Khamis, November 18

KULIAH TASAUF SIRI 17

Bila hati direlakan dikuasai oleh Iblis, maka apa-apa yang datang dari Al-Quran dan Sunnah diabaikan dan dipertikaikan.
[Huraian Al-Hikam]



Hati ini boleh diumpamakan sebagai antena yang berupaya menangkap gelombang radio. Sama ada siaran langsung atau ulangan. Mengapa saya kata sedemikian?

Setakat saya fahami, kejadian manusia terbahagi kepada dua unsur iaitu cahaya (langit) dan tanah (bumi). Cahaya itu adalah Ruh yang dititipkan oleh Allah Taala ke atas jasad kita. Manakala tanah itu adalah tubuh badan kita.

Disebabkan kita mempunyai asal-usul dari langit, maka kita sentiasa memerlukan hubungan yang berterusan dengan Allah. Agar identiti diri tidak hanyut dengan kebuasan hawa nafsu di bumi. Bertitik tolak dari sini, hati memainkan peranan yang teramat penting dalam memastikan diri tidak terus hanyut.

'Aktif'kan siaran iman dalam hati dengan sentiasa berzikrullah kepada Allah. Beristighfar dan berselawat kepada Nabi-Nya. Membaca ayat-ayat suciNya. Mendirikan solat-solat sunat terutama tahajjud. Dengan ini, hati akan menerima 'siaran' hidayah daripada Allah berbentuk ketenangan dan petunjuk dalam hidup. Bekalan iman itulah yang akan menjadi pasak yang sangat kukuh untuk menyeberangi cubaan dan pancaroba dunia.

Apabila kita sendiri menutup antena kita daripada menerima bantuan Allah Taala berupa pancaran keimanan, bagaimana diri mampu menolak ajakan syaitan dan hawa nafsu? Sama-sama kita renung-renungkan.

Wallahu A'lam.

2 ulasan:

  1. Salam Ibnu Samaon,

    Sedang merenung la ni kakak tentang keimanan yang sukar ditafsirkan. Sesungguhnya terlalu banyak yang perlu kita pelajari dan ketahui dalam menyusuri hidup ini. Sesungguhnya terlalu banyak yg telah Allah kuniakan pada kita ini.

    BalasPadam
  2. Waalaikumusalam Kakzakie.

    Betul tu kak. Jika kita benar-benar perhatikan, terasa begitu kerdil dan jahil diri kita. Masakan masih boleh membongkak dan mendabik dada lagi? Wallahua'lam.

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...