama-sama menyaksikan ibadah korban.
Bagi yang berkemampuan, berkorbanlah. Kerana Rasulullah s.a.w. sudah berpesan:
Daripada Husin RA berkata, Rasulullah SAW bersabda :
”sesiapa yang mempunyai kemampuan untuk berkorban dan dia tidak berkorban maka dia janganlah mendatangi tempat sembahyang kami”(Hadith riwayat At-Thabrani)
Betapa beratnya sabda Baginda tersebut, sehingga Baginda s.a.w. melarang orang sebegini daripada menunaikan solat di masjid 'kami' (umat Islam). Pada hemat saudara, apakah status orang dilarang Nabi untuk bersolat bersama orang-orang Islam? Fikir-fikirkan. Janganlah kerana terlalu cinta harta kekayaan dan kenikmatan dunia, kita tinggalkan Iman dan Islam dari dada kita. Nauzubillahi minzalik.
Akhir kata, marilah sama-sama kita berkorban dan menanam azam untuk terus berkorban sebagai tanda kesyukuran kita kepada Tuhan kita Yang Maha Penyayang, Allah Azza Wa Jalla.
Saya selitkan link berikut bagi yang berniat untuk berkorban tetapi tidak menjumpai salurannya. Ya sahabat-sahaba$ yang dikasihi Allah, ayuh lawat di sini http://qurban-aqiqah.jim.org.my/blog/archives/472.
Wallahu A'lam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan