Khamis, September 15

KULIAH TASAUF SIRI 59

Kitab Bahrul Mazi Jilid 13.
Tanda orang beriman iaitu ia menjaga hubungan silaturahim dengan sifat ketaqwaan. Tanda orang munafik iaitu ia mudah mempunyai rasa takbur dan mudah memutuskan silaturahim dengan sifat sombong.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh sahabat2 Cebisan Nur Hikmah yang saya kasihi sekalian. Semoga anda semua sihat2 belaka serta berada dalam Rahmat dan Reda-Nya. Amin.

Maafkan saya pabila 'pena cyber' ini dah lama tak berjalan. Barangkali sibuk dengan tugas.. Tugas dan tanggungjawab yang diberikan di tempat kerja (bagi yang kerja kerajaan) adalah suatu kewajiban untuk kita laksanakan. Bukankah dah terjadi akad pada masa kita mula2 minta berkhidmat @ sebelum bekerja dengan majikan kita? Oleh itu penuhilah akad tersebut. Kerana ALLAH SWT telahpun menyuruh kita memenuhi akad atau janji kita sesama manusia dan kepada-Nya. Termaktub dalam surah Al-Maaidah ayat first:

يَـأَيُّهَا الَّذِينَ ءَامَنُواْ أَوْفُواْ بِالْعُقُودِ
Yang bererti: Wahai orang2 yang beriman, penuhilah janji2 (kepada ALLAH dan manusia). -daripada Tafsir Quran Per Kata keluaran Maghfirah Pustaka.

Celoteh mengenai kerja pula. Post hari ini mengenai hubungan silaturahim. Dalam Kitab Bahrul Mazi tersebut, dikarangkan bahawa amalan menjaga hubungan kita sesama keluarga, guru-guru, jiran-tetangga, rakan-taulan, dan anak buah merupakan tanda kita beriman kepada ALLAH. Saya ulang, berIMAN kepada ALLAH. Tanpa menjaga hubungan sebegini, luputnya salah satu tanda atau kualiti kita sebagai orang beriman.

Malah dalam kitab ini dinyatakan bahawa, tanda seorang munafik adalah mereka yang bertindak memutuskan hubungan silaturahim. Mahukah kita berada dalam golongan orang2 munafik yang dijanjikan bagi mereka Api Neraka yang paling dalam dan paling buruk?

Oleh itu, saya mengajak diri saya dan sahabat2 sekalian supaya menjaga hubungan silaturahim. Biarpun terputus akibat salah faham atau faktor tinggal berjauhan, cepat2lah kita memohon maaf atas keterlanjuran kata dan perbuatan serta jalinkan hubungan persaudaraan antara kita.

Sekian saja mesej saya pada pagi Jumaat yang sungguh indah ini. Semoga momentum Ramadan yang lalu di'carry-4ward' ke bulan Syawal ini dan seterusnya. Dan jangan lupa puasa 6 sebagai lambang kita bersyukur kepada Tuhan kita. Wallahu A'lam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...