Rabu, Julai 20

KULIAH TAUHID SIRI 73

Kitab Ad-Din.
Kita mesti yakin, Allah tidak pernah lalai terhadap apa-apa yang kita lakukan. Oleh itu jadikan DIA sentiasa mengawasi kita di waktu pagi dan petang.
YA ALLAH YA RAQIIB! Wahai Tuhan Yang Maha Mengawas! Awasilah setiap langkah daku agar tetap berada di jalan-Mu yang lurus ini dan tidak tergelincir ke lembah maksiat yang hina-dina.

Aku yakin bahawa Engkaulah yang sentiasa memerhatikan setiap gerak-geriku.
Baik kerlipan mata... Degupan jantung...
Apa saja yang terlintas dalam fikiran... Tiap putusan niat...
Hati nurani dan perasaan... Setiap hayunan langkah dan gerakan tangan...
Dan segala-galanya tentangku.

Sesungguhnya Engkau yang Maha Menguasai semua itu ya Allah daripada terjadinya bencana dan musibah yang tidak diingini. Segala puji dan puja bagi-Mu atas kasih sayang-Mu mengawasiku.

Dan apabila Engkau menghendaki kemudaratan ke atasku, tiada sesiapapun yang mampu menolaknya. Sesungguhnya aku reda akan ketentuan-Mu yang Maha Bijaksana. Ketentuan yang sentiasa bermatlamatkan kebaikan bagi orang2 yang reda dengannya. Ya Allah Ya Raqiib.

Amiin.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...