Kitab Tauhid
Rasulullah SAW dan para sahabat bermula dengan ilmu mengenal dan mentauhidkan Allah. Dan memperjuangkan Akidah dan Syariat Islam. Orang-orang Islam zaman ini, dimulai dengan ilmu-ilmu akademik dan mengenal wanita bagi lelaki dan mengenal lelaki bagi wanita. Dan memperjuangkan maksiat!
Bismillahi Rahmani Rahim.
Assalamualaikum wa rahmatullahi wa barakatuh kepada pengunjung Cebisan Nur Hikmah. Pertama sekali izinkan saya memohon maaf atas kelewatan saya mengutarakan entri baru untuk blog ini. Ini kerana kesibukan tugas yang mengekang masa saya untuk menulis.
Namun dengan izin Allah Taala jua, saya masih dapat meneruskan usaha ini sebagai amal soleh di kehidupan selepas mati kelak : Alam Barzakh dan Alam Akhirat. Semoga kita dapat bersama-sama melaksanakan tanggungjawab dakwah yakni menyampaikan ISLAM selagi nyawa dikandung badan.
Bila Malakul Maut sudah tiba, tiada lagi penundaan waktu untuk kita beramal soleh. Dan setiap tindakan kita akan dipertanggungjawabkan dengan Mizan Allah yang Maha Adil. Buat baik dibalas baik. Buat buruk dibalas buruk. Demikianlah pentingnya nilai umur yang diberikan oleh Allah. Walaupun sangat singkat tapi mendatangkan impak yang sangat berguna dan kekal manfaatnya untuk kita apabila berada di alam yang kekal selama-lamanya nanti.
Berbalik kepada hikmah dalam kelas fardhu ain ini, apa yang boleh saya ulas ialah tentang isu keutamaan. Manusia zaman sekarang sudah lupa mana yang utama. Adakah kehidupan di dunia atau kehidupan di akhirat? Jika ditanya kepada sesiapa yang faham bahasa Melayu, sudah tentu mereka menjawab kehidupan di akhirat lebih utama. Kerana ia kekal selama-lamanya. Namun, jika dilihat dan diperamati sikap dan budaya masyarakat Islam kita sekarang, jelas bahawa ia bertentangan dengan jawapan yang diberi pada mula-mulanya tadi. Mengapa?
Islam adalah suatu bentuk pengabdian diri yang meliputi seluruh aspek kehidupan, yang penuh dengan rasa cinta, rindu, takut dan harap kepada Rabbul Alamin. Kepada Allah Yang Maha Esa (Tunggal). Selagi Islam sebatas ucapan di bibir dan tidak membawa bekas di hati (raja kepada tubuh badan), maka masyarakat kita masih belum beriman dengan Islam yang dibawa oleh junjungan kita Nabi Muhammad SAW.
Oleh itu, saudara2ku, dalamilah ilmu Agama. Bergurulah dengan orang2 yang soleh yang mencintai Allah dan Allah mencintai mereka. Mudah2an sinar hidayah Allah menerangi kehidupan kita dan terselamat daripada kesesatan dan kemungkaran orang2 kafir, musyrikin, dan munafikin.
Wallahu A'lam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan