Sabtu, November 20

BERSAHABAT DALAM ISLAM

Tanyalah diri sendiri, adakah kita berkawan atas dasar al-Quran dan Sunnah atau atas ajaran-ajaran Yahudi dan Nasrani?
[Ihya Ulumuddin]

Assalamualaikum tetamu yang dikasihi Allah. Semoga anda semua sihat rohani dan jasmani pada hari ini. InsyaAllah tinta elektronik hari ini akan berbicara tentang bab berkawan.

Cuba kita periksa diri kita, atas dasar apakah kita berkawan? Sama ada menurut...
  • Al-Quran dan Sunnah Nabi 
  • Ajaran Yahudi dan Nasrani?
Bila dah jelas dasar mana kita memihak, seterusnya mari kita periksa kembali apakah dasar-dasar yang disediakan oleh Al-Quran dan Sunnah tentang bab berkawan?



Dalam Al-Quran, Allah berfirman:
Sebenarnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu dan bertakwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat. (Al-Hujurat:10)
Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah sesuatu puak (dari kaum lelaki) mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan mencemuh dan merendah-rendahkan puak perempuan yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka dan janganlah setengah kamu menyatakan keaiban setengahnya yang lain dan janganlah pula kamu panggil-memanggil antara satu dengan yang lain dengan gelaran yang buruk. (Larangan-larangan yang tersebut menyebabkan orang yang melakukannya menjadi fasik, maka) amatlah buruknya sebutan nama fasik (kepada seseorang) sesudah dia beriman dan (ingatlah), sesiapa yang tidak bertaubat (daripada perbuatan fasiknya) maka merekalah orang-orang yang zalim. (Al-Hujurat:11)
Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertakwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani. (Al-Hujurat:12) 
Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih takwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu). (Al-Hujurat:13) 
Dan janganlah engkau memalingkan mukamu (kerana memandang rendah) kepada manusia, dan janganlah engkau berjalan di bumi dengan berlagak sombong; sesungguhnya Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang sombong takbur, lagi membanggakan diri. (Luqman:18)
Dan sederhanakanlah langkahmu semasa berjalan, juga rendahkanlah suaramu (semasa berkata-kata), sesungguhnya seburuk-buruk suara ialah suara keldai. (Luqman:19) 
Itulah sebahagian ajaran Al-Quran berkenaan bersahabat. Pelajaran yang boleh kita dapat adalah:

  1. Antara aku dan kamu, kita adalah bersaudara kerana akidah kita sama. Tak patut kita bergaduh sebab kita sama-sama nak masuk SyurgaNya dan memperoleh reda-Nya.
  2. Barangsiapa yang ada sikap suka mencela orang lain, pakat sama-sama berubahlah. Tiada gunanya bersikap begini. Malah merugikan si pencela kerana makin menjauh daripada reda Tuhannya. Orang yang suka mengata dan mengejek orang lain, orang yang suka memerli, orang yang suka buka aib orang lain, termasuk dalam kategori pencela yang dicela agama ini.
  3. Jangan ikut sangat prasangka ini. Sebab apa yang zahir tak semestinya sama dengan batin. Mungkin kita nampak keburukannya, tapi kita tak nampak kebaikannya yang dengan itu Allah reda padanya!! Namun begitu, tiada kompromi bagi dosa yang jelas nampak depan mata. Wajib kita tegah dan membenci perbuatan itu (bukan benci insan itu sebab pintu taubat Allah sentiasa terbuka sehingga ajal datang). 
  4. Jika ada antara kita yang memiliki sikap suka 'pick-up'(mencari kesalahan) kawan kita atau orang lain, baik tinggalkan. Sikap ini juga dilarang oleh Allah subhanawataala. Tak percaya? Baca dan renungkan balik surah di atas. Islam mengajar kita menjaga hubungan persaudaraan sesama muslim. Menjaga air muka saudara kita. Sebaliknya, mencari kesalahan kawan kita hanyalah akan menjatuhkan air mukanya. Maha Benar Ayat Allah.
  5. Jangan sesekali mengumpat kawan kita. Berselerakah kamu menjamu daging mayat kawanmu?
  6. Islam melarang hidup berpuak-puak dan enggan bergaul dengan orang lain kerana ketinggian darjatnya. Ingatlah wahai saudara-saudaraku, ketinggian darjat seperti jawatan, pangkat, gelaran, darah keturunan, dan kekayaan harta benda hanyalah pemberian dan pinjaman daripada Allah semata-mata. Kamu tak jadi mulia sebab jawatan tinggi dan sebagainya. Tapi kamu adalah mulia disisi Allah atas nilai takwamu!
  7. Jangan sombong dengan kawanmu.
  8. Kawal suara kamu. Boleh jadi membingitkan telinga orang lain dalam tak sedar. Bersederhanalah dalam bercakap.
Untuk ajaran Sunnah pula insyaAllah akan menyusul pada entri berikut. Selamat beramal demi memperoleh reda Allah.


Wallahu A'lam.

1 ulasan:

  1. Salam Ibnu...

    Rasa macam terkena batang hidung pulak hari ini. Kakak kaluau marah anak mesti kena kuatkan suara. Kena belajar yang ini. Memang tahu bila marah syaitan bertepuk tangan; itu yang jadi macam tu. Astaghfirullah....

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...