Khamis, Julai 1

MANFAAT ILMU

Mengikut sunnah Nabi s.a.w., bukan disudut amalan saja. Disudut akhlak dan tutur kata ramai umatnya yang gagal mengikutinya.

[Nur Muhammad s.a.w.]

Bila berbicara tentang mengamalkan sunnah Nabi s.a.w., ramai orang mungkin akan mendabik dada telah mengamalkannya. Mereka telah berpakaian jubah, berserban, menyimpan janggut dan bersugi. Bagi mereka, itulah sunnah Nabi s.a.w..

Namun bila kita lihat sendiri akhlak dan tutur kata mereka, jauh daripada sunnah. Dengan mengamalkan budaya hisap rokok ketika waktu senggang, bertutur dengan kata-kata yang kesat dan biadab, mencela orang lain, berdegil dengan pendapat sendiri apabila telah terbukti salah dan sebagainya. Jelas sekali mereka telah menemui kegagalan.

Inilah antara kegagalan umat dalam mengamalkan sunnah Nabi Muhammad s.a.w.. Oleh itu, jangan setakat mengamalkan sunnah perwatakan Nabi s.a.w. sudah mencukupi. Tetapi selamilah sunnah Baginda dengan mendalam. Dengan suluhan ilmu pengetahuan. Bukan atas dasar nafsu semata-mata seperti ingin dipuji kerana nampak alim dan sebagainya.

Saudara, sunnah Nabi s.a.w. itu sangat luas. Ia meliputi aspek politik/pentadbiran, ekonomi, sosial, kebudayaan dan pendidikan. Namun pada skop budaya hidup sahaja seperti anjuran Nabi supaya bersedekah, berbuat baik dan sangat mesra kepada ahli keluarga, sahabat, jiran tetangga, dan golongan fakir miskin. Adakah kita sudah melaksanakannya dalam budaya hidup kita? Nampaknya usaha-usaha untuk menjejak sunnah Nabi s.a.w masih terlalu banyak yang terbengkalai...

Wallahu A'lam.

2 ulasan:

  1. Alhamdulillah, entri yg menarik akhi! Rumah pun cat baru nampaknya!!

    Cetusan persoalan:
    - apakah sunnah terbesar Rasulullah SAW?
    - Sunnah = jalan/car hidup; bukan kehidupan baginda SAW diwakafkan utk sebarkan Islam? Berdakwah?

    - Maka marilah kita ikut sunnah yg terbesar itu dgn berdakwah!

    BalasPadam
  2. Biasalah akh, kalu asyik pakai cat lama je lusuh pulak warnanye..

    Jazakallah. Cetusan membina. Sunnah terbesar menurut pengajian formal and informal yang ana lalui adalah memperjuangkan Deenul HAQ(Agama Kebenaran=Islam).

    Cara berjuang? Menyebarkan Islam atau dakwah kepada seluruh umat manusia selepas wafatnya Nabi s.a.w.

    Nampak berat? Allah tidak membebani seseorang melainkan SESUAI dengan KESANGGUPANNYA. (al-baqarah 286)

    So, berdakwahlah dengan apa yang kita sanggup. Jika sanggup menegur di hadapan menteri2 kita tentang hukum Islam, silakan.

    Jika sanggup berceramah dari sekolah ke sekolah, silakan.

    Jika sanggup datang rumah ke rumah untuk ajak kepada Islam, silakan.

    Jika sanggup menulis sebijik buku pasal Islam silakan.

    Jika sanggup berblog demi menyampaikan agama Allah silakan.

    Mana-mana cara itu amat dialu-alukan oleh Allah Taala. Janji sunnah Baginda yang paling utama itu kita ikut. Wallahu a'lam.

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...