Selasa, Ogos 24

KULIAH TAUHID SIRI 10

Kekuatan Iman juga akan menentukan seseorang itu setakat mana khusyuknya amalan-amalan solat yang didirikan.

[Al-Iman]

Alhamdulillah diberi kekuatan dari Yang Maha Perkasa untuk menulis. Sudah sebulan lebih saya telah membiarkan laman sesawang ini bersawang-sawang. Kepada para pengunjung yang setia, saya pohon seribu kemaafan.

Kuliah di rumah-rumah Allah masih berjalan seperti biasa. Kali ini membicarakan hal iman. Semakin kuat iman kita kepada Allah, semakin khusyuk rasanya bila menunaikan solat. Ini menunjukkan bahawa tauhid dan ibadah sangat bersangkutan antara satu sama lain. Bagai aur dengan tebing. Atau umpama akar yang menjadi asas kepada batang sesebuah pokok.

Maka kuatkan kepercayaan kita kepada Allah dari sudut penghambaan, soal rezeki, pengharapan rahmat dan redha-Nya dan memiliki rasa takut yang tertuju hanya kepada keMurkaan dan balasan seksa Allah. Dengan itu, iman kita dapat dibentuk, berkat keyakinan yang tulus kepada Allah dan Hari Akhirat. Berpandukan apa yang diajarkan dalam Al-Quran dan dalam Hadis Nabi s.a.w.

Wallahu A'lam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...