Jumaat, April 1

KULIAH FEKAH SIRI 33

Kitab Fekah Semasa.
Melakukan satu maksiat akan mendorong ke arah maksiat kedua dan maksiat yang seterusnya. Sedar atau tidak sedar, maksiat bertambah banyak dilakukan. Akhirnya menjadi satu desakan baginya melakukan maksiat, di mana jiwanya akan terseksa bila tidak melakukan maksiat.

Umpama beruk di sebelah ini. Nampak sebiji cukup menyelerakan. Ditambahnya pula ditangan 6-7 biji. Tak cukup lagi mahu ditambah sampai di kakinya pun memegang buah... 

Inilah yang berlaku apabila nafsu sarakah menguasai jiwa, akal dan tubuh badan. Haiwan tiada akal maka ia tidak dapat membezakan baik dan buruk. Sedangkan manusia yang dikurniakan dengan akal pun masih bersikap seperti beruk di sebelah. Bahkan lebih teruk lagi.

Begitulah kesan dosa. Sekali melakukan perbuatan maksiat, semakin menjadi ketagih. Dek kerana dosa-dosa, akal sudah hilang fungsinya. Akal gagal membedakan mana satu dosa mana satu pahala. 

Inilah penangan dosa... Apabila akal menerima arahan daripada hati yang telah mati... Hati yang sudah tertutup dengan tumpukkan dosa. Nafsu serakah pun menguasai jiwa. Lalu mengenepikan panggilan keimanan oleh para malaikat yang suci lagi hampir dengan ALLAH TAALA.

Wallahu A'lam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...