Isnin, Julai 5

SEBUAH FENOMENA

Apabila budaya dan sejarah-sejarah Masihi diutamakan, dengan sendirinya budaya dan sejarah-sejarah Hijrah ditenggelamkan oleh orang-orang Islam sendiri.

[Al-Islam]

Menarik untuk diperhatikan hal atau fenomena ini. Sudah berlaku dan sedang berlaku tanpa kita sedari. Dan berterusan berlaku dengan kita sendiri turut mengiyakannya. Apakah dia 'fenomena' ini?




Salah satunya ialah Kalendar tahunan kita. Mencatatkan Masihi ketimbang dalam kiraan Hijrah. Memang benar sudah banyak kalendar dikeluarkan dicatatkan bersama dengan Hijrah. Namun, bila ditanya per individu "apakah tarikh hari ini?" dengan tiba-tiba atau secara ad-hoc, apakah yang akan dijawabnya? DALAM MASIHI!

Sedarilah. Sistem otak kita telah diprogram oleh musuh-musuh Islam (Yahudi dan Nasrani) dengan meng'doktrin'kan budaya dan sejarah-sejarah Masihi mereka. Kita diajar supaya menggunakan kalendar Masihi bagi menentukan Tarikh. Bukan lagi Hijrah. Supaya identiti kita sebagai orang Islam semakin terhakis hari demi hari. Dan akhirnya menjadi pengikut mereka sepenuhnya! Nauzubillahi min dzalik...
 
Wallahu A'lam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...