Ramai orang hanya takut akan terbatal disudut ibadah. Tetapi ramai yang tidak takut jika terbatal disudut Akidah.
[Al-Iman]
Sesetengah daripada kita begitu berhati-hati menjaga rukun dan syarat sah ibadahnya seperti solat tetapi pada masa yang sama melupakan syarat-syarat sah syahadah (akidah) dan pembatalannya. Syahadah yang diucap itu sentiasa meminta pertanggungjawaban si pelafaz.
Kita mengaku dengan lidah kita - "tiada Tuhan selain Allah". Namun apabila azan berkumandang, berapa ramai yang berTuhankan:
- TELEVISYEN
- PERSONAL COMPUTER
- BOLA (biasa waktu Asar dan Maghrib)
- MEMBER-MEMBER SEMBANG yang tidak ingat ALLAH, dan sebagainya.
Dengan ini, baru menjadi realiti sebahagian kecil daripada lafaz syahadah kita. Sebenarnya, banyak lagi tuntutan-tuntutan syahadah kita yang lain mesti kita penuhi. Agar di Mahsyar kelak kita takkan ditanya mengapa tidak melaksanakannya sedangkan di bibir sudah mengaku "tiada Tuhan lain selain-Nya dan Muhammad itu Pesuruh Allah".
Syahadah ini juga boleh terbatal jika kita tak jaganya. Solat boleh dijaga mengapa tidak syahadah kita. Bahkan asal-usul keISLAMan kita adalah daripada syahadah. Maka jagalah ia daripada perkara-perkara yang boleh mengancamnya. Salah satu ancaman itu adalah bahaya SYIRIK.
Syirik adalah meyakini Tuhan lain selain Allah yang Esa. Ia merupakan dosa besar yang takkan diampun oleh-Nya kecuali bertaubat ketika nyawa masih dikandung badan. Syirik datang dalam bentuk jelas dan tak jelas. Yang jelas, sangat mudah untuk kita hindari seperti penyembahan berhala, pokok, matahari dan sebagainya.
Walaubagaimanapun, syirik yang tak jelaslah perkara yang paling kita khuatiri. Ia boleh datang dalam keadaan kita tak sengaja seperti meyakini ubat itu yang menyembuhkan penyakit dan melupakan bahawa Allah yang menciptakan kesembuhan itu.
DIA telah mengadakan pelbagai asbab untuk kita ikhtiarkan. Namun jangan sesekali lupa apalagi menafikan bahawa yang Menyembuhkan, Mengenyangkan, Menghidupkan, Mematikan, Menyihatkan, Menyakitkan, Mengilhamkan dan segala-gala yang makhluk alami itu = datang daripada ALLAH.
Masalah pembatalan syahadah dalam masyarakat kita selalu berlaku seperti:
- pemakaian gelang dengan niat kesihatan (rujuk kepada lelaki)
- memakai tangkal untuk menjauhi malapetaka
- merujuk kepada tok bomoh (mungkin juga haiwan) untuk menilik nasib atau mencari pemenang dalam sesuatu acara judi
- amalan sihir
Kita yang memiliki kesedaran ini mestilah menyebarkan kepada orang-orang terdekat kita khususnya dan masyarakat Islam umumnya. Jangan biarkan pembatalan Akidah berlaku di depan mata kita tanpa apa-apa usaha untuk mencegahnya. Cegahlah dengan cara yang terbaik sebagaimana yang diajar dalam Al-Quran dan Nabi Muhammad s.a.w..
Wallahu A'lam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan