Sabtu, Januari 7

CIRI ISTERI SOLEHAH

Kitab Muhimmah.
Antara sifat wanita yang boleh dijadikan isteri iaitu wanita Muslimah yang sejati. Wanita yang sentiasa patuh menjaga kehormatan dirinya dan menjunjung tinggi amanah Allah SWT. Serta taat menjalankan Sunnah Nabi SAW.


Bismillahi rahmani rahim.
Assalamualaikum sahabat2 ku sekalian. Saya memohon ribuan maaf kerana lama tak menyampaikan pesanan buat muslimin dan muslimat. Ujian hidup seperti kesibukan dan tekanan tempat kerja kadang2 menghalang niat baik kita untuk berdakwah. Namun ia bukan alasan untuk tinggalkan warisan Nabi SAW iaitu berpesan2 kepada kebenaran dan berpesan2 dengan kesabaran...

Entri kali ini tentang Baitul Muslim atau Keluarga Muslim. Apakah Baitul Muslim itu? Ikut fahaman saya (bukan jawapan yang standard), ia adalah keluarga yang diasaskan dengan ajaran Islam. Berpandukan Al-Quran dan As-Sunnah. Apa yang diajarkan oleh Islam itu semuanya dituruti bermula dari memilih calon secara Islam, saat bernikah dan mengadakan walimatul urus yang islamik, semasa bergelar suami isteri yang saling menyayangi kerana reda ALLAH dan sebagai ibu bapa yang mithali.

Memang sedap untuk didengar dan mudah untuk dituturkan bukan? Hakikatnya, Islam bukan hanya dibibir tetapi mestilah diterjemahkan dalam perbuatan dan sikap kita. Islam ialah pakej kehidupan yang lengkap lagi sempurna. Oleh itu, garaplah kebaikan yang ditawarkan Islam demi kebaikan diri kita sendiri.

Bermula dengan memilih calon bagi yang bakal mendirikan rumahtangga. Calon yang hendak dipilih mestilah berasaskan agamanya. Bukan yang 'hot' dijadikan tujuan utama. Kerana 'hot' itu akan 'cooldown' menjadi beruban dan berkedut. Begitu juga jika kahwin kerana harta. Satu hari harta pasangan kita akan lenyap dek kerakusan sifat manusia.

Nikahilah pasangan kerana agamanya. Kerana ketaatannya kepada ALLAH dan Rasul. Tidak tinggal yang wajib dan rajin melaksanakan yang sunat. Meninggalkan segala kemaksiatan. Sangat menjaga kehormatan diri dengan menjaga tutur kata. Tidak bergaul bebas dengan orang yang bukan mahram. Dan seterusnya. Inilah diantara ciri-ciri yang wajib diperhatikan oleh mana2 lelaki mahupun wanita yang mahu mendirikan rumahtangga. Selebihnya sahabat2 sekalian boleh rujuk kepada ustaz ustazah dan kitab2 yang muktabar. Contoh kitab ialah Tarbiyatul Aulad oleh Prof Abdullah Nasih Ulwan. Sekian saja 'part' pertama dalam Baitul Muslim. Sehingga bertemu lagi dilain siaran insyaALlah.


Wallahu A'lam.

2 ulasan:

  1. Salam.

    Memang sudah jadi fitrah manusia hendak yang baik sahaja.

    Begitu juga dalam bab mencari pasangan hidup. Bila tanya, hendak yang soleh dan solehah sahaja.

    Satu persoalan, adakah kita sudah cukup soleh/solehah?

    Solehah dan soleh boleh dibentuk jika kita betul2 mahukannya.

    Ada seorang sahabat berpesan, tak perlu cari ustazah/ustaz untuk jadikan pasangan hidup.

    Carilah yang jaga solat, berpuasa etc.

    Hehe..apalah aku merepek kt sini.. ^^

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumusalam. Syukran for ur thoughts. Moge ko cpt dpt jodoh!;)Amin.

      Padam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...