Jumaat, November 5

SIFAT MUNAFIK 3

Dalam solat "Allahu Akbar". Bila di luar solat "Nafsu Akbar", "Syaitanu Akbar","Munafiqu Akbar" dan "Yahudi Akbar".

[Huraian Al-Ibadah]

Bismillahirahmanirahim.
Setiap kali kita memulakan solat, kita akan angkat takbir, melaungkan "Allahu Akbar!". Menandakan bahwa tiada yang lebih Besar daripada ALLAH. Kita memperkecilkan...



...kedudukan kita,
...pangkat kita,
...keluarga kita,
...harta benda kita,
termasuk kenderaan kita yang canggih-manggih,
rumah kediaman kita yang mewah,
permainan kita yang melekakan,
...kesukaan kita,
facebook, bola, memancing, golf, komputer games,
...kawan-kawan kita

Kita memperkecilkan mereka semua demi MEMBESARKAN ALLAH. Itulah antara tanda orang yang khusyuk dengan takbir solatnya. Yang serius apabila menghadap Tuhan Yang Maha Agung.

Namun, selesai saja tahiyyat akhir dan beri salam, kita seolah-olah 'hilang ingatan'. Atau nyanyuk. Kerana kita hidup macam orang yang tak menunaikan solat sebentar tadi. Kita kembali membesarkan diri kita, anak-pinak dan isteri kita, jawatan kita, harta benda kita dan kesukaan kita.

Kita kembali dengan ego kita.
Menolak hukum Allah dan RasulNya.
Kita menzalimi orang lain.
Kita mungkiri janji kita kerana kepentingan diri.
Kita besarkan sifat Munafik.
Kita kedekut bila diminta pertolongan oleh pihak masjid, orang miskin dan anak yatim.
Kita besarkan nafsu tamakkan harta.
Kita 'back bitting' saudara semuslim kita. Walhal jelas-jelas Allah melarang keras perbuatan itu dalam surah al-Hujurat.
Kita kembali hidup berfoya-foya  dengan gaya hidup Barat seperti pergi ke night club, merempit, melepak tanpa hala tuju, keluar dating dengan couple dan berbagai kemungkaran lain.
Kita besarkan bisikan Syaitan dan budaya Yahudi dalam hati kita. Dimanakah kebesaran Tuhan ketika itu?

Bukankah kita telah mengagungkan Allah Taala daripada segala makhluk ciptaanNya. Oleh itu, kenapa sikap kita selepas solat tak sama dengan sikap kita membesarkan DIA semasa solat?

Sebagai bahan renungan buat diri kita sebagai manusia yang biasa lalai.

Wallahu A'lam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...