Kitab Al-Risalah.
Kita marah bila orang Zionis dan Yahudi membunuh orang-orang Islam di Palestin. Tetapi mengapa kita tidak marah bila Zionis dan Yahudi membunuh Iman orang-orang Islam di luar Palestin. Dibunuhnya Iman orang-orang Islam hanya dengan hiburan-hiburan, filem-filem, gejala-gejala sosial dan sukan-sukan yang tidak mengikut Syariat Islam.
Bismillahi Rahmani Rahim.
Isu Palestin adalah isu amat wajar bahkan wajib diambil tahu oleh mana-mana individu yang beriman. Mengapa? Kerana Rasulullah SAW telah bersabda yang bermaksud:
”Barang siapa tidak ambil berat urusan umat Islam, dia bukan dari kalanganku.”Oleh itu, bukan sekadar ambil tahu malah turut melibatkan diri dalam menghulurkan bantuan atau sumbangan dalam apa jua bentuk sekali pun. Termasuk tindakan memboikot barangan Israel sebagai tanda melawannya kita terhadap musuh-musuh laknatuLlah itu.
Dalam memperjuangkan hak saudara kita di Palestin, kita juga wajib memperjuang dan mempertahankan hak kita sebagai orang yang beriman. Dengan cara beristiqamah dalam membela yang benar dan menolak yang batil. Jika diri kita sendiri terkorban dengan 'gula-gula' Yahudi Zionis dalam bentuk hiburannya yang menggiurkan, bagaimana kita mahu membela saudara seakidah kita di luar sana?
Marilah sama-sama kita hindari segala jalan kemaksiatan yang di'tawar'kan oleh musuh-musuh Islam. Teguhkan jati diri kita sebagai orang beriman. Ikuti segala ajaran Al-Quran dan Sunnah Nabi SAW. Semoga umat Islam beroleh kekuatan untuk menegakkan Agama ALLAH di muka bumi ini dan memusnahkan segala kebatilan dan kesesatan pada suatu hari nanti. InsyaAllah.
Wallahu A'lam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan