Jumaat, April 29

KULIAH TAUHID SIRI 67

Kitab Dinul Islam.
Jika ilmu-ilmu untuk kepentingan dunia kamu sanggup berkorban masa, wang ringgit dan tenaga sehingga bertahun-tahun. Mengapa ilmu-ilmu Akidah, Syariat, Akhlak dan Sirah Nabi s.a.w. tidak sanggup berkorban sebagai menyambung warisan Nabi s.a.w. dan sahabat-sahabatnya?


Bismillahi Rahmani Rahim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh buat saudara2ku di CBN. Semoga anda semua berada dalam Rahmat ALLAH selalu. Maafkan saya kerana sudah lama tidak mengemaskini blog ini berikutan kesibukan di tempat kerja.

Kesibukan dan kelapangan itu hakikatnya berpunca daripada ALLAH Taala. DIA-lah yang Maha Melapangkan/Meluaskan dan juga yang Maha Menyempitkan. Oleh itu, kita sebagai hamba-NYA mestilah menerima segala ketentuan dan kehendak-NYA tanpa rungutan dan keluhan. Bersabarlah. Kerana sesungguhnya ALLAH bersama orang2 yang bersabar (Al-Baqarah:153)...


Berbalik kepada topik kali ini, mengapa manusia nampaknya memberatkan ilmu dunia berbanding ilmu akhirat? Walhal kedua-duanya penting bahkan Akhirat itu lebih2 lagi kerana kita nak hidup panjang dan selama2nya di sana.



Cuba renung kehidupan masyarakat kita, dari tadika sehingga ke sekolah rendah, sekolah rendah ke sekolah menengah, sekolah menengah ke universiti, mereka asyik 'disogokkan' dengan 'idea' bahawa untuk mendapat pekerjaan yang bagus (dibaca:bahagia di dunia) mesti memiliki sijil akademik yang cemerlang (dibaca:ilmu dunia). Maka mereka pun bertungkus-lumus belajar semata-mata untuk mendapat ilmu dunia dan mengenepikan ilmu akhirat. Demi mendapat jawatan dan pangkat yang tinggi. Gaji yang lebih besar dan hidup yang mewah di dunia.

Pandangan mereka menjurus ke situ sahaja. Noktah. Tidak lagi memandang lebih jauh dari itu. Mungkin baginya kehidupan selepas mati cukuplah dengan ilmu Pendidikan Islam yang dipelajari semasa di sekolah kerajaan dulu. Walhal, ilmu agama (dibaca ilmu akhirat) wajib diaplikasikan dalam seluruh hal seperti bidang kebersihan (taharah), kesihatan (hadis), kewangan (muamalah), perundangan, pentadbiran, sosial (akhlak), ketenteraan (sirah Nabi), dan macam2 lagi.

Ilmu akhirat dicari untuk diamalkan di dunia. Mana mungkin manusia hidup terhormat di Akhirat nanti jika ilmu2 akhirat kosong atau kurang semasa hidup di dunia? Untuk sama2 direnungkan dan selamat menjalani kehidupan sebagai hamba ALLAH.

Wallahu A'lam.

p/s Tidak dinafikan ilmu dunia itu penting namun kesilapan masyarakat hari ini adalah lebih cenderung merebut ilmu dunia berbanding berusaha menuntut ilmu akhirat. Ilmu akhirat cukup sekadar tanya2 kawan dan mengabaikan majlis2 ilmu di masjid/surau.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...