Rabu, Oktober 5

Nowseeheart Untukmu Teman

Ukirlah senyuman yang paling manis. Kerana selain sedekah, senyuman itu ibarat lukisan rahsia hati atau senyuman itu tidak menyakitkan tapi menjadi penawar hati yang sakit.                              (SMS temanku, Arif Soef)
Assalamualaikum teman2 ku sekalian. Puja dan puji hanya pada ALLAH yang menjadikan kita semua berakal dan berhati perut. Dapat berkasih sayang sesama insan bahkan kepada bukan manusia seperti kucing, burung, arnab, lembu, kambing dan tumbuh-tumbuhan. Inilah buktinya Rahmah (kasih sayang) ALLAH itu wujud...

Subhanallah, Islam mengajar kita menghargai setiap ciptaan ALLAH dan berkasih sayang dengan gaya masing2. Ibu mengasihi anak. Suami mengasihi isteri. Guru mengasihi murid. Ketua mengasihi anak buah. Abang mengasihi adik. Dan seterusnya... Yang ujungnya ialah kematian.

Oleh itu, sebelum maut menjelang, hargailah keluarga kita. Hargailah persahabatan. Hargailah kenalan kita. Hargailah mereka yang menghargai diri kita. Sayangilah ibu bapa kita yang tak pernah minta balasan melainkan rasa sayang yang mengalir dari seorang anak kepada kedua orang tuanya. Begitu juga dengan hubungan kita kepada guru2, sahabat-handai dan seterusnya. Tunjukkan akhlakul karimah (budi pekerti yang mulia). Sebarkan salam. Sedekahkan senyuman. Eratkan jabat tanganmu. Tenung anak mata orang yang kamu kasihi sehingga tembus ke ruang hati nurani. Mudah2an ukhuwah(ikatan persaudaraan sesama Islam) tidak lekang bahkan terus erat dan melekat!

Sekian saja coretan malam ini. Maafkan diri ini yang kadang2 menyampaikan dengan cara yang boleh mengguriskan hati sesetengah pihak. Maafkan kelemahan saya ini. Sekian berjumpa lagi di ruang waktu yang lain dengan izin ALLAH SWT.

Wallahu A'lam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...