Rujukan Al-Quran dan Hadis2 Nabi s.a.w.
Terlalu ramai manusia di zaman ini membicarakan tentang Iman dan Sunnah. Tetapi di sudut Ilmu dan Akhlak ramai yang gagal membicarakannya. Benarkah beriman? Jika masih berpuak-puak, takabur, tidak mahu menerima nasihat orang lain, ada yang berani menghina Ulama, mudah bermusuh atau putus silaturahim. Adakah perbuatan seperti ini tanda beriman dan diajar oleh Nabi s.a.w. atau Sunnah?Bukannya mudah untuk mendabik dada bahawa kita sudah beramal dengan Sunnah. Periksa balik. Adakah setiap perbuatan, perkataan, dan tingkah laku kita menurut ajaran Islam sebagaimana yang telah disampaikan oleh Nabi SAW?
Untuk mengamalkan Sunnah melibatkan pengorbanan yang tinggi disamping perjuangan yang getir. Para musuh Allah iaitu Nasrani dan Yahudi tidak akan reda dengan umat Muhammad SAW selagi mereka tidak berhenti berdakwah atau keluar dari agama mereka. Oleh itu, bagi pencinta Nabi SAW, teruskan membawa obor2 dakwah walaupun terpaksa menghadapi beribu tentangan, tak kira dihina, dicerca, dimaki, dan disakiti.
Biarlah setiap penderitaan dan kepayahan yang dihadapi itu sebagai mahar demi reda Allah SWT, Pemilik Seluruh Cakerawala ini. Bawalah obor dakwah Nabi SAW sebagaimana yang telah diajar oleh baginda sendiri. Yang dirapikan dengan kesempurnaan Akhlak dan Ilmu yang tinggi. InsyaAllah usaha dakwah memperoleh keberkatan disisi Allah Taala.
Wallahu A'lam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan