Jumaat, Ogos 27

KULIAH TAUHID SIRI 11

Siapakah orang yang bila masuk saja bulan Ramadhan sehingga keluarnya bulan Ramadhan dia tidak dapat keampunan dari Allah s.w.t.? Iaitu orang yang masih mengekalkan sifat sombong, takabur, syirik, riyak, buat maksiat dan cinta dunia tidak mengikut Al-Quran dan Sunnah.
[Al-Hikmah]

Cuba saudara-saudara bayangkan, saudara menyertai suatu kursus motivasi daripada Motivator terbaik di dunia. Saudara sangat mengimpikan semoga berlaku peningkatan diri kepada luar biasa hebat. Namun setamat kursus tersebut, saudara tak dapat apa-apa manfaat pun malah bertambah rugi daripada sebelumnya. Membazir masa, wang dan tenaga saja.



Bagaimana sedemikian rupa? Mana mungkin kita mendapat kebaikan daripada kursus sehebat begitu jika ada rasa takbur sesama pengendali dan peserta kursus. Bercakap besar dan tidak mengakui kelemahan diri. Malah, dek kerana terlalu membesar diri (mungkin kerana memiliki pangkat atau harta yang besar), kita tolak kekuasaan Allah yang Maha Pemberi Rezeki, Maha Memberi Kurnia. Maka terjadilah dosa paling besar iaitu syirikkan Allah. Nauzubillahi min zalik!{kita berlindung dengan Allah daripada berlaku syirik}.


Oleh itu jika ingin mendapat apa-apa manfaat terutama manfaat semasa dalam Bulan Ramadan yang penuh berkat ini, mari kita bersihkan hati kita daripada sebarang unsur-unsur syirik kepada-Nya, sombong, riak dan takbur kepada manusia lain. InsyaAllah, berkat kerendahan jiwa kita, Allah mengasihi kita dengan melimpahkan keampunan terhadap dosa-dosa yang selama ini terpalit di hati kita. Ya Allah, Ampunilah HambaMu yang Hina lagi Lemah ini Ya Allah... Amin.

Wallahu A'lam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...